Monday, October 15, 2012

Jemaah Haji Malaysia Cukup Beruntung.

Setibanya di Mekah,Penulis menginap di Maktab Abraj Janaddiriah yang dimiliki oleh pihak Tabung Haji. Bangunan ini setinggi 15 tingkat menempatkan 7ribu jemaah haji Malaysia.


Penulis perhatikan jemaah haji dari Malaysia cukup beruntung,masakan tidak jarak kesemua maktab atau penginapan dengan Masjidil Haram tak jauh berbanding jemaah haji dari negara lain. Contohnya jemaah haji dari Turki yang jarak penginapan mereka di Aziziyiah lebih dari 5kilometer dari masjidil haram.

Banggunan hotel ini dijadikan maktab oleh pihak Tabung Haji,pada mulanya sangkaan penulis para jemaah akan tinggal seperti di asrama sekolah.Rupanya sangkaan penulis jauh sekali meleset.
bilik beraircond 6 katil almari dan peti ais disediakan.

tandas yang bersih dan selesa

Begitu juga dengan jemaah haji dari Indonesia,penulis sempat berbual dengan salah seorang daripadanya berkata mereka terpaksa berjalan atau pun mengambil teksi atau bas kerana jaraknya 2 kilometer.


Berbeza sekali dengan jemaah haji Malaysia. Cukup beruntung kerana maktab yang disediakan kesemuanya berhampiran Masjidil Haram paling jauh pun 850 meter.

Patutlah Tabung Haji di hormati oleh negara negara Islam,perkhidmatan menguruskan jemaah haji Malaysia paling sistematik dan terbaik . Apa yang hebat sangat hingga negara Islam lain sanggup datang dari jauh ke Kuala Lumpur semata mata mahu belajar dari Malaysia.

Bayangkan jemaah haji muasasah membayar RM9,980 kemudian diberi lagi subsidi kerajaan hingga RM4,900, jika dibandingkan dengan perkhidmatan dan juga tempoh lebih 40 hari jemaah haji berada di Madinah dan Mekah rasanya Jemaah Haji Malaysia paling beruntung dan juga melampau.Jadi tetamu Allah pun disubsidi oleh kerajaan Malaysia macam mana tu?

Kenapa penulis kata melampau ,ini disebabkan dakyah sesetengah pihak parti politik berkata tambang dan kos jemaah Haji Malaysia adalah mahal dan tidak berpatutan.

Bayangkan rakyat Arab Saudi sendiri yang mahu mengerjakan haji harus membayar RM 6 ribu untuk menampung kos tempat tinggal dan makan di Kota Mekah. Jemaah Haji Malaysia dicemburui oleh jemaah haji negara lain inilah realiti yang penulis lihat dari kota Mekah.

Aspek pengurusan jemaah hinggalah kepada khidmat pelanggan jika dibandingkan dengan jemaah haji dari negara lain rasanya jauh pangang dari api..cukup jauh berbeza.

Apa yang menariknya di sini  pihak Tabung Haji menyediakan kemudahan kaunter untuk jemaah berurusan mengeluarkan duit atau pun membayar dam.





Farmasi

Kaunter perkhidmatan setempat
2 hari lepas seorang jemaah haji dari maktab lain tersesat menegur penulis didepan banggunan maktab Abraj Janadriah. "Pakcik tak tahu nak balik ke maktab "katanya dah sesat. Untunglah dia terjumpa Maktab Abraj Janadriah,penulis terus membawa beliau ke kaunter perkhidmatan pelanggan.
Sebaik saja diberitahu pakcik ini tersesat,petugas Tabung Haji terus menguruskan kenderaan dan menghantar pulang pakcik tersebut serta merta tanpa mengambil masa yang lama.


Kaunter khidmat Pelanggan




Kaunter I-Talk ,Perkhidmatan panggilan ke tanah air disediakan oleh TM sangat murah dan mendapat sambutan hebat dari para jemaah.




kedai dobi di tingkat bawah

farmasi

Ada kaunter Pos Laju yang menguruskan penghantaran barang jemaah ke tanah air.Klinik dan farmasi yang diuruskan sepenuhnya oleh petugas Tabung Haji.Jika berkesempatan penulis akan ke Hospital yang diuruskan oleh pihak Tabung Haji.


 
kakitangan pos sibuk menguruskan penghantaran kotak barangan jemaah.
Suasana pagi dihadapan maktab.
jemaah haji Malaysia baru pulang dari masjidil haram.

3 comments:

  1. betul2 bertuah jemaah haji dari malaysia. dah terlebih untung ni hehe. bersyukurlah...

    ReplyDelete
  2. Rezeki masing-masing ada yg dpt tinggal dihotel yang memang kelas spt yg ditunjuk penulis tp ada yg sekadar tinggal dihotel biasa namun mereka redha kerana yg penting ibadah haji diterima Allah...ada gak yg merungut namun mereka tak sedar itu semua adalah ujian baginya....saya berpeluang menunaikan haji sbyk 2 kali melalui muassasah ....Alhamdullillah semua memuaskan danterbaik jika kita ikhlas dgn apa yg diperolehi dan sentiasa bersyukur.....

    ReplyDelete
  3. Alhamdullilah.. saya menunaikan haji melalui MUASSASAH 2010 dan ditempatkan di Hotel dimana Ibupejabat LUTH ditempatkan (AL JANDRIYAH) sebilik 6 orang dengan segala kemudahan yang amat selesa walaupun jaraknya 750M untuk ke Masjidil Haram...

    Hanya kesabaran yang amat tinggi diperlukan bagi setiap Jemaah yang pergi menunaikan Haji untuk menghadapi pelbagai dugaan yang bakal ditempuhi... jangan lah kita merungut apabila kita menempuhi dugaa-dugaan tersebut.....

    ReplyDelete