Thursday, November 1, 2012

Dari Mina Ke Komplek Jamrah


Selamat Hari Raya Aidiladha dari Tanah Suci Mekah,ketika entri ini ditulis  kesemua jemaah haji Malaysia sudah pun selesai rukun Haji apabila melontar ke tiga tiga jamrah.

Apa yang penulis mahu kongsikan kali ini adalah pengalaman berjalan kaki dari perkhemahan di Mina melalui terowong hinggalah sampai ke tempat melontar di Jamrah.

Khemah jemaah Haji Malaysia adalah diantara paling hampir berbanding dengan khemah jemaah haji dari negara lain. Perkhemahan jemaah haji Malaysia dan negara Asia Tenggara lain adalah paling hadapan dan berdekatan dengan terowong Muasim dan 2 terowong baru untuk pergi ke komplek melontar Jamrah dan balik ke perkhemahan Mina.

Sekarang ini terdapat terowong baru sepanjang dua kilometer itu merupakan sambungan kepada dua buah terowong lama.


Dulu, jemaah haji Malaysia yang mahu melontar jamrah akan masuk mengikuti terowong lama dan kemudian keluar menyusur di khemah-khemah negara lain.

Sering kali  selepas melontar jemaah kita selalu tersesat dalam perjalanan balik di khemah-khemah negara lain. Terowong ini membolehkan perjalanan jemaah haji Malaysia terus ke Jamrah dan balik semula ke khemah tanpa melalui kawasan perkhemahan jemaah negara lain yang dihuni berjuta-juta orang

kueh raya sumbangan PM kepada jemaah Haji Malaysia.

Jarak diantara khemah dan terowong lebih kurang 500 meter



pintu masuk ke terowong baru
 
Terowong pertama,jemaah akan berjalan sejauh 2 kilometer melalui 2 terowong
Keadaan terowong yang panjang,bayangkan laluan ini digunakan ratusan ribu malah jutaan jemaah haji.
 Selepas melalui terowong pertama penulis sempat melihat pemandang dari atas khemah khemah jemaah haji dari negara lain dari atas.
 Pemandangan dari pintu keluar terowong pertama,kelihatan ramai jemaah yang berehat melepaskan lelah.Jam ketika itu menunjukkan 3 pagi,ketika ini ramai yang sudah berjalan namun jemaah haji Malaysia pada waktu itu berdisplin mengikut arahan pihak Tabung Haji yang menetapkan masa tertentu untuk keluar melontar.

Pemandangan dari terowong kedua

Jemaah haji Indonesia

Menghampiri pintu keluar terowong kedua,semakin ramai jemaah haji dari Indonesia yang keluar awal dan keadaan ketika itu semakin sesak.

Keluar saja dari terowong kedua,terpampang besar papan tanda komplek Jamarat tempat melontar.
 
pintu keluar terowong 2 yang semakin sesak apabila ramai jemaah menunggu azan subuh
Petugas tabung haji membantu jemaah haji Malaysia yang mengalami sesak nafas dan beliau adalah pesakit darah tinggi
Tak mampu untuk meneruskan perjalanan,khidmat kerusi roda digunakan
Penulis meneruskan perjalanan untuk melontar ke tiga tiga Jamrah.Beginilah pemandangan dari dalam komplek Jamrah yang dilengkapi dengan penghawa dingin.

Pemadangan dari atas komplek,kelihatan jemaah haji dari negara lain berjalan masuk ke komplek jamrah

Sebaik saja sampai ke lokasi tempat melontar sudah kelihatan  Jamrah Sughra (dahulu dikenali sebagai Ula) Kemudian penulis menujuk ke Jamrah Wusta dan Jamrah Kubra (dahulu dikenali sebagai Jamrah Aqabah) untuk menghabiskan lontaran 7 anak batu kesetiap jamrah.

Jamrah Sugra dan yang jauh kedalam adalah Jamrah Wusta
Jamrah Kubra
Selepas selesai melontar Penulis berpeluang melalui terowong Muasim,terowong ini mempunyai sejarah hitam apabila ratusan jemaah Haji mati akibat pertembungan diantara jemaah haji yang mahu pulang ke Mina dan jemaah haji yang masuk melontar ke Jamrah.

Terowong Muasim
Di luar terowong Muasim kelihatan petugas Masyair bersedia 24jam menjadi penunjuk arah membantu jemaah haji Malaysia yang sesat
Penulis sempat merakamkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut sama melontar.






Subuh di sekitar komplek Jamrah

1 comment:

  1. Tksh kongsi pengalaman..sgt informati dan berguna utk mereka yg akan pergi mengerjakan haji. Semoga tuan dimurahkan rezeki..aamin

    ReplyDelete