Monday, October 22, 2012

Tazkirah Dan Penerangan Kepada Jemaah Haji Oleh Yb Menteri Dato Seri Jamil Khir.

Pagi ini satu sesi bersama (B) Y.B Sen. Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom bersama dengan jemaah Haji di Hotel Abraj Janaddiriyah.

Dalam tazkirah yang singkat ini Yb Dato' Seri Jamil Khir turut menasihati agar jemaah haji menjaga kesihatan dan juga menerangkan bahawa pihak kerajaan banyak membantu jemaah haji ke Mekah terutamanya yang pertama kali mengerjakan ibadat Haji dengan memberi bantuan subsidi RM4900 setiap seorang.

Kadar tambang mengerjakan Haji sekarang ini adalah RM15ribu tetapi jemaah haji Malaysia ,Penulis berasakan jemaah haji Malaysia cukup beruntung jika dibandingkan dengan jemaah haji dari negara lain.

Bayangkan jika kita nak mengerjakan umrah kadar tambang pakej paling murah pun 5ribu hanya untuk 10 -12 hari jika nak dibandingkan dengan kos tak sampai 10ribu yang dikeluarkan oleh jemaah Haji yang tinggal rata ratanya 40hari.

Makan sehari 2 kali percuma,khidmat rawatan dan juga kerohanian seperti kelas ulangkaji dan tazkirah turut diberikan.Paling penting Tabung Haji cukup menjaga kepentingan jemaah Haji agar tempoh mengerjakan haji dapat diselesaikan sebaik mungkin  dari Madinah hinggalah proses wukuf di Arafah nanti.



1 comment:

  1. NoVCasino Casino - NOVCASINO.COM
    NoVCasino.com https://octcasino.com/ offers casinosites.one a no novcasino deposit gri-go.com bonus of 100% up to €150. No Deposit Bonus is given https://sol.edu.kg/ to new players only. No deposit bonuses expire

    ReplyDelete