Monday, October 29, 2012

Mengunjungi Masjid Baiat di Jamarat Mina

Ketika berjalan disekitar kompleks  tempat melontar Jamrah,penulis terlihat satu masjid yang kecil yang diperbuat daripada tanah. Ramai yang berkata banggunan kecil ini adalah masjid Aqabah,setelah diselidiki rupanya nama sebenar bangunan ini adalah Masjid Baiat.

Di antara kawasan banguna Jamarat yang besar dan megah ini terdapat masjid kecil yang kelihatan reka bentuk lama .Jaraknya lebih kurang dari 50 meter daripada bangunan Jamarat. Masjid yang dicat berwarna krim ini tidak beratap dan saiznya sekitar kebih kurang 10 x 10 meter . Semasa penulis pergi ke masjid ini tidak ada jemaah yang bersolat,masjid ini di pagar kelilingnya dan pintunya berkunci pada setiap waktu. 

Namun pengunjung masih mampu untuk melihat ruang dalam masjid melalui sayap kanannya kerana ia tidak berpintu

 

Inilah Masjid Baiat, masjid yang dibangun oleh Dinasti Abbasiah untuk menghormati Abbas bin Abdul Muthalib. Abbas adalah bapa saudara Rasulullah saw, yang anak keturunannya kemudian membangunkan Dinasti Abbasiah. 



Sebahagian orang menganggap bahawa masjid ini dibangunkan oleh jin saat mereka melakukan baiat kepada Rasulullah. Namun anggapan ini tidak benar  karena Masjid Jin memang ada di Kota Mekah sebagai penanda terjadinya baiat para jin yang beriman kepada Rasulullah.

Sebelum itu masjid ini tertanam dibawah tanah ratusan tahun , Namun dalam proses pembangunan besar-besaran Jamarat, buldozer yang melakukan pembersihan tanah telah terkesan struktur batu yang sangat keras. Setelah diteliti, ternyata batu keras tersebut merupakan masjid. Maka, masjid itu dibiarkan seperti seadanya dan dibaik pulih sedikit, bentuk masjid dipelihara. Misalnya tempat imam solat diletakkan sejadah. 


Inilah peninggalan sejarah yang dihargai pemerintah Arab Saudi. Padahal, biasanya kerajaan ini mampu untuk membangunkan struktur yang lebih cantik jika tidak memikirkan nilai sejarahnya maka Masjid Baiat dibiarkan dengan seadanya. 


Penulis kongsikan sedikit mengenai sejarah Baiat Aqabah.

Menghormati Abbas

Masjid Baiat dibangun oleh Dinasti Abbasiah untuk menghormati Abbas bin Abdul Muthalib. Masjid ini dibangun sebagai penghormatan atas terjadinya Baiat Aqabah, karena di tempat inilah kaum Yatsrib (masyarakat Madinah) melakukan baiat kepada Rasulullah untuk taat dan tidak melakukan syirik. Ketika itu, Rasulullah saw. ditemani bapa saudaranya Abbas bin Abdul Muthalib yang belum beriman. Meski demikian, ia sangat mengambil berat  dan sangat menjaga keselamatannya nabi.



Wikipedia menjelaskan, baiat di Aqabah terjadi dua kali. Baiat Aqabah pertama yang terjadi tahun 621 M, yaitu perjanjian antara Rasulullah dengan 12 orang dari Yatsrib yang kemudian mereka memeluk Islam. Baiat Aqabah ini terjadi pada tahun kedua belas kenabiannya. Kemudian mereka berbaiat (bersumpah setia) kepada Muhammad. Adapun isi baiat itu, penduduk Yatsrib tidak akan menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun; Mereka akan melaksanakan apa yang Allah perintahkan; Dan ketiga, mereka akan meninggalkan larangan Allah.



Setahun kemudian, tahun 622 M, Rasulullah kembali melakukan baiat di Aqabah. Kali ini perjanjian dilakukan Rasulullah terhadap 73 orang lelaki dan 2 orang wanita dari Yatsrib. Wanita itu adalah Nusaibah bintu Ka`ab dan Asma` bintu `Amr bin `Adiy. Perjanjian ini terjadi pada tahun ketiga belas kenabian. Mushâ'b bin Umair yang ikut berbaiat pada Baiat Aqabah pertama kembali ikut bersamanya beserta dengan penduduk Yatsrib yang sudah terlebih dahulu masuk Islam.


