Tuesday, October 25, 2011

Hotel Paling Jauh 1000 Meter Paling Dekat 475 Meter


Rata-rata jemaah haji Malaysia (jemaah muasasah) yang ditemui melahirkan perasaan puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Tabung Haji, cuma ada di kalangan mereka yang mengeluh mengenai jarak hotel (maktab) penginapan jauh dari Masjidil Haram. Setiap tahun itulah masalah yang dihadapi Tabung Haji.

Saya ada mendapat sedikit info dari pihak Tabung Haji dan juga info dari pemerhatian saya sendiri. Saya berhajat untuk berkongsi info-info ini dengan ahli-ahli keluarga jemaah kita di tanah air.

Terdapat 18 hotel yang digunakan oleh Tabung Haji untuk menempatkan 23'000 ribu orang jemaah haji muasasah. Jumlah keseluruhan jemaah Malaysia 28'000 orang. Seramai 5000 orang mengikuti pakej.
Dua bangunan Hotel Luluat Al Tawheed yang menempatkan Maktab 92 dan 93 bagi jemaah muasasah Malaysia

Jarak hotel yang paling jauh dengan Masjidil Haram adalah Hotel Raudhat Al Shorouq dan Hotel Manar Al Shorouq dengan jaraknya 1000 meter. Manakala yang kedua jauh adalah Hotel Luluat Al Tawheed, kira-kira 950 meter. Difahamkan jarak itu diukur sendiri oleh Ketua Rombongan Haji Malaysia dengan berjalan kaki dari Masjid sehingga ke hotel-hotel berkenaan sambil menolak pengukur beroda.

Manakala hotel yang menempatkan jemaah muasasah yang berada pada jarak yang paling dekat dengan Masjid adalah Hotel Burj Al-Haram dengan jarak 475 meter, manakala yang keduanya adalah Hotel Marwah Al Naga dengan jarak 550 meter.

Berbeza dengan sesetengah jemaah negara lain. Ada diantara mereka yang tinggal melebihi jarak 2000 meter. Malah ada yang sehingga ke 5-6 kilometer jauhnya dari masjid.

Dengan bayaran sebanyak RM 14'340.00 selama 40 hari untuk di Mekah dan Madinah merangkumi tambang penerbangan , makan tengahari dan makan malam, penginapan serta pengangkutan lain bagi setiap jemaah muasasah adalah sesuatu yang mustahil bagi pihak Tabung Haji mendapatkan hotel yang baik dalam jarak 100-300 meter dari Masjidil Haram.

Ini kerana semua hotel di kawasan tersebut mengenakan kadar sewa yang tinggi pada musim haji, hingga mencecah ribuan ringgit untuk satu hari walaupun kelas hotelnya setaraf dengan hotel-hotel yang digunakan oleh Tabung Haji sekarang. Perlu diingat, hartanah yang berada di sekitar Masjidil Haram bernilai amat-amat tinggi. Sebab itulah untuk jemaah-jemaah yang menyertai pakej mereka sanggup bayar dengan harga yang tinggi kerana mereka mahu tinggal berdekatan dengan Masjid.
 
Nota: 
Bayaran haji muasasah - RM 14'340.00
Bayaran dari jemaah- RM 9980.00
Subsidi dari Tabung Haji (jemaah kali pertama sahaja) - RM 4360.00
Tiada sebarang subsidi untuk jemaah pakej

Ada juga terdapat hotel-hotel biasa di sekitar Masjid, tetapi ianya benar-benar hotel biasa yang kecil hingga lobi pun tiada. Itu pun sudah tidak banyak sekarang kerana menurut seorang rakyat Malaysia yang berpengalaman di Mekah, katanya banyak yang sudah dijual dan dirobohkan untuk tujuan membina hotel-hotel mewah kerana permintaan yang tinggi di sekitar kawasan tersebut.

Pihak Tabung Haji memerlukan hotel yang besar serta mempunyai ruang yang luas kerana mereka mempunyai pelbagai aktiviti untuk jemaah sementara menunggu hari wukuf. Antaranya bimbingan mengerjakan haji, ceramah-ceramah agama serta taklimat. Mereka juga perlu menyediakan klinik, bilik rawatan, farmasi , surau kaunter kewangan dan pelbagai lagi, semuanya untuk kesenangan para jemaah.

Solat di Masjidil Haram pahalanya 100 ribu kali ganda dari solat di masjid-masjid lain. Sebab itulah semua jemaah berkehendakkan hotel yang dekat dengan Masjidil Haram supaya senang untuk mereka berulang alik demi untuk mengejar ganjaran yang dijanjikan Allah SWT. Tetapi jangan lupa, Allah juga menjanjikan pahala yang besar dalam solat sekiranya seseorang itu mengharungi perjalanan yang jauh untuk mengerjakan solatnya.
Jemaah sedang menunggu giliran untuk urusan kaunter kewangan Tabung Haji di Hotel Luluat Al Tawheed


En Anuar Abdul Hamid dan Puan Asiah Ibrahim dari Kajang Selangor sedang menunggu giliran untuk berjumpa doktor.
En Yaakob Mohd Noor dari Pulau Pinang 
 
 Ketua Rombongan Haji Malaysia turun padang melawat operasi harian demi untuk memastikan perkhidmatan yang terbaik untuk jemaah haji Malaysia sejajar dengan motonya Bersama Santuni Dhuyufurrahman (Tetamu Allah)

Gambar-gambar kandid yang sempat dirakam di  lobi Hotel Luluat Al Tawheed

15 comments:

  1. Alhamdulillah...saya suka dapat info2 sebegini...dengan gambar2nya yang menceritakan keadaan di sana masakini...syukran.

