Monday, October 22, 2012

Alhamdulilah ,Mekah Di Basahi Hujan.

11 hari penulis berada di Kota Suci Mekah dalam keadaan cuaca yang panas kering mencecah 42c hingga menjejaskan kesihatan ramai jemaah haji.Namun petang kelmarin keadaan cuaca bertukar serta merta menjadi redup sebaik saja menghampiri Maghrib hujan mula turun.


Situasi di sini bertukar menjadi sedikit sejuk dan terasa nyaman udaranya yang sebelum ini kering dan berhabuk.Semasa artikel ini ditulis keadan suhu adalah 34c hampir sama keadaannya di tanahair.


Kata jemaah yang tiba awal sebulan yang lepas Mekah hanya turun hujan sekejap beberapa minit tidak seperti hari ini hujan turun dengan lebat.


Ketika hujan turun para jemaah Haji ditepi jalan beramai ramai menadah tangan berdoa bersyukur keatas rahmat Allah yang memberikan hujan.Satu pemandangan yang jarang sekali dilihat apabila ramai yang terasa akan nikmat hujan.



No comments:

Post a Comment