Tuesday, November 29, 2011

Masjid Qisas Jeddah

Masjid Qisas Jeddah. Gambar dari Google
Maaf kerana dalam tempoh yang agak lama saya tidak mengemaskini blog ini. Saya agak keterbatasan waktu sewaktu di Mekah tempohari kerana saya perlu gunakan sisa-sisa hari yang ada untuk menghambakan diri kepada Allah sebaik mungkin di bumi Tanah Suci dan juga melawat tempat-tempat bersejarah serta tempat-tempat menarik.

Selesai di Mekah saya ke Madinah dan kini saya telah pun berada di tanah air. Insyaallah saya akan terus berkongsi pengalaman dengan anda semua di blog ini dengan bahan-bahan serta pengalaman yang telah saya kumpulkan.

Hari ini saya hendak berkongsi dengan anda pengalaman ketika saya melawat Masjid Qisas di Jeddah pada 14 November 2011.

Masjid Qisas sama seperti masjid-masjid yang lain yang kita gunakan untuk menjalankan tanggungjawab kita sebagai seorang islam. Tetapi ianya menjadi tumpuan pelancong kerana perkarangan Masjid tersebut menjadi tempat hukuman pancung dijalankan.
Bangsal tempat hukuman pancung dijalankan

Dalam perkarangan Masjid itu terdapat sebuah bangsal yang menjadi tempat hukuman pancung dijalankan. Nasib saya serta ahli-ahli rombongan yang lain agak kurang baik pada hari berkenaan kerana sewaktu rombongan kami sampai baru sejam hukuman pancung ke atas tiga pesalah dijalankan.

Bau hanyir darah masih dapat dihidu walaupun sejam telah berlalu dan simen serta kawasan sekitar masih lagi basah kerana dicuci selepas hukuman dijalankan.

Saya melihat satu lubang berhampiran bahagian kaki bangsal masih terdapat air yang berwarna merah yang saya yakin ianya air darah. Lihat gambar di bawah yang saya rakam.




Hukuman pancung dijatuhkan kepada mereka yang melakukan kesalahan yang melibatkan kematian.

Insyaallah kita akan bertemu lagi selepas ini........

Saturday, November 12, 2011

Medan Selera Zam-Zam Tower

Sebelum ini ramai orang memberitahu saya jika hendak menjamu selera dengan aneka makanan timur tengah pergilah ke medan selera di Zam-Zam Tower yang terletak hanya beberapa puluh meter dari pintu Masjidil Haram. 

Dua malam lepas, selepas isyak di Masjidil Haram saya meluangkan masa untuk melihat suasana di sana. Sungguh meriah tempatnya. Pelbagai jenis makanan-makanan arab yang ada di jual disana. Makanan barat juga turut terdapat di sana. Tempat itu juga menjadi tumpuan rakyat Malaysia untuk menjamu selera. Saya juga terserempak dengan mantan MB Selangor, Dr Mohd Khir Toyo dan isterinya yang sedang ralit memakan sharwarma dan ayam panggang arab.

Yang agak mengejutkan saya sedikit adalah apabila melihat restoran Pizza Hut, KFC serta Starbucks juga turut terdapat di sana. Hanya beberapa puluh meter dari pintu Masjidil Haram. Nabi Muhammad SAW mengharamkan orang-orang kafir dari berada di Tanah Haram, tetapi produk-produk yang ada kaitan dengan yahudi dibenarkan berada di Tanah Haram oleh pemerintah Arab Saudi. 

Bukan setakat produk makanan yang ada kaitan dengan yahudi sahaja yang dibenarkan, Hotel Hilton juga berdiri tegak berhampiran Masjidil Haram. 
 
 Mungkin inilah yang dikatakan penjajahan zaman moden.

Dimanakah maruah kita ? 













Mantan MB Selangor, Dr Mohd Khir Toyo dan isteri sedang menjamu selera di 'food court' berkenaan.
Imam Muda Azhar (kanan)


???

???
???

Friday, November 11, 2011

Arafah Sentiasa Dalam Ingatan


Benarlah kata mereka yang pernah menunaikan haji, kenikmatan mengerjakan haji adalah ketika berada di Arafah. Manakala ketika berada di Mina ianya banyak mengajar kita erti kesabaran. Berada di Arafah tidak selama berada di Mina. Paling lama pun lebih kurang 30 jam. Manakala berada di Mina paling cepat 2 hari dan paling lama 3 hari. Disitulah kesabaran kita benar-benar teruji. Kepada yang tabah dan sabar Insyaallah haji mabrur untuknya. Kepada yang tidak sabar dan banyak mengomel, berserahlah kepada Allah untuk menentukannya.

Gambar-gambar di bawah ini yang sempat dirakam oleh rakan saya, En Johaimi, gambar pergerakan sebahagian jemaah daripada tempat penginapan di Mekah ke Arafah. Juga gambar ketika tiba dan semasa berada Arafah serta ketika Wukuf.