    ReplyDelete
  2. rinduny nk ke mekah dan madinah..sy dulu duk dkt 1km jgk ke masjidil haram tp itu dh kira dkt.jemaah dr indon duduk lg jauh..

    ReplyDelete
  3. jemaah Malaysia dah biasa naik motor/kereta sampai depan masjid tu yg merungut tu. :)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah dan ribuan terima kasih kepada penulis blog ini..walaupun belum kelihatan wajah ibu dan ayah dicapture, anak2 di sini terasa berada dekat dgn mereka menerusi gambar2 yg saudara ambil di sana...semoga para jemaah berada dalam keadaan yg terbaik dan sihat sejahtera bagi menjalankan ibadah di sana.semoga segalanya dipermudahkan Allah untuk mereka,dan memberi kesempatan kepada kami pula untuk ke sana di musim yg akan dtg...teruskan dengan berita dan gambar2 dari sana ye...tq

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, bersyukurlah...zaman Rasulullah SAW & para Sahabat takde hotel pun. Nak sampai sana makan berbulan perjalanan. Naik unta...takde aircond. Lagi kita bersyukur, lagi banyak Allah akan limpahkan rahmatNya, insyaAllah...

    ReplyDelete
  6. nur hayati mohd yusoff

    sila beri nama ibu dan ayah anda. saya akan cuba mencarinya.

    jika boleh beri nombor maktabnya sekali.

    saya cuba....


    drp: admin haji1432.com

    ReplyDelete
  7. Saya hanya mampu bersyukur dengan apa yang penulis paparkan dan usahakan. TQVM.

    Jokiden NSDK.

    ReplyDelete
  8. salam admin..tqvm kerana membaca comment saya...
    nama ayah Mohd. Yusoff bin Hj. Abdul Rahman
    nama ibu NorAzizah binti talib
    tinggal di Burj Ghandura maktab 92...
    (saya pun kurang arif tentang apa yg disebut..)kalau ikut senarai hotel yg admin letakkan tidak kelihatan nama tempat yang ayah sebutkan tadi...kalau sudi dan ada kelapangan untuk saudara admin bertemu ibu dan ayah, alhamdulillah...sampaikan salam rindu kepada mereka..tetap rindu walaupun setiap hari mendengar suara mereka menerusi phone...alhamdulillah..jazakallahu khairon...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,
    Penulis tinggal dimana? Tunjuk lah gambar di penempatan yg terbesar TH di Hotel Janadriah. Tk.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah atas info yg diberi..
    Terasa seolah olah diri ini berada disana..
    Rindunya nak pergi lagi ke Tanah suci Mekah n Madinah..

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum saudara penulis. Adakah saudara kakitangan TH? Seronok melihat gambar dn mengikuti perkembangan di sana.

    ReplyDelete
  12. saya bukan kakitangan TH. saya penulis bebas

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum.Terasa sayu melihat gambar gambar yg saudara siarkan.Teringat ketika menginap di Marwah An-Naqa [Haji 2007/08].Kalau ada kelapangan tlg siarkan juga gambar jemaah yg menginap di Marwah An-Naga.Seorang sahabat saya menginap di situ [Mohd Zuhir Abd.Rahman].Maaf dan pohon kebenaran utk siarkan blog saudara ke smant.edu.my [portal JHEAT] Bah.Pendidikan

    ReplyDelete
  14. HJH NORHAYATI BT HJ MD YUSOFNovember 2, 2011 at 4:32 AM

    Salam..terasa sayu dia hati setiap kali tibanya musim haji dan terkenang kenangan manis sewaktu mengerjakan haji bersama suami pada tahun 2009...wpun dah merata tempat saya dah melawat tp Mekah adalah tempat yg paling indah dan tenang bila ke sana...bersyukur kepada Tuhan kerana saya dapat pergi semasa usia yg masih muda....amin

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah, Tabung Haji sememangnya menyediakan perkhidmatan yang terbaik. Semasa musim haji yang lepas, 2010, saya dan keluarga amat berpuashati dengan layanan yang diterima. Malah muasasah, kami menginap hotel yang paling hampir iaitu Burj-Al-Haram lebih kurang 500 meter dari Masjidil Haram. Muga Allah memberikan kelapangan dan kemudahan bagi kesemua umat Islam yang menunaikan fardhu haji kali ini. Amin.

    ReplyDelete