Saturday, October 13, 2012

Jemputan Ke Baitullah 1434,Makkah Al Mukaramah.


Asalamualaikum.

Untuk pembaca yang pernah mengikuti blog ini pada tahun lepas 2011M/1432H  melaporkan perjalanan ibadat haji secara langsung dari tanah suci Mekah.


Kesinambungan daripada laporan blog langsung dari Mekah Al-mukaramah pada tahun lepas.Kali ini blog ini dikendalikan oleh saya   sebagai penulis yang baru untuk berkongsi pengalaman mengerjakan haji bagi tahun ini.


Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana menjadi salah seorang tetamu Allah ke tanah suci untuk mengerjakan ibadat haji bagi tahun 2012M/1433H.


Cukup terharu,sayu dan hingga menitiskan air mata apabila nama tersenarai sebagai jemaah haji untuk tahun ini. Tidak dapat digambarkan bagaimana perasaan hati yang bercampur baur terlalu gembira,teruja,sayu.. Allah jemput aku menjadi tetamunya...


Seperti jemaah haji yang lain,segala persiapan dilakukan..berjumpa dengan mereka yang berpengalaman dan pernah mengerjakan ibadah haji banyak mengajar . Jika diikutkan barangan yang perlu dibawa seperti yang diberikan oleh pihak tabung haji,persediaan barangan checklist yang perlu dibawa ke tanah suci memang bagus dijadikan panduan.


Tetapi penuh beg bersaiz 28" dibuatnya jika kita ikut kesemua checklist yang diberikan,nasihat penulis bawa barang yang perlu sahaja,Baju atau seluar,toileteris penulis nasihatkan beli saja di Madinah atau di Mekah ketika anda benar benar perlu. Bukannya apa..tak adalah berat sangat beg ketika anda bawa dari tanah air.


Kemudian jika pulang ke tanah air nanti ruang kosong didalam beg bolehlah diisi barang yang anda beli di sini nanti.


8.25 Pagi penulis bersama keluarga ke Tabung Haji Kelana Jaya, ketika tiba disana sudah ramai jemaah haji yang lain melalui proses pendaftaran masuk dan checkin bagasi.



Asalamualaikum Haji!.. penulis agak kaget apabila dipanggil Haji..haih..belum pun habis jejak kaki di Mekah dah digelar Haji yer.... :-)Begitulah menjadi kelaziman kepada kesemua bakal jemaah haji..cukup istimewa.

Taklimat dan bacaan doa.
Sebaik saja selesai,para jemaah masuk ke dewan untuk taklimat terakhir sebelum dibawa dengan bas ke lapangan terbangan KLIA .Jemaah dilayan bagai VVIP oleh kakitangan Tabung Haji. Penuh dengan senyuman,hormat dan cukup tertib. Dari Tabung Haji Kelana Jaya ke KLIA diiringi oleh polis pengiring disepanjang perjalanan. Macam Pak Menteri dah..hebat sungguh tetamu Allah diraikan ...
Konvoi Bas Perjalanan Ke KLIA
Jemaah tiba diterminal KLIA sedang menunggu giliran sebelum 'boarding'
Jemaah menunggu giliran sebelum dipanggil masuk kedalam pesawat.

Penulis berangkat ke tanah suci Mekah terus dari Kuala Lumpur mendarat ke Lapangan Terbang Jedah pada 11hb Nov.


Perjalanan diudara menggunakan pesawat MAS mengambil masa hampir 9 jam sebelum tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah.



Anak kapal sibuk menyediakan makanan untuk jemaah haji.




jemaah diberi minuman jus buah buahan.
 Penulis berasa cukup terharu apabila melihat layanan anak kapal yang cukup berdedikasi,penuh hormat dan tertib ketika melayan tetamu Allah. Masakan tidak ketika dalam pesawat 3jam sebelum tiba di Jedah,seorang ibu tua yang uzur tidak mampu bangun ke tandas.


Apa yang jadi selepas itu..anda faham faham sudahlah.. kasihan melihat keadaan ibu tua ini yang akhirnya dibantu oleh 3 orang anak kapal serta seorang saudaranya mengangkat beliau ke ruangan tertutup untuk digantikan ihram dan pakaian beliau.


Setibanya di Jeddah,para jemaah diperiksa secara rambang oleh pihak berkuasa kesihatan kerajaan Arab Saudi.Lebih 30 jemaah diambil sampel darah dan air liur untuk diuji jenis vaksin dan keberkesanan vaksin yang digunakan oleh jemaah haji Malaysia. Nak tahu apa upahnya kepada para jemaah ini...

Dapat sejadah free.. bak kata pegawai tabung haji..menjadi amalan di sini jika anda di soal untuk maklum balas atau terbabit didalam apa apa soalan survey anda akan diberi Al-quran atau pun sejadah.





Hampir 3 jam terpaksa dilalui oleh penulis dan para jemaah haji yang lain sebelum dapat keluar daripada Lapanangan Terbang Antarabangsa Jeddah.. prosesnya amat memenatkan dan memerlukan kesabaran dan juga kekuatan jasmani.

Kemudian selepas para jemaah berehat dan bersolat seketika diruangan menunggu,barisan bas menunggu untuk mengangkut para jemaah ke tanah haram. Perjalanan mengambil masa hampir sejam sebelum tiba ke maktab atau asrama masing masing dikota suci Mekah Al-Mukaramah.

Selesai menyimpan beg..penulis tanpa membuang masa terus mengerjakan umrah...




"Labayk Allah Humma Labbyk, Labbaykka La Syarikalak Labbayk, Innal Hamda Wa al- Ni'mata Laka wa al-Mulk, La Syarikalak",



No comments:

Post a Comment