Mereka menjumpai Rasulullah di Aqabah pada suatu malam. Nabi Muhammad SAW datang bersama bapa saudaranya Abbas bin Abdil Muthallib. Pada saat itu Abbas masih musyrik, namun ia ingin menjaga keselamatan anak saudaranya  Muhammad, kepada orang-orang Yatsrib itu. Ketika itu, Abbas menjadi orang pertama yang angkat bicara kemudian disusul oleh Muhammad yang membacakan beberapa ayat Alquran dan menyerukan tentang Islam.



Kemudian orang-orang Yatsrib itu membaiat Muhammad. Isi baiatnya adalah, mereka akan mendengar dan taat, baik dalam perkara yang mereka sukai maupun yang mereka benci; Mereka akan berinfak, baik dalam keadaan sempit maupun lapang; Mereka akan beramar ma'ruf dan nahi munkar. Mereka juga berjanji agar mereka tidak terpengaruh celaan orang-orang yang mencela di jalan Allah; Dan mereka berjanji akan melindungi Muhammad sebagaimana mereka melindungi para wanita dan anak mereka sendiri.



Setelah baiat itu, Muhammad kembali ke Mekah untuk meneruskan dakwah. Kemudian ia mendapatkan gangguan dari kaum musyrikin kepada kaum muslimin yang dirasa semakin keras. Maka Muhammad memberikan perintah kepada kaum muslimin untuk berhijrah ke Yatsrib. Baik secara sendiri-sendiri, maupun berkelompok. Mereka berhijrah dengan sembunyi-sembunyi, sehingga kaum musyrikin tidak mengetahui kepindahan mereka.



Pic Maghrib & Subuh Sekitar Jamrah



Solat Maghrib



Bersolat dilereng bukit.






















keluarga berbangsa arab menikmati makan malam dicelahan kontena.
Suasana selepas subuh di sekitar Jamrah
ramai yang tidor diatas jalan raya,ada yang sudah bangun untuk solat subuh.


komuter di mina


Suasana Di Mina,Ada Yang 'Panas' Dalam Sejuk.

Di Mina para jemaah Haji tinggal di sana selama 4 malam sebaik saja tiba dari Muzdalifah. Di sini menempatkan maktab maktab para jemaah haji Malaysia .Bagaikan satu perkampungan kawasan maktab dibahagikan mengikut negara.Jemaah haji Malaysia ditempatkan bersama jemaah haji dari negara Asia Tenggara.

Apa yang menariknya khemah khemah jemaah haji Malaysia adalah adalah diantara paling hadapan berhampiran terowong Muassim.
Pintu masuk ke kawasan penempatan jemaah haji Malaysia

Pusat Operasi Tabung Haji di Mina

di celah lorong deretan khemah,disebelah kanan adalah khemah jemaah haji lelaki dan dikiri adalah jemaah haji perempuan.

peti ais di isi penuh dengan minuman turut disediakan disetiap khemah

tempat berwudhuk bersebelahan bilik mandi dan tandas.


bilik mandi dan tandas jemaah haji wanita


para petugas maktab termasuk doktor(baju putih) tak tidor malam bertugas.

suasana ruang khemah menempatkan para jemaah haji muasasah yang berhawa dingin.

tak ada bezanya jemaah haji pakej dengan muasasah,bermalam di mina bukan seperti makan angin.Tempat cukup terhad,kesabaran para jemaah cukup teruji semasa berada di sini.


jemaah haji dari negara lain ada setengahnya hanya mampu memasang khemah tanpa kemudahan asas dan ada yang tidor ditepi jalan.




Penulis sempat meninjau di kawasan maktab jemaah haji yang membayar pakej puluhan ribu.Apa yang dapat penulis simpulkan di sini tak ada bezanya diantara mereka yang berkedudukan tanpa mengira status mahu pun darjat ,jemaah haji tetap akan merasai pengalaman yang hampir sama.



Jam menunjukkan jam 2 pagi ketika gambar gambar ini diambil, penulis sempat bertemu beberapa orang jemaah haji muasasah. Ada yang merungut hingga menjadikan penulis tempat melepaskan marah dan geram. Kata seorang jemaah " khemah sempit,tak patut tempatkan satu petak khemah hingga 18 orang,ingat kami ni binatang?" Tergamam dibuatnya penulis pada ketika itu sedangkan jika dibandingkan dengan jemaah haji dari negara lain ada yang sanggup tidur ditepi jalan yang cukup kotor berbau dan penuh dengan sampah.


Ada juga jemaah haji yang keluar dari khemah disebabkan tak boleh tidor,penulis berkesempatan berbual kata seorang pakcik kepada penulis " Sempit sedikit dan tak boleh nak tidur,tapi apa pun kita redha sajalah ini semua ujian buat semua orang" dengan nada yang cukup lembut sambil tersenyum.


