Friday, October 26, 2012

Jemaah Haji Malaysia Wukuf Di Arafah

Salah satu daripada 6 rukun haji adalah berwukuf di Arafah.

 Wukuf di Arafah
Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang kedua tetapi yang utama dari rukun-rukun haji itu. Itu adalah berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Dari Abdul Rahman bin Ya'mur r.a katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh seorang penyeru menyerukan : "Haji itu ialah "Arafah". Barang siapa datang pada malam tanggal sepuluh, sebelum terbit fajar, bererti dia telah mendapatkan Arafah" (Riwayat - Ahmad dan Ashabus Sunan)
WAKTU WUKUF


Apabila tiba 8 atau 9 Zulhijjah, setelah berihram (bagi mengerjakan haji secara tamattu') maka berangkatlah untuk berwukuf di Padang Arafah. Arafah letaknya di luar Tanah Haram dan jauhnya dari Mekah lebih kurang 12 batu atau 18 kilometer.

Masa yang wajib berada atau berwukuf di Arafah ialah di awal waktu Zuhur pada 9 Zulhijjah, hingga sebelum fajar pada hari Nahar, iaitu 10 Zulhijjah, tetapi tidak semestinya berada di Padang Arafah itu sepanjang masa yang tersebut kerana sahlah berhenti disitu walaupun sebentar sahaja pada masa di antara Zuhur 9 Zulhijjah hingga sebelum fajar 10 Zulhijjah.

Masa yang sebaik-baiknya ialah sebahagian dari kesembilan dan sebahagian malam kesepuluh. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Rasulullah s.a.w berrsabda "Barangsiapa dapat berada di Arafah sebelum terbit fajar (pada hari yang kesepuluh Zulhijjah maka dapatlah haji itu"

8 Zulhijah 28 ribu Jemaah Haji Malaysia bertolak ke Arafah dan tiba secara keseluruhannya tepat jam 11 malam.

Apa yang dapat penulis kongsikan dengan pembaca suasana di Arafah cukup tenang berbeza dengan kesibukan hiruk pikuk kota Mekah.Perjalanan ke Arafah mengambil masa 1 jam,ada juga jemaah haji Malaysia yang tiba di sini hampir 2 jam perjalanan kerana kesesakan lalu lintas yang melampau.

Jemaah haji Malaysia tiba di Arafah,dibantu oleh SAHABAT Tabung Haji.
Sebaik saja turun dari bas air,roti dan buah disediakan untuk setiap jemaah haji.

Jemaah ditempatkan ke khemah masing masing
Khemah muasasah menempatkan jemaah haji
Sebaik saja ditempatkan ke khemah masing masing mengikut nombor yang ditetapkan.Jemaah Haji Malaysia disajikan makan tengahari berupa nasi putih,lauk ayam dan sayur.
Sambil mengambil gambar penulis sempat di sapa oleh seorang jemaah haji,sambil menyuap makan yang disajikan oleh Tabung Haji beliau mengucapkan alhamdulilah beberapa kali sambil disambut oleh beberapa jemaah Haji lain.Kata beliau "jemaah Haji Malaysia makan tak henti.. kejap buah,kejap nasi,kejap roti..ada saja yang diberikan untuk makan" bab makan memang mewah.
suasana didalam khemah muasasah jemaah haji
Peti ais disediakan,air diberikan secara percuma
Penulis bermalam di Arafah dan sempat meninjau disekitar maktab maktab jemaah Haji Malaysia.
Jemaah Haji Malaysia ditempatkan di kawasan Maktab Asia Tenggara bersebelahan dengan jemaah haji Thailand .


Di sini segala kelengkapan daripada aspek penyediaan makanan hinggalah kepada klinik dan pusat rawatan disediakan. Amat berbeza sekali dengan jemaah haji dari negara lain kerana mereka tidak mempunyai pasukan perubatan untuk membantu para jemaah yang sakit atau uzur.



klinik tabung haji



Penulis sempat meluangan masa di klinik Tabung Haji Arafah,Menurut petugas perubatan kakitangan perubatan terdiri daripada 4 doktor pakar,lebih 30 jururawat dan pakar pemakanan turut berada di sini.

Jemaah haji yang sakit diberi rawatan dan dipantau sepenuhnya oleh doktor pakar .










No comments:

Post a Comment