Saturday, November 12, 2011

Medan Selera Zam-Zam Tower

Sebelum ini ramai orang memberitahu saya jika hendak menjamu selera dengan aneka makanan timur tengah pergilah ke medan selera di Zam-Zam Tower yang terletak hanya beberapa puluh meter dari pintu Masjidil Haram. 

Dua malam lepas, selepas isyak di Masjidil Haram saya meluangkan masa untuk melihat suasana di sana. Sungguh meriah tempatnya. Pelbagai jenis makanan-makanan arab yang ada di jual disana. Makanan barat juga turut terdapat di sana. Tempat itu juga menjadi tumpuan rakyat Malaysia untuk menjamu selera. Saya juga terserempak dengan mantan MB Selangor, Dr Mohd Khir Toyo dan isterinya yang sedang ralit memakan sharwarma dan ayam panggang arab.

Yang agak mengejutkan saya sedikit adalah apabila melihat restoran Pizza Hut, KFC serta Starbucks juga turut terdapat di sana. Hanya beberapa puluh meter dari pintu Masjidil Haram. Nabi Muhammad SAW mengharamkan orang-orang kafir dari berada di Tanah Haram, tetapi produk-produk yang ada kaitan dengan yahudi dibenarkan berada di Tanah Haram oleh pemerintah Arab Saudi. 

Bukan setakat produk makanan yang ada kaitan dengan yahudi sahaja yang dibenarkan, Hotel Hilton juga berdiri tegak berhampiran Masjidil Haram. 
 
 Mungkin inilah yang dikatakan penjajahan zaman moden.

Dimanakah maruah kita ? 













Mantan MB Selangor, Dr Mohd Khir Toyo dan isteri sedang menjamu selera di 'food court' berkenaan.
Imam Muda Azhar (kanan)


???

???
???

8 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Setakat hari ini tiada ayat Al-Quran mahupun hadis yang mengharamkan membeli atau mengggunakan produk Yahudi.
    Hukum asal berjual beli dengan orang kafir termasuk yahudi ialah halal.

    Ini dapat kita lihat apabila rasulullah saw sendiri pernah berurus niaga, menerima hadiah & makanan daripada orang yahudi.
    Malah perkahwinan & makanan sembelihan ahli kitab yahudi juga dihalalkan dalam Islam.

    Kerajaan arab saudi & malaysia sendiri tidak pernah mengharamkan orang yahudi berniaga dan melabur di negara masing-masing.
    Orang yahudi dan zionis israel juga berbeza pada dasarnya kerana bukan semua orang yahudi itu penyokong zionisme dan penindasan rakyat palestin.

    Walaubagaimanapun, mendapat pahala bagi sesiapa yang melakukan boikot terhadap mana-mana barangan atau syarikat didasari oleh keyakinannya terhadap hasil kajiannya sendiri yang mendapati penglibatan yang tidak sihat tadi itu ada pada syarikat atau mana-mana pengeluar barangan. Tatkala itu, boikot adalah wajib ke atas dirinya sahaja.

    Huraian lanjut. Rujuk.
    http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/572-hukum-mcdonald-kfc-maxis-a-syarikat-yahudi.html

    ReplyDelete
  2. Tq so much atas perkongsian ini..gambar yg dipaparkan cantik, terang dan menarik. Jika ada catatan di setiap gambar pastinya lebih menyeronokan. Wajah Dr Khir agak lain sedikit. Dia boleh menafikan tu..hahaha!!!

    Jokiden, NSDK.

    ReplyDelete
  3. Sepatutnya kedai rangkaian Yahudi Laknatulullah ini tidak dibenarkan bertapak di kota suci Makkah dan Madinah. Banyak lagi produk Muslim yang boleh diniagakan bagi kepentingan ekonomi umat Islam. Peniaga dan pemandu teksi juga menekan para jamaah dengan harga yang kurang manasabah. Mana konsep bantu membantu, sedekah dan sebagainya sedangkan merekalah yang mempunyai peluang terbuka luas amal jariah. Pak Haji 1431. Melaka.

    ReplyDelete
  4. Rasullah melakukan Urusniaga dengan puak2 Yahudi adalah untuk memikat orang2 Yahudi agar memlok Islam, Baginda sama sekalitidak pernah memperlihatkan Islam itu bergantung harap kepada puak2 Yahudi.

    Apa yang ditakuti sekarang seolah2 Islam itu terpaksa berurusniaga dengan puak2 yahudi atas sikap sebaleknya...?Demi maruah Islam adalah diharapkan tidak berlaku begitu dan biarlah dikota Suci Makkah kita cuma berurusan bersama2 saudara Islam semata2...!

    Serlahkan kembali keagongan Islam...!

    ReplyDelete
  5. Untuk embalikan keagungan islam,orang islam perlu bersatu.bersatu dalam semua aspek bro.la nie ilmu yang kita ada tak cukup untuk mengagongkan islam.kalau semua umat islam bersatu tak kira apa fahaman pun insyaallah ,islam boleh serlahkan keagongan tersebut.
    contohnya di Malaysia,islam tu hakmilik kekal PAS,yang lain semua UMNO kafir.kita perlu berfikir bagaimana nak bersatu kalau ada puak macam nie di Malaysia.apa yang kafir buat semuanya disokong asalkan jangan UMNO.Kita dok sibuk di Mekah siapa kita ?dalam negara pun tak terbawa-bawa.

    ReplyDelete
  6. Betul suka benor kafir mengkafir kan sesama islam. Banyak lagi hal lain yg perlu dibuat dan difikirkan.

    ReplyDelete
  7. manusia yg masih berusaha menjadi hamba AllahDecember 8, 2011 at 8:36 AM

    selipar yg jemaah haji pakai ditanah haram belum tentu buatan org islam pn. bagaimana pula dgn rayban yg digunakan bg melindungi mata semasa panas dan kamera utk mengambil gambar sbg contohnya, ada produk muslimin ke? sy harap komentar penulis berkenaan produk yahudi dibenarkan oleh kerajaan arab saudi tu bertujuan ikhlas dan tiada sebarang prejudis. semoga Allah swt mengampunkan dosa kita semua.. WA.

    ReplyDelete
  8. tuan panya kedai kat situ...melihat keuntungan...syarikat mana yang menawarkan harga tinggi, maka kepadanyalah diberikan...ini keadaan biasa berlaku...

    ReplyDelete