Apa yang menarik bab makan amat dititik beratkan oleh pihak Tabung Haji,setiap kali tiba waktu makan,pihak katering akan menghantar makanan yang siap dibungkus dengan kotak aluminium ke setiap khemah.
Lauknya ayam,sayur dan juga nasi putih atau nasi briyani. Beras basmaty ..beras yang panjang panjang gitu..Kalau di Malaysia memang mahal nak makan nasi putih beras basmaty.Hah! itulah standart makanan kat sini.Makanan yang disediakan mengikut citarasa masakan Malaysia,terubatlah rindu para jemaah yang berada jauh bermusafir di Kota Suci Mekah.
Rakan penulis yang sudah berada di sini lebih sebulan kata mereka berat badan meningkat dan muka pun makin bulat.
Jemaah haji disajikan makanan 2 kali sehari makan tengah hari dan juga makan malam.
Penulis kongsikan gambar pihak katering Tabung Haji yang menyediakan makanan semasa di Maktab Hotel Al Janadiriyah dan juga Arafah.
Makan tengahari nasi putih berlaukan ikan dan sayur |
pekerja katering menurunkan lebih 7 ribu kotak kotak makan malam |
Menu makan malam,Nasi Briyani berlaukkan kari daging dan sayuran. |
Di bawah adalah proses penyediaan makan malam untuk jemaah haji Malaysia di Arafah.Penulis sempat berbual dengan Abang Osman Patani penyelia pihak katering. Katanya mereka menyediakan menu untuk tengah hari nasi berlaukkan ayam dan untuk makan malam berlaukkan daging. Untuk setiap maktab yang berjumlah 2250 orang.
penulis berbual bersama penyelia katering. |
salam, tuan mohon nak pinjam gambar makanan dalam bekas aluminium. Hari tu pi sana lupa ambil gambar tu. TQ
ReplyDelete