Perjalanan pulang dari Masjid Hudaibiyah,Penulis sempat singgah di pusat pameran kesenian arkitek 2 Masjid Suci .Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi.
Disini penulis berpeluang melihat model Masjidil Haram yang sekarang ini dalam proses pembesaran dan juga barang barang lama struktur Masjidil Haram dan kiswah(Kain penutup kaabah) Kaabah berumur ratusan tahun.
|
model Masjidil Haram yang sedang dalam proses pembesaran, |
|
lukisan lama keadaan kota Mekah dan rupa bentuk masjidil haram yang lama |
|
2 bekas lama ini digunakan untuk mengisi air zam zam |
|
Pagar lama yang digunakan untuk menutup telaga zam zam |
|
gambarajah telaga zam zam |
|
tanda bulat ini lah lokasi telaga zam zam |
|
Tangga mimbar Masjidil Haram 1240H masih dalam keadaan baik. |
|
|
Salah satu daripada 3 tiang yang digunakan didalam kaabah berumur ratusan tahun. |
|
Tiang kaabah ini diperbuat daripada kayu digunakan pada 65H |
|
Tiang kayu ini dibuat oleh Abdullah Ibn Az-Zubair pada 65Hijrah |
|
Kedudukan tiang didalam Kaabah |
|
Pancur emas yang ditulis ayat quran diatas 6 keping plate emas berumur sejak 1119H |
|
Quran Lama Musyaf Othman tulisan tangan yang ditulis era Othman Bin Affan |
|
Kiswa Kaabah yang digunakan pada 1417Hijrah |
|
Kotak kayu yang disimpan didalam Kaabah diguna ketika era Sultan Abdul Majid Khan 1272Hijrah |
Apa yang dipamerkan didalam muzium ini memang cukup menarik bahawa senibina Islam dan bahan sejarah yang tidak ternilai 2 masjid suci umat Islam ini patut diketahui oleh umat Islam.
Penulis berasa beruntung kerana berpeluang untuk melawat muzium ini. Bukan mudah untuk masuk ke muzium ini kerana memerlukan temujanji .Jika tidak ada temu janji atau didalam senarai jangan mimpi untuk masuk kedalam muzium ini kerana setiap jam ia dikunjungi oleh ratusan umat Islam dari seluruh pelusuk dunia. Ruang yang terhad didalam muzium ini membuatkan pihak pengurusan terpaksa mengawal keluar masuk pengunjung.
No comments:
Post a Comment