Sunday, October 21, 2012

Persediaan Masyair.

Hari ini Ahad penulis  berkesempatan untuk menyertai rombongan media ke Arafah dan juga Mina untuk melihat persiapan pihak Masyair Tabung Haji.


Persediaan oleh pihak Tabung Haji sejak minggu lepas amat rapi.Penulis melihat kesungguhan kakitangan Tabung Haji amat berdedikasi agar proses penghantaran jemaah haji Malaysia ke Arafah berjalan lancar.


Peralatan dan kelengkapan kakitangan Tabung Haji yang akan mengiringi jemaah Haji semasa Masyair nanti.


Khemah dilengkapi dengan aircond



Para jemaah akan tidor didalam khemah,bantal dan selimut disediakan oleh pihak Tabung haji

Persekitaran yang redup


tandas untuk jemaah wanita

Ketua rombongan Haji Datuk Syed Saleh Di Temuramah Oleh Pihak Media mengenai persiapan Tabung Haji menguruskan jemaah ke Arafah

 Ruangan menunggu untuk jemaah haji untuk menaiki bas,setiap jemaah haji wajib melalui ruangan menunggu sebelum menaiki bas untuk mengelakkan daripada berlaku kesesakan dan berebut .Penulis melihat pengurusan pergerakan jemaah cukup teliti hinggakan untuk menaiki bas pun dipantau oleh pihak Tabung Haji.




Menurut pegawai Tabung Haji,persiapan memasang khemah dilakukan sejak minggu lepas,lebih kurang 3 ribu khemah dikhaskan untuk jemaah Haji Malaysia

Jemaah Haji akan mula berangkat ke Arafah pada 8 Zulhijah.Sekarang ini para Jemaah Haji melakukan persediaan  dengan mengisi barang-barang dan pakaian semasa berada di Mina .



Tak perlu bawa banyak barang,hanya barang tambahan yang agak penting dan perlu di bawa adalah seperti berikut:

1. Kole  aluminium untuk kegunaan mengambil air panas semasa di Arafah dan Mina. Kegunaan buat air tea atau membuat mee segera. Juga kegunaan untuk ke bilik air bagi meletakan berus gigi dan sabun supaya tidak termasuk dalam lubang tandas.


2. Tali Nylon untuk dibuat ampaian  untuk menyangkut kain tuala,pakaian di Arafah dan Mina. Juga boleh menyambungkan antara kemah bagi menghalang cahaya matahari masuk dalam khemah.


3. Plastik yang diguna membuang sampah ( plastik besar ) untuk persiapan jika berlaku hujan. Apabila hujan boleh dimasukan beg pakaian dalam plastik tersebut supaya beg tidak basah. Juga boleh digunakan untuk dimasukan pakaian yang telah kotor.


4. Pisau Kecil untuk memotong buah. Di Arafah dan Mina. Buah-buahan banyak disediakan oleh Muassasah.




Ratusan bas sejauh mata memandang bakal digunakan untuk mengangkut jemaah ke Arafah.



 Khemah khemah di Mina bersiap sedia menanti kedatangan jemaah Haji.
deretan khemah di Mina






No comments:

Post a Comment