Solat lima waktu adalah antara kefardhuan dalam kalangan umat Muhammad SAW yang telah ditetapkan waktu-waktunya. Solat sudah wujud sekian lama semenjak zaman Nabi-Nabi yang terdahulu sedangkan fadhilatnya teramatlah besar.
Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam surah Toha ayat 14 yang menerangkan fungsi solat itu sendiri adalah untuk mengingati Allah SWT. “Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku." (Toha;14)
Begitu juga antara ciri orang beriman adalah mereka yang khusyuk dalam solatnya; sedangkan perbuatan sebegitu memenuhi aspek hablun minAllah. Manakala mereka yang tetap memelihara solatnya akan memenuhi aspek hablun minannas, yang dengan cara sedemikian maka mereka dikenali sebagai orang beriman. Solat juga penting sebagai aspek penyatuan terutamanya solat berjemaah yang menjadi antara sumber perpaduan umat.
Penulis mengambil peluang ke ZamZam Tower tempat paling popular dikalangan jemaah haji untuk membeli belah.Melihat kedai kedai pelbagai barangan daripada sejadah hinggalah kepada barangan elektronik.
Dalam kesibukan para jemaah haji membeli belah sebaik saja kedengaran azan kesemua perniagaan dihentikan dan kedai ditutup. Para peniaga dan umat Islam yang ada didalam komplek ini kesemua berhenti daripada aktiviti masing masing .
Saf Saf kelihatan dimana mana saja diseluruh banggunan ini bayangkan keadaan ini berlaku di KLCC atau mana mana komplek membeli belah di negara kita.
Bersolat di koridor komplek membeli belah bersama umat Islam yang lain menjadi pengalaman yang unik dan sukar dilupakan oleh penulis.

No comments:
Post a Comment