Selepas solat subuh gerai diatas yang terletak diluar Masjidil Haram akan menjadi tumpuan jemaah untuk mendapatkan sarapan pagi.
Selepas membeli sarapan kawasan lapang depan Masjidil Haram akan dijadikan medan berkelah dikalangan jemaah. Kesempatan juga diambil untuk berkenalan antara satu sama lain serta mengeratkan ukhwah sesama muslim tanpa mengira negara , bangsa atau keturunan. Suasana sungguh meriah.
Salah seorang jemaah haji Malaysia yang berkelah di kawasan lapang tersebut
Suasana di tempat Saei dari Bukit Marwah ke Bukit Safa selepas solat zohor semalam
Suasana di depan Kaabah selepas zohor semalam
Menjelang waktu asar semalam jemaah mula berduyun-duyun ke Masjidil Haram. Tiap-tiap waktu sembahyang kebiasaannya jemaah tiba antara 1-2 lebih awal untuk mendapatkan ruang solat yang baik serta melakukan amalan sunat-sunat demi merebut ganjaran besar yang dijanjikan Allah terhadap umatnya terhadap amalan-amalan yang dilakukan dalam Masjid tersebut.
Dalam hal ini ada berlaku kekeliruan di kalangan jemaah. Ramai jemaah yang sembahyang dan beriktikaf di kawasan saei yang menghubungkan Bukit Safa dan Marwah atau sebaliknya. Mereka keliru kerana kedudukan kawasan saei dan Masjid bersambung. Sedangkan yang sebenarnya tempat saei tidak termasuk dalam kawasan masjid. Apabila ianya tidak termasuk dalam kawasan Masjid, sebarang amalan yang dilakukan di situ tidak akan mendapat ganjaran sepertimana yang dijanjikan Allah terhadap amalan-amalan yang dilakukan di dalam Masjidil Haram.
Bagaimanapun kekeliruan tersebut tidak ketara berlaku dikalangan jemaah Malaysia kerana kebanyakan mereka semua telah sedia maklum atau telah diberitahu oleh pembimbing-pembimbing ibadat haji yang disediakan Tabung Haji.
Suasana selepas solat asar semalam.
Gambar dirakam dari tingkat tiga Masjidil Haram. Untuk pengetahuan anda semua, setiap kali selepas solat waktu pasti akan ada solat jenazah diadakan. Ada masanya mencecah belasan jenazah.
Tapak rumah Nabi Muhammad SAW dilahirkan yang kini dijadikan Perpustakaan Mekah. Tidak jauh dari tapak ini terletak tapak rumah kediaman Baginda sebelum berhijrah ke Madinah. Bagaimanapun tapak berkenaan sukar untuk dilihat sekarang kerana terlibat dalam pembesaran Masjidil Haram. Seorang penduduk tempatan memaklumkan kepada saya, ada cubaan untuk merobohkan perpustakaan di atas untuk pembangunan. Bagaimanapun menurut penduduk tempatan berkenaan, setiap kali jentera menghampiri perpustakaan berkenaan, jentera tersebut tidak akan dapat berfungsi. Akhirnya mereka terpaksa melencongkan pembangunan yang sedang dilakukan sekarang. Sejauh mana kebenarannya saya tidak pasti. Wallahualam !
Selamat berada ditanah suci Makkatulmukaramah,(Tanah yang Suci lagi diSucikan) wahai tetamu2 Allah yang terpilih...muga2 anda bakal2 Haji dan Haji sekalian sihat sejehtera dan dapat mengerjakan Rukun Islam kelima dengan sempurna dan MABRUR....
ReplyDeleteLABAIKALLAH...
perhimpunan terbesar di dunia..di satu tempat, satu arah, satu matlamat - keredhaan dan keampunanNya...moga2 dikurniakan haji yang mabrur...doakan yang baik2 untuk semua, saudara seislam kita, diseluruh dunia..aminn.
ReplyDeleteSaya amat rindu untuk kembali lagi ke Mekah dan Madinah tahun hadapan. Ya Allah... perkenankan doa hambamu ini.
ReplyDeleteSaya bersyukur kerana terpilih menjadi 'Sahabat Tabung Haji' pada musim haji tahun 2010. Jika boleh saya ingin berkhidmat setiap tahun..
ReplyDeleteTerima kasih sbb share gambar2 sesuana di Tanah Suci. Rindu nk kembali ke sana. Harap2 semua jemaah terutama dr Malaysia sihat walafiat dan mendapat haji mabrur, insyaAllah.
ReplyDeleteApabila melayari blog saudara terasa amat rindu untuk kembali bersama ratusan ribu jemaah islam di tanah suci Makah dan Madinah. Semoga Allah kurniakan haji mabrur untuk saudara sekalian.
ReplyDeletealhamdulillah dan ribuan terima kasih kepada penulis blog ini..walaupun belum kelihatan wajah ibu dan ayah dicapture, anak2 di sini terasa berada dekat dgn mereka menerusi gambar2 yg saudara ambil di sana...semoga para jemaah berada dalam keadaan yg terbaik dan sihat sejahtera bagi menjalankan ibadah di sana.semoga segalanya dipermudahkan Allah untuk mereka,dan memberi kesempatan kepada kami pula untuk ke sana di musim yg akan dtg...
ReplyDeleteAlhamdullillah syukur la wahai jemaah haji malaysia yg telah diterima oleh Allah berada di tanah suci.Ada lagi mereka yg tidak berpeluang ke sana.Bagi yg berada di tanah suci laluilah apa halangan dan kesukaran.jangan la merungut.terima apa saja.Bersyukur la!
ReplyDeleteYa Allah jemputlah aku ke Koya suci mu YaAllah tahun hadapan..permudahkan dan perluaskanlah rezeki ku Ya Allah...amin...
ReplyDeleteAku merinduinya Ya Allah...Baitullah...Solat di Masjisil Haram..Tawaf...saie....
ReplyDeleteYa allah , jadikanlah aku tetamumu yang teristimewa di tanah suci ya allah....
ReplyDeletesedih rase hati.. hiba je rase bila dpt tgk kaabah..
ReplyDeleteMohon ALLAH s.w.t menjemput sye kembali ke sne :(
yaALLAH perkenankan la doa hamba mu..
Laluan selama lebihkurang 30 hari di Mekah, Ya Allah.. rindunya
ReplyDelete