Dua jam sebelum menjelang setiap kali waktu solat, tidak kira jalan besar atau jalan kecil atau dari celah mana-mana lorong asalkan ianya menuju ke Masjidil Haram, maka akan berduyun-duyunlah umat-umat Nabi Muhammad SAW tidak kira bangsa atau mazhab bergerak menuju ke Masjid. Gambar-gambar di sini saya rakam menjelang waktu zohor hari khamis 27 Nov 2011.
Keadaan dua tiga hari kebelakangan ini semakin meriah kerana bilangan jemaah semakin bertambah. Semalam (jumaat) jam 10.30 pagi pintu masuk ke Masjidil Haram telah ditutup kerana segenap pelusuk di bahagian dalam Masjid telah pun penuh, iaitu kira-kira dua jam sebelum solat jumaat. Puluhan ribu atau mungkin ratusan ribu yang tidak dapat masuk ke Masjid untuk solat jumaat semalam dan terpaksa bersolat di dataran serta di jalan-jalan raya di bahagian luar Masjid.
Kepada mereka yang tidak pernah datang haji, mungkin akan terdetik dalam fikiran mereka susahnya jika datang ke Mekah pada musim haji kerana orang terlalu ramai. Jika ditanya pandangan saya , saya jawab, tidak ! Tidak perlu risau dengan semua itu, ramai bagaimana sekali pun orang kita tidak akan merasa susah. Semuanya dipermudahkan oleh Allah SWT. Allah tahu kita semua datang dari jauh menyambut panggilannya dan sebagai tetamunya, maka sudah tentu segala urusan dipermudahkannya.
Di Malaysia jangan haraplah jika saya hendak berjalan kaki 1.5 - 3 km sehari. Jika berjalan 200 meter pun sudah cukup untuk membuatkan saya mengah dan terduduk di tepi jalan sambil baju dibasahi peluh. Tetapi di Mekah tidak berlaku semua itu. Jarak hotel saya ke Masjid 750 meter sehala. Pergi dan balik 1.5km. Itu jika saya pergi sekali sehari atau saya bersedia di Masjid menunggu waktu sembahyang seterusnya. Ada kalanya saya pulang dan saya pergi semula (dua kali sehari). Itu sudah menjadikannya 3km sehari. Tetapi setakat ini Alhamdullilah, saya tidak ada masalah apa-apa melainkan sakit di bahagian kaki pada peringkat awal berada disini. Kini saya memakai kasut sukan setiap kali berjalan ke Masjid, tiada lagi masalah sakit kaki.
Suasana sungguh meriah kerana kita semua berjalan beramai-ramai tanpa mengira bangsa atau keturunan menuju Baitullah yang sama. Sambil berjalan boleh berkenalan dengan jemaah negara-negara lain dan lihat orang berniaga di kiri dan kanan jalan. Saya tidak tahu lagi bagaimana hendak gambarkan kemeriahan serta keseronokan tersebut. Suasana dan keadaan tersebut perlu dialami sendiri barulah anda dapat merasai nikmatnya.
Dar Al Tawhid Inter-Continental.Hotel yang paling mahal dalam kota Mekah.Terletak kira-kira 20 meter dari Masjidil Haram. |
Salah satu projek pembangunan hotel mewah yang sedang giat dilakukan di sekitar Masjidil Haram. |
Kedai-kedai di sepanjang jalan menuju ke Masjidil Haram |
Sebenarnya barang-barang yang dijual di sini jauh lebih mahal dari di Malaysia. Kos pengeposan juga perlu diambil kira. |
Salam , amat menarik blog saudara. Mungkin saudara boleh ketengakan soal makanan harian disana . Ingin tahu jugak apa org arab makan hari2
ReplyDeleteSalam, begitulah indahnya Islam, saya telah 6 kali pergi haji rasa ingin pergi setiap tahun sbb keseronokan dan kemanisan beribadat diTanah Suci. Tiada ternilai dgn kata2...
ReplyDeletebertuahnya dah 6 kali pergi haji...
ReplyDeletebagaimana yg belum pergi...
tak ada ke yg ikhlas memberi sumbangan kepada insan lain yg belum pergi.
kita sendiri pergi maka kita dapat pahala untuk diri kita saja.
jika kita membantu saudara kita yg kurang mampu maka pahalanya berlipat ganda..
kita dapat orang yg kita bantu pun dapat pahalanya.
indahnya islam ini....
janganlah amalan kita nak dimasukan kedalam malaysia book of record.
ALLAH mengira amalan kita bukan sekadar quantity tetapi quality itu yg penting.
kemeriahan yang mesti dirasai sendiri! betul kata saudara...akak rasa nak terbang ke sana...rindunyer! mudah2an ada rezeki untuk gi umrah feb depan...
ReplyDeleteterima kasih kerana muatkan gambar2 itu...memang seronok hati akak tgk suasana di sana..
Memang tepat perhatian saudara. Bukan setakat barangan sahaja yang mahal, khidmat teksi dan tukang gunting juga mahal . Mereka mengenakan bayaran mengikut permintaan. Bagi peniaga, ihsan sesama Islam hampir tidak wujud pada masa masa ini..
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ini.. walaupun jauh beribu batu saya dapat merasakan kemeriahannya.
ReplyDeleteTidak ada sesuatu yang mudah kecuali setelah dipermudahkan oleh Allah SWT, Kepada Allah kita berserah.
Jokiden, NSDK.
Sudahkah sdr2 semua menonton siaran langsung 24 jam dari Mekah melalui internet ? Bukan sahaja siaran dari Masjidil Haram, malah dari Masjidil Nabawi juga Siaran solat 5 waktu. Kalau solat Subuh sekarang waktu Malaysia ialah sekitar 10.15 pagi....5 jam lebih dulu. Taip saja:...kaaba live.com. insyaallah dapat saksikan siaran solat yang meruntun hati dan perasaan.
ReplyDeleteinilah jalan yang saya lalui sepanjang berulangalik ke masjidil haram. alhamdulillah. syukur kerana di beri peluang menjadi tetamuNya(haji1432). hati in teramat teringin lagi di jemput olehNya.
ReplyDelete