Anggota paramedik memberi bantuan kecemasan. |
Semalam selepas solat Isya di Masjidil Haram penulis terlihat sekumpulan jemaah sibuk membantu seorang ibu tua yang kesakitan.Tidak lama kemudian pihak paramedik tiba memberi bantuan kecemasan .
Ibu tua ini jemaah dari Indonesia pengsan,mengalami kejang otot,sukar bernafas dan juga kebas tangan. Barangkali keadaan masjid yang terlalu sesak dan juga keletihan menyebabkan kesihatan ibu ini terjejas.
Kepada jemaah haji Malaysia diharap dapat menjaga kesihatan dengan baik,cuaca di Kota Mekah ketika ini cukup panas dan kering sekitar 40-42c dan pada malam 32-33c. Banyakkan minum air dan juga berehat .
Persediaan wukuf di Arafah harus dititik beratkan kerana pada waktu itu badan yang sihat dan kekuatan fizikal memainkan peranan yang penting ketika wukuf dan juga ketika melontar dijamrah.Ramai yang lupa bahawa maksud: Allah mewajibkan mengerjakan haji bagi
yang mampu dan berkuasa mengunjungi Baitullah. (ali-'Imran: 97) sangat
luas.
Kemampuan itu bukan hanya dari sudut perbelanjaan tambang pergi balik dan untuk keluarga yang ditinggalkan tetapi juga dari segi kesihatan tubuh yang merangkumi komponen fizikal dan mental.
Kita harus bersedia dengan keadaan cuaca yang berdebu dan kering berbanding ditanah air yang cuacanya lembab.
Persekitaran di tanah suci suhunya ekstrem dan keadaan berdebu itu mendedahkan bakal jemaah kepada jangkitan saluran pernafasan. Berdasarkan pemerhatian penulis ketika ini ramai jemaah haji batuk dan demam.
Bila kita teliti ibadah haji itu sendiri memerlukan kekuatan fizikal seperti saie, tawaf dan melontar. Jemaah terpaksa berjalan beberapa kilometer untuk menunaikan ibadah-ibadah tersebut, terpaksa bermalam di Arafah, Mina dan Mudzalifah dengan kelengkapan tempat tidur dan tandas yang paling asas serta perlu berjalan untuk ibadah melontar untuk empat hari berturut-turut. Oleh kerana bilangan jemaah yang ramai, maka untuk melaksanakan sesuatu ibadah itu akan mengambil masa yang panjang.
Jemaah juga terpaksa berulang-alik ke masjid di mana jarak tempat penginapan dengan masjid adalah di antara 50 meter ke 700 meter. Ringkasnya jemaah haji terpaksa berjalan kaki ke mana saja sama ada untuk menunaikan ibadah atau urusan peribadi ketika di tanah suci.
Semasa musim Haji, populasi di Mekah mencecah hampir tiga juta orang yang datang dari segala pelosok dunia. Dengan bilangan jemaah yang ramai itu, banyak masalah kesihatan mungkin timbul yang disebabkan oleh kuman di bawa oleh jemaah negara lain.
Tambahan pula cuaca yang berlainan di tanah suci berbanding cuaca dinegara kita . Justeru, amat penting bagi jemaah menyiapkan diri untuk menjamin kesihatan diri dan seterusnya memudahkan kelancaran perjalanan haji.
Bagi jemaah yang tinggal di Maktab Abraj Janadiriah ,amat mudah mendapatkan rawatan ini kerana pihak Tabung Haji menyediakan 4 klinik dan ramai kakitangan perubatan .
Tabung Haji Malaysia adalah satu satunya pengurus jemaah haji di Kota Mekah mempunyai hospital sendiri,Namun kerajaan Arab Saudi tidak membenarkan nama "hospital" digunakan maka pihak Tabung Haji menggunakan nama "Pusat Rawatan" Atau Medical Center.
Pusat Rawatan Tabung Haji di Syisyah dikendalikan oleh empat doktor pakar yang diketuai Datuk Dr Abdul Razak, 42 pegawai perubatan, seorang pegawai farmasi, seorang pegawai dietetik, 71 jururawat dan 54 pembantu pegawai perubatan manakala bakinya terdiri kakitangan lain seperti juru x-ray, juruteknologi makmal perubatan dan fisioterapi

Bilangan pesakit kalangan jemaah haji yang menunggu giliran di farmasi untuk mendapatkan ubat. |

No comments:
Post a Comment