Monday, October 31, 2011

Hospital Aziziah

Kesihatan adalah salah satu perkara utama yang diberi perhatian serius oleh pihak Tabung Haji dalam usaha untuk memastikan semua jemaah dapat menjalani ibadah haji dengan sempurna. Seramai hampir 400 orang kakitangan perubatan yang berada di Mekah sepanjang musim haji ini.

Selain daripada menyediakan klinik di setiap maktab, dua buah hospital juga turut disediakan. Salah sebuah yang saya sempat lawati pada sabtu lepas adalah Hospital Aziziah. Hospital tersebut memulakan operasi sejak tahun 1980 di sebuah bangunan 5 tingkat yang menyediakan 4 wad dan 80 katil serta 73 orang kakitangan.

Untuk musim haji 1432H , hospital tersebut diketuai oleh Dr Ariffin, seorang doktor pakar yang berasal dari Kelantan dan berkhidmat di Kuching. Pelbagai kelengkapan terdapat di hospital tersebut termasuklah mesin x-ray serta sebuah makmal. Bagaimanapun Wad ICU serta Dewan Bedah tidak terdapat di situ kerana undang-undang Arab Saudi tidak membenarkannya. 

Dr Ariffin
Ketua Jururawat dari Hopital Sri Manjung Perak
Jururawat dari Hospital Sultanah Aminah JB dan HKL
Wad Perempuan

En Mamat Bin Jusoh dari Marang Trengganu, dimasukkan ke wad kerana penyakit asma dan keadaannya semakin pulih dan dijangka keluar dari wad pada bila-bila masa.
En Mat Adam Bin Said dari Bukit Payung Trengganu, kesihatannya juga semakin pulih
Puan Siti Asa Bt Mat dari Kerantong Pahang, dibenarkan keluar dari wad semalam
Memberi kata-kata semangat kepada pesakit
Puan Rokiah Ali dari Kuala Trengganu.
Puan Kamsiah dari Melaka
Bersama Santuni Dhuyufurrahman
Seorang pembimbing ibadat haji (kanan) ditempatkan di setiap hospital untuk kemudahan pesakit (jemaah) bertanyakan tentang hukum-hakam serta memberi bimbingan menjalankan ibadah haji dengan sempurna.
Makmal
Farmasi

Terdapat 17 orang jemaah dalam hospital tersebut ketika saya melawat semalam. Semuanya berada dalam keadaan stabil dan tidak akan menghadapi masalah untuk wukuf. Untuk kes-kes yang kritikal pesakit akan dihantar ke Hospital Kerajaan Arab Saudi.

Ekspedisi Ke Gua Hira

Awal pagi jumaat sepasukan petugas-petugas media yang membuat liputan haji tahun ini telah memanjat Jabal Nur bagi melihat sendiri Gua Hira, iaitu tempat Nabi Muhammad SAW menerima wahyu daripada Allah sebagai Nabi dan juga tempat ayat Quran kali pertama diturunkan.

Perjalanan bermula jam 3 pagi dan memerlukan masa satu setengah jam serta menaiki lebih kurang 800 anak tangga untuk sampai ke Gua Hira. Gua tersebut hanya cukup untuk memuatkan empat orang sahaja. Ketinggiannya dikatakan 2500 kaki. Itulah ketinggian yang perlu dilalui oleh Siti Khatijah RA setiap kali menghantar makanan kepada Rasulullah.

Nabi Muhammad SAW menyendiri di Gua Hira kerana lari dari kejahilan orang-orang Arab ketika itu yang menyembah berhala. Baginda beribadat kepada Allah di dalam gua tersebut serta bertafakur memikirkan masalah umat. Sehinggalah pada satu hari datangnya Malaikat Jibril meyampaikan wahyu Allah kepada Baginda serta menurunkan ayat Quran yang pertama.

Pasukan media sempat menunaikan solat subuh diatas bukit tersebut dan mulai turun selepas hari siang. Gambar-gambar di bawah ini dirakam oleh saudara Fadzil Aziz, pengarang berita TV Al Hijrah.

Pemandangan Kota Mekah di waktu malam dari puncak Jabal Nur.
Bulatan kuning-disitulah dikatakan Nabi berada untuk beribadat kepada Allah. Manakala anak panah kuning pula menunjukkan satu lubang yang sebesar saiz dua jari orang dewasa, dimana Masjidil Haram boleh dilihat dengan jelas dari lubang tersebut. Allahuakbar.
Saudara Fadzil Aziz di pintu masuk ke gua itu


Pemandangan ketika fajar mula menyinsing
Pemandangan Kota Mekah dari atas bukit ketika fajar mula menyinsing

Terdapat gerai-gerai yang menjual cenderamata diatas bukit tersebut. Kelihatan dalam gambar adalah wartawan RTM, Mohd Nor Yusof @ Abe Nor
Kambing pun boleh tahan banyaknya
Deretan pengunjung sedang mendaki ke menuju ke gua

Saksikan secara lanjut ekspedisi ke Gua Hira dalam rancangan Salam Baitullah di TV1 jam 9 malam ini (isnin).