Dari pemerhatian penulis,ada yang tidak mampu menahan sabar dan ada yang dapat  bersabar dan redha.Dalam kita mencari keredhaan Allah,kita harus redha dalam setiap ujian apatah lagi menjalankan Ibadah Haji.


Ilahi Anta Maqsudi…
Wa Ridhaka Matlubi,
La Ma’abuda Ill allah,
La Maqsuda Ill allah,
La Mawjuda Ill allah
Ya Allah, Engkaulah tujuanku, Dan aku mencari keredhaanMu, Tiada lain yang harus di sembah melainkan Engkau, Tiada destinasi melainkan Engkau, Tiada kewujudan melainkan melalui Engkau



Melihat kepada kawasan yang cukup terhad penulis rasakan mahukah rakyat Malaysia menunaikan haji jika kuota Malaysia dinaikkan.


Yang pasti jika kuota dinaikkan, jumlah jemaah haji Malaysia meningkat  maka lokasi khemah sudah pasti ada yang lebih jauh daripada kedudukan khemah yang ada sekarang daripada terowong ke Jamrah. Begitu juga di kota Mekah,mahukah jemaah haji ditempatkan sejauh 7-8 kilometer seperti jemaah haji Indonesia dan Turki berbanding sekarang yang hampir kesemuanya maktab Malaysia kurang 1 kilometer daripada Masjidil Haram.


Penulis bertemu dengan ramai jemaah haji dari pelbagai negara ada yang dari Ethopia,Iran,Turki,Algeria dan Indonesia.Kesemuanya memuji jemaah haji Malaysia kerana kesopanannya,tertibnya ..kembang hidung jugak dibuatnya sebab ada yang tanya nak buat menantu...hehe..


Semasa meninjau disekitar khemah,Penulis terlajak hingga memasuki ke kawasan khemah jemaah haji Thailand, di sapa oleh 2 orang petugas haji Thailand katanya seorang jemaah Haji Malaysia tersesat dan tinggal bersama jemaah haji Thailand.


Jemaah haji wanita yang dalam lingkungan 65-70 tahun  ini apabila ditanya hanya mampu memberikan nama singkat beliau tanpa mampu untuk memberi nama penuh.Apabila diperiksa gelang ditangan didapati tidak mempunyai nama barangkali sudah kabur tidak kelihatan,tidak ada beg atau tag nama seperti jemaah haji Malaysia yang lain. Berbekalkan sebotol air dan sebatang berus gigi ibu tua ini dibawa ke maktab jemaah haji Malaysa yang berhampiran.






Petugas tabung Haji bertugas 24jam di laluan masuk dan keluar menghala ke terowong Muasim.

Sunday, October 28, 2012

Bermalam Di Muzdalifah,Insaf Dan Menerima Seadanya Siapa Diri Kita.

Selepas wukuf di Arafah jemaah haji terus dihantar ke Muzdalifah oleh petugas Tabung Haji.Ratusan bas menunggu disetiap maktab di Arafah. Ketika penulis habis bersolat zohor,sempat berbual dengan beberapa jemaah haji yang lain.


Kata mereka bas akan bertolak sekitar jam 3 petang ke sana. Sambil makan ada yang berbual santai dan ada yang tidak putus putus berdoa kepada Allah kerana ketika habis saja khutbah dan solat jamak tamam zohor dan asar.


Di Muzdalifah,para jemaah menghabiskan masa dengan berehat dan juga mengambil peluang untuk mencari batu untuk dilontar ketika di jamrah nanti.


Melihat kepada pemandangan puluhan ribu jemaah haji berkumpul di kawasan yang terbuka sebegini cukup menginsafkan penulis.Pada mulanya penulis memikirkan kenapa tidak ada kemudahan khemah disediakan rupanya keadaan ini benar benar menghayati seperti mana  didalam hadis sebahagian daripada Muzdalifah adalah daripada padangan masyar.


Di sini hinggalah ke Mina benar benar menguji sifat sabar para jemaah Haji,Bukan mudah untuk menghadapi dalam keadaan sebegini apatah lagi ketika kita di padang Masyar nanti.Bezanya jemaah haji berada di sini pada waktu malam bayangkan ketika di Masyar betapa panas ibarat matahari berada senjengkal daripada kita.

Yang kaya,berkedudukan mahupun muda atau pun tua,semuanya harus menghadapai ujian ini.Ritual atau praktik didalam ibadah Haji benar benar menginsafkan

Kekuatan mental dan fizikal amat penting,begitu juga dengan kesabaran. Ketahuilah sifat sabar begitu besar nilainya hingga diletakkan kedudukannya separuh daripada Iman .Begitulah besarnya nilai erti kesabaran dalam ertikata meletakkan diri kita didalam keadaan redha untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.


