Monday, October 31, 2011

Hospital Aziziah

Kesihatan adalah salah satu perkara utama yang diberi perhatian serius oleh pihak Tabung Haji dalam usaha untuk memastikan semua jemaah dapat menjalani ibadah haji dengan sempurna. Seramai hampir 400 orang kakitangan perubatan yang berada di Mekah sepanjang musim haji ini.

Selain daripada menyediakan klinik di setiap maktab, dua buah hospital juga turut disediakan. Salah sebuah yang saya sempat lawati pada sabtu lepas adalah Hospital Aziziah. Hospital tersebut memulakan operasi sejak tahun 1980 di sebuah bangunan 5 tingkat yang menyediakan 4 wad dan 80 katil serta 73 orang kakitangan.

Untuk musim haji 1432H , hospital tersebut diketuai oleh Dr Ariffin, seorang doktor pakar yang berasal dari Kelantan dan berkhidmat di Kuching. Pelbagai kelengkapan terdapat di hospital tersebut termasuklah mesin x-ray serta sebuah makmal. Bagaimanapun Wad ICU serta Dewan Bedah tidak terdapat di situ kerana undang-undang Arab Saudi tidak membenarkannya. 

Dr Ariffin
Ketua Jururawat dari Hopital Sri Manjung Perak
Jururawat dari Hospital Sultanah Aminah JB dan HKL
Wad Perempuan

En Mamat Bin Jusoh dari Marang Trengganu, dimasukkan ke wad kerana penyakit asma dan keadaannya semakin pulih dan dijangka keluar dari wad pada bila-bila masa.
En Mat Adam Bin Said dari Bukit Payung Trengganu, kesihatannya juga semakin pulih
Puan Siti Asa Bt Mat dari Kerantong Pahang, dibenarkan keluar dari wad semalam
Memberi kata-kata semangat kepada pesakit
Puan Rokiah Ali dari Kuala Trengganu.
Puan Kamsiah dari Melaka
Bersama Santuni Dhuyufurrahman
Seorang pembimbing ibadat haji (kanan) ditempatkan di setiap hospital untuk kemudahan pesakit (jemaah) bertanyakan tentang hukum-hakam serta memberi bimbingan menjalankan ibadah haji dengan sempurna.
Makmal
Farmasi

Terdapat 17 orang jemaah dalam hospital tersebut ketika saya melawat semalam. Semuanya berada dalam keadaan stabil dan tidak akan menghadapi masalah untuk wukuf. Untuk kes-kes yang kritikal pesakit akan dihantar ke Hospital Kerajaan Arab Saudi.

9 comments:

  1. ana petugas perubatan tahun lepas, terasa baru lagi dah hampir wukuf. rindu rasanya untuk kesana lagi, semoga ALLAH perkenankan doa ana.

    ReplyDelete
  2. seronok..sambil bertugas boleh beribadat..

    ReplyDelete
  3. Bertugas pun tentu Allah beri ganjaran yang besar kepada semua yang terlibat..

    Jokiden, NSDK

    ReplyDelete
  4. Tahniah dgn blog ini. Syukran. Semoga bermanfaat dgn berita bermutu

    ReplyDelete
  5. terharu tgk foto2 nie...moga pakcik n makcik tu diberikan kesihatan yg baik utk mengerja haji...moga Allah kurniakan sebesar ganjaran utk semua petugas yg ada

    ReplyDelete
  6. para petugas perubatan semasa operasi maya'ir sanggat mencabar dan menuntut kesabaran yang tinggi, walaubagaimanapun kami sanggat bersukur kerana dapat membantu tetamu Allah walupun kadangkala terguris hati dek segelintir jemaah seolah-olah tidak tahu bershukur.Harap tuan punya blog dapat merakamkan operasi perubatan di arafah dan mina untuk tatapan pembaca.

    ReplyDelete
  7. kami para petugas amat berbangga dan berbesar hati kerana usaha tuan dalam menyampaikan berita tentang usaha kami yang tidak seberapa ini. Kami berharap hanya pembalasan daripada yang Esa untuk membantu jemaah haji Malaysia menyempurnakan rukun Islam yang kelima,. Kami harap tuan dan puan doakan usaha kami di sini.

    ReplyDelete
  8. Saya juga prrnah bertugas sbg petugas komputer di Aziziah thn 1427H. Byk tunjuj dr semua staff perubatan.. alhamdulillah semua baik2 belaka.. tq Dr Mat Noh dr Terengganu, Datuk Dr Abd Razak dr HKL atau HUKM tak brp ingat, sister Norma, matron Rosemalina dan semua kwn² nurse .. semoga Allah melindungi korang di mana saja berada.. aminnn

    ReplyDelete
  9. Thank You and I have a tremendous supply: How To Properly Renovate A House home renovation youtube

    ReplyDelete