Sunday, October 30, 2011

Masjidil Haram

 
Gambar-gambar dibawah ini saya rakam pada hari jumaat (28 Nov 2011) sebelum dan selepas solat isyak. Lima belas minit sebelum azan kawasan di depan Kaabah akan dikosongkan untuk kerja-kerja pembersihan.Imam akan berada diantara pintu Kaabah dengan Hijir Ismail untuk mengimamkan solat.

Nasib menyebelahi saya pada malam itu kerana saya berada berhampiran dengan Kaabah ketika kawasan depan dikosongkan. Tanpa berlengah terus saya capai kamera kecil dalam poket jubah untuk merakam gambar Hajarul Aswad untuk dikongsi dengan pembaca semua. 

Untuk lihat kawasan Hajarul Aswad kosong bukan senang. Ianya hanya akan berlaku pada waktu solat sahaja. Imam bagi sahaja salam kedua, maka sepantas kilatlah melompat jemaah-jemaah menuju ke Hajarul Aswad.





Saei dari Bukit Safa ke Bukit Marwah
Pandangan hadapan dari Bukit Marwah ke Bukit Safa
Pandangan belakang dari Bukit Marwah ke Bukit Safa












Petugas keselamatan Tabung Haji yang bertugas menjaga dan memantau jemaah Malaysia di Masjidil Haram dan kawasan sekitarnya sedang diberi taklimat oleh ketua mereka sebelum memulakan tugas untuk shif malam.





Bahagian Luar Masjid








Kebanyakan teksi-teksi Mekah semuanya mengambil kesempatan untuk 'menyembelih' jemaah haji. Untuk perjalanan 1-2km pun tambang yang dikenakan antara Riyal 20-30.

Saturday, October 29, 2011

Mekah Sudah Dibanjiri Lautan Umat Nabi Muhammad SAW

Dua jam sebelum menjelang setiap kali waktu solat, tidak kira jalan besar atau jalan kecil atau dari celah mana-mana lorong asalkan ianya menuju ke Masjidil Haram, maka akan berduyun-duyunlah umat-umat Nabi Muhammad SAW tidak kira bangsa atau mazhab bergerak menuju ke Masjid. Gambar-gambar di sini saya rakam menjelang waktu zohor hari khamis 27 Nov 2011.

Keadaan dua tiga hari kebelakangan ini semakin meriah kerana bilangan jemaah semakin bertambah. Semalam (jumaat) jam 10.30 pagi pintu masuk ke Masjidil Haram telah ditutup kerana segenap pelusuk di bahagian dalam Masjid telah pun penuh, iaitu kira-kira dua jam sebelum solat jumaat. Puluhan ribu atau mungkin ratusan ribu yang tidak dapat masuk ke Masjid untuk solat jumaat semalam dan terpaksa bersolat di dataran serta di jalan-jalan raya di bahagian luar Masjid. 
 
Kepada mereka yang tidak pernah datang haji, mungkin akan terdetik dalam fikiran mereka susahnya jika datang ke Mekah pada musim haji kerana orang terlalu ramai. Jika ditanya pandangan saya , saya jawab, tidak ! Tidak perlu risau dengan semua itu, ramai bagaimana sekali pun orang kita tidak akan merasa susah. Semuanya dipermudahkan oleh Allah SWT. Allah tahu kita semua datang dari jauh menyambut panggilannya dan sebagai tetamunya, maka sudah tentu segala urusan dipermudahkannya.

Di Malaysia jangan haraplah jika saya hendak berjalan kaki 1.5 - 3 km sehari. Jika berjalan 200 meter pun sudah cukup untuk membuatkan saya mengah dan terduduk di tepi jalan sambil baju dibasahi peluh. Tetapi di Mekah tidak berlaku semua itu. Jarak hotel saya ke Masjid 750 meter sehala. Pergi dan balik 1.5km. Itu jika saya pergi sekali sehari atau saya bersedia di Masjid menunggu waktu sembahyang seterusnya. Ada kalanya saya pulang dan saya pergi semula (dua kali sehari). Itu sudah menjadikannya 3km sehari. Tetapi setakat ini Alhamdullilah, saya tidak ada masalah apa-apa melainkan sakit di bahagian kaki pada peringkat awal berada disini. Kini saya memakai kasut sukan setiap kali berjalan ke Masjid, tiada lagi masalah sakit kaki.

Suasana sungguh meriah kerana kita semua berjalan beramai-ramai tanpa mengira bangsa atau keturunan menuju Baitullah yang sama. Sambil berjalan boleh berkenalan dengan jemaah negara-negara lain dan lihat orang berniaga di kiri dan kanan jalan. Saya tidak tahu lagi bagaimana hendak gambarkan kemeriahan serta keseronokan tersebut. Suasana dan keadaan tersebut perlu dialami sendiri barulah anda dapat merasai nikmatnya.

Tiga pemuda dari UK meminta saya merakam gambarnya


Dar Al Tawhid Inter-Continental.Hotel yang paling mahal dalam kota Mekah.Terletak kira-kira 20 meter dari Masjidil Haram.


Salah satu projek pembangunan hotel mewah yang sedang giat dilakukan di sekitar Masjidil Haram.
Kedai-kedai di sepanjang jalan menuju ke Masjidil Haram
Sebenarnya barang-barang yang dijual di sini jauh lebih mahal dari di Malaysia. Kos pengeposan juga perlu diambil kira.