Di Mina para jemaah Haji tinggal di sana selama 4 malam sebaik saja tiba dari Muzdalifah. Di sini menempatkan maktab maktab para jemaah haji Malaysia .Bagaikan satu perkampungan kawasan maktab dibahagikan mengikut negara.Jemaah haji Malaysia ditempatkan bersama jemaah haji dari negara Asia Tenggara.
Apa yang menariknya khemah khemah jemaah haji Malaysia adalah adalah diantara paling hadapan berhampiran terowong Muassim.
|
Pintu masuk ke kawasan penempatan jemaah haji Malaysia |
|
Pusat Operasi Tabung Haji di Mina |
|
di celah lorong deretan khemah,disebelah kanan adalah khemah jemaah haji lelaki dan dikiri adalah jemaah haji perempuan. |
|
peti ais di isi penuh dengan minuman turut disediakan disetiap khemah |
|
tempat berwudhuk bersebelahan bilik mandi dan tandas. |
|
bilik mandi dan tandas jemaah haji wanita |
|
para petugas maktab termasuk doktor(baju putih) tak tidor malam bertugas. |
|
suasana ruang khemah menempatkan para jemaah haji muasasah yang berhawa dingin. |
|
tak ada bezanya jemaah haji pakej dengan muasasah,bermalam di mina bukan seperti makan angin.Tempat cukup terhad,kesabaran para jemaah cukup teruji semasa berada di sini. |
|
jemaah haji dari negara lain ada setengahnya hanya mampu memasang khemah tanpa kemudahan asas dan ada yang tidor ditepi jalan. |
Penulis sempat meninjau di kawasan maktab jemaah haji yang membayar pakej puluhan ribu.Apa yang dapat penulis simpulkan di sini tak ada bezanya diantara mereka yang berkedudukan tanpa mengira status mahu pun darjat ,jemaah haji tetap akan merasai pengalaman yang hampir sama.
Jam menunjukkan jam 2 pagi ketika gambar gambar ini diambil, penulis sempat bertemu beberapa orang jemaah haji muasasah. Ada yang merungut hingga menjadikan penulis tempat melepaskan marah dan geram. Kata seorang jemaah " khemah sempit,tak patut tempatkan satu petak khemah hingga 18 orang,ingat kami ni binatang?" Tergamam dibuatnya penulis pada ketika itu sedangkan jika dibandingkan dengan jemaah haji dari negara lain ada yang sanggup tidur ditepi jalan yang cukup kotor berbau dan penuh dengan sampah.
Ada juga jemaah haji yang keluar dari khemah disebabkan tak boleh tidor,penulis berkesempatan berbual kata seorang pakcik kepada penulis " Sempit sedikit dan tak boleh nak tidur,tapi apa pun kita redha sajalah ini semua ujian buat semua orang" dengan nada yang cukup lembut sambil tersenyum.
Dari pemerhatian penulis,ada yang tidak mampu menahan sabar dan ada yang dapat bersabar dan redha.Dalam kita mencari keredhaan Allah,kita harus redha dalam setiap ujian apatah lagi menjalankan Ibadah Haji.
Ilahi Anta Maqsudi…
Wa Ridhaka Matlubi,
La Ma’abuda Ill allah,
La Maqsuda Ill allah,
La Mawjuda Ill allah
Ya Allah, Engkaulah tujuanku, Dan aku mencari keredhaanMu, Tiada lain yang harus di sembah melainkan Engkau, Tiada destinasi melainkan Engkau, Tiada kewujudan melainkan melalui Engkau
Melihat kepada kawasan yang cukup terhad penulis rasakan mahukah rakyat Malaysia menunaikan haji jika kuota Malaysia dinaikkan.
Yang pasti jika kuota dinaikkan, jumlah jemaah haji Malaysia meningkat maka lokasi khemah sudah pasti ada yang lebih jauh daripada kedudukan khemah yang ada sekarang daripada terowong ke Jamrah. Begitu juga di kota Mekah,mahukah jemaah haji ditempatkan sejauh 7-8 kilometer seperti jemaah haji Indonesia dan Turki berbanding sekarang yang hampir kesemuanya maktab Malaysia kurang 1 kilometer daripada Masjidil Haram.
Penulis bertemu dengan ramai jemaah haji dari pelbagai negara ada yang dari Ethopia,Iran,Turki,Algeria dan Indonesia.Kesemuanya memuji jemaah haji Malaysia kerana kesopanannya,tertibnya ..kembang hidung jugak dibuatnya sebab ada yang tanya nak buat menantu...hehe..
Semasa meninjau disekitar khemah,Penulis terlajak hingga memasuki ke kawasan khemah jemaah haji Thailand, di sapa oleh 2 orang petugas haji Thailand katanya seorang jemaah Haji Malaysia tersesat dan tinggal bersama jemaah haji Thailand.
Jemaah haji wanita yang dalam lingkungan 65-70 tahun ini apabila ditanya hanya mampu memberikan nama singkat beliau tanpa mampu untuk memberi nama penuh.Apabila diperiksa gelang ditangan didapati tidak mempunyai nama barangkali sudah kabur tidak kelihatan,tidak ada beg atau tag nama seperti jemaah haji Malaysia yang lain. Berbekalkan sebotol air dan sebatang berus gigi ibu tua ini dibawa ke maktab jemaah haji Malaysa yang berhampiran.
Petugas tabung Haji bertugas 24jam di laluan masuk dan keluar menghala ke terowong Muasim.
woah......it a great story.....after i read this post....it give me some spirit for go to hajj...Thanks...XD
ReplyDeleteTerima kasih atas pegalamanya
ReplyDelete