Saturday, October 22, 2011

Kini Segalanya Ada Di Mekah

Jika 10 atau 20 tahun dahulu setiap jemaah haji yang hendak ke Mekah akan membawa pelbagai jenis barangan keperluan harian untuk kegunaan mereka selama 40 hari. Dari sabun mencuci pakaian hinggalah kepada makanan. Semuanya lengkap. Jika orang Kelantan pula mereka tidak akan tinggalkan makanan tradisi mereka, iaitu budu. Mereka bawa budu dari Kelantan sampai ke Mekah.

Itu dulu, kini zaman telah berubah. Kini semuanya boleh didapati di Mekah. Mekah bukan sesuatu yang asing lagi bagi jemaah haji kita sekarang. Ada kalanya kita merasakan seolah-olah berada di tanah air sendiri. Saluran TV 1 kini boleh ditonton di Mekah. Yang paling mengejutkan saya, budu pun sudah ada dijual di Mekah sekarang ini.

Budu Mekah

Suka atau tidak suka, hakikat yang sebenarnya Tabung Haji telah memainkan peranan yang baik dalam soal menguruskan jemaah haji Malaysia. Setiap tahun mereka akan tingkatkan mutu perkhidmatan yang diberikan kepada jemaah. Selain itu mereka juga mempunyai hubungan yang baik dengan agensi-agensi Kerajaan Arab Saudi yang berkenaan dengan haji.

Dalam usaha menjaga hubungan baik dengan pihak berkuasa Arab Saudi, boleh dikatakan hampir setiap hari Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Salleh Syed Abdul Rahman mengunjungi pihak-pihak berkuasa haji Arab Saudi sebagai tanda hormat kepada mereka serta merapatkan lagi ikatan yang telah terjalin. Semalam (sabtu) Ketua Rombongan Haji mengunjungi Ketua Polis Masjidil Haram bagi bertanya khabar jika mereka ada apa-apa masalah dengan jemaah Malaysia.

Di setiap maktab yang menempatkan jemaah Malaysia segala kemudahan boleh didapati termasuklah sajian makanan Malaysia. Di setiap maktab juga ada disediakan surau jika ada jemaah yang tidak mampu untuk ke Masjid. Selain surau, guru-guru agama serta pembimbing ibadat haji juga turut disediakan. Mana-mana jemaah yang ada keraguan atau kemusyikilan boleh berjumpa dengan mereka pada bila-bila masa. Klinik juga turut disediakan di setiap maktab.
Ada masanya saya kasihan melihat jemaah-jemaah haji negara lain. Ada yang menginap di Masjid, ada yang menjadikan kawasan lapang dimana-mana tempat sebagai tempat tinggal mereka. Dari pemerhatian saya setakat ini boleh saya katakan jemaah Malaysia yang diuruskan dengan cara terbaik dan tersusun dari segenap aspek. Jemaah Indonesia juga kelihatan teratur , cuma ianya tidak semantap jemaah Malaysia. Mungkin faktor bilangan jemaah yang ramai serta petugas yang kurang menjadi masalah kepada mereka.

TM menyediakan ruang khas di setiap maktab-maktab tertentu bagi membolehkan jemaah menghubungi ahli keluarga di Malaysia dengan bayaram Saudi Riyal 1 / minit

Pos Malaysia juga turut menyediakan kaunter khas bagi urusan penghantaran barangan yang dibeli jemaah haji.

Suasana di lobi maktab penginapan jemaah

Pelbagai juadah Malaysia boleh didapati di kafeteria ini

11 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.Membaca blog saudara,saya rasa saperti menonton siaran langsung dari Tanah Suci

    ReplyDelete
  3. InsyakAllah saya akan tiba di mekah pada 29 oct. ini. salam

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah segalanya mudah sekarang. Terima kasih kerana sudi berkongsi.

    ReplyDelete
  5. Bagusnya.............tak mcm 9 tahun dulu ya..........

    ReplyDelete
  6. Syukur Alhamdulillah, dari segi fisikal banyak perubahan telah dilakukan untuk kemudahan menegerjakan Haji.

    Bersabar dengan dugaan2 Allah agar tuan2 berada dikalangan orang2 yang berjaya dan bahagia.

    LABBAIKALLAH.....

    ReplyDelete
  7. Take it easy with the budu - makruh weh!

    ReplyDelete
  8. Syukur jadi Rakyat Malaysia.Harap2 ianya akan berterusan begini dan akan bertambah baik sebolehnya.

    ReplyDelete
  9. Terima Tabung Haji kerana menyediakan kemudahan dan keselesaan kpd jemaah haji malaysia.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih saudara diatas info yang diberikan. Bila tengok semua gambar2 yang saudara postkan teringat kembali saya ketika mengerjakan haji tahun lepas masih sama.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi di atas kurniaannya & terima kasih kepada TH.
    Bila diperhati jemaah Indonesia & Turki kebykknnya bergerak dlm kumpulan, Malaysia amat kurang. & yg amat mendukacitakan masih ramai bersolat di maktab berbanding solat di masjidilharam di depan kaabah & ada juga jemaah lelaki yg menunaikn solat zohor di maktab berbanding solat Jumaat di masjid berhampiran.
    Bila diigt kembali, ramai jg rakyat Turki yg bersolat duduk tp masih rajin ke masjidilharam (mungkin bas yg tlh tersedia) bahkn rajin melakukn tawaf sunat w/p tlh berusia (igtn utk semua & diri sendiri jk menjd tetamuNya lg)

    ReplyDelete