Gambar ehsan 19creative ;Jaafar.
Jemaah Haji tidur berlantaikan tanah berbumbungkan langit terbuka.

Jemaah haji sedang mencari batu didalam gelap bersuluhkan lampu pemicit.


Bermalam di Muzdalifah

Muzdalifah adalah salah satu nama tanah suci yang berada di Makkah almukarromah, yang diambil dari kata al-zulfah artinya dekat. Jadi, seorang hamba mendekat/taqorrub kepada Allah SWT di tempat itu dinamakan juga dengan sebutan jam'an, artinya berkumpulnya manusia ditempat itu,  atau dijama'nya shalat magrib dan isya di tempat itu. Dikenal juga dengan Masy'aril haram, nama gunung yang berada disana yaitu gunung quzah.

Muzdalifah terletak di antara Arafah dan lembah (wadi) muhassir (suatu lembah yang memisahkan antara Muzdalifah dan Mina), keseluruhan Muzdalifah adalah tempat mabit/wukuf kecuali wadi muhassir, hal ini para ulama sepakat, sebagaimana Rosululloh SAW, bersabda:

وكل المزدلفة موقف وارتفعوا عن بطن محسّر
Hukum Mabit di Muzdalifah

Para ulama sepakat mabit di muzdalifah termasuk salah satu wajibnya haji bukan termasuk rukun haji. Dalilnya adalah hadis Rosulullah dari 'Urwah bin Mudhorris. Adapun Rasulullah saw ketika itu tidur di Muzdalifah sampai pagi tanpa menunaikan salat malam.

Menjelang Subuh, beberapa orang anak-anak dan perempuan yang tergolong berbadan lemah, termasuk Saudah dan Ummu Habibah, meminta izin kepada beliau untuk berangkat dulu ke Mina sebelum penuh oleh orang banyak. Pada saat itu bulan telah tenggelam, tetapi fajar belum menyingsing. Rasulullah saw. mengizinkan mereka.
Rasulullah saw memerintahkan anak-anak kecil untuk tidak melempar jumrah sebelum terbit fajar dan memberi izin kepada orang-orang perempuan untuk melempar sebelum terbit matahari karena keadaan mereka yang lebih susah dan lebih utama untuk ditutupi. Di antara yang ikut melempar bersama kaum perempuan adalah Asma binti Abu Bakar dan Ummu Salamah.

Saturday, October 27, 2012

Jemaah Haji Malaysia Merungut Bab Makan.Tabung Haji Sila Ambil Perhatian!


Rata rata jemaah haji Malaysia yang penulis jumpa bila bercakap soal bab makan pasti ramai yang merungut. Adoi! rupanya merungut bukan tak cukup makan tapi terlebih makan..

Apa yang menarik bab makan amat dititik beratkan oleh pihak Tabung Haji,setiap kali tiba waktu makan,pihak katering akan menghantar makanan yang siap dibungkus dengan kotak aluminium ke setiap khemah.

Lauknya ayam,sayur dan juga nasi putih atau nasi briyani. Beras basmaty ..beras yang panjang panjang gitu..Kalau di Malaysia memang mahal nak makan nasi putih beras basmaty.Hah! itulah standart makanan kat sini.Makanan yang disediakan mengikut citarasa masakan Malaysia,terubatlah rindu para jemaah yang berada jauh bermusafir di Kota Suci Mekah.

Rakan penulis yang sudah berada di sini lebih sebulan kata mereka berat badan meningkat dan muka pun makin bulat.

Jemaah haji disajikan makanan 2 kali sehari makan tengah hari dan juga makan malam.
Penulis kongsikan gambar pihak katering Tabung Haji yang menyediakan makanan semasa di Maktab Hotel Al Janadiriyah dan juga Arafah.



Makan tengahari nasi putih berlaukan ikan dan sayur
pekerja katering menurunkan lebih 7 ribu kotak kotak makan malam

Menu makan malam,Nasi Briyani berlaukkan kari daging dan sayuran.


Di bawah adalah proses penyediaan makan malam untuk jemaah haji Malaysia di Arafah.Penulis sempat berbual dengan Abang Osman Patani penyelia pihak katering. Katanya mereka menyediakan menu untuk tengah hari nasi berlaukkan ayam dan untuk makan malam berlaukkan daging. Untuk setiap maktab yang berjumlah 2250 orang.










penulis berbual bersama penyelia katering.