Khamis petang saya mengikuti rombongan pihak Tabung Haji melawat Padang Arafah untuk meninjau persiapan menjelang hari Wukuf yang hanya tinggal 9 hari sahaja lagi.
Kerja-kerja persiapan sedang giat dijalankan. Lebih kurang 3000 khemah yang akan digunakan untuk menempatkan jemaah-jemaah haji Malaysia termasuklah untuk petugas Tabung Haji, pasukan perubatan dan dapur untuk memasak makanan bagi jemaah. Tabung Haji diperuntukkan 15 kawasan untuk jemaah Malaysia. Bermula dari kawasan nombor 85 hingga ke nombor 100 yang terletak berhampiran dengan jalan raya besar dan ianya akan memudahkan urusan keluar masuk pengangkutan mengangkut jemaah.
Jemaah Malaysia dijangka mula bergerak ke Arafah pada 8 Zulhijjah 1432H selepas solat jumaat secara berperingkat-peringkat sehinggalah ke tengah malam hari yang sama. Hanya 10-12 jam sahaja masa yang ada untuk pihak Tabung Haji membawa semua jemaah ke Arafah.
Operasi membawa jemaah haji ke Arafah adalah satu-satunya operasi yang mencabar bagi pihak Tabung Haji. Ini kerana dalam tempoh yang pendek mereka perlu pastikan semua jemaah telah berada di Arafah sebelum waktu zohor 9 Zulhijjah. Tabung Haji amat berhati-hati dalam operasi ini kerana sebarang kesilapan atau kecuaian yang menyebabkan jemaah gagal sampai di Arafah akan menyebabkan Haji seseorang jemaah itu tidak sah. Ini kerana wukuf adalah Rukun Haji.
Saya difahamkan rekod Tabung Haji tidak pernah ada sejarah yang berlaku akibat kecuaian mereka yang menyebabkan jemaah gagal melakukan Wukuf. Dalam apa cara, tidak kira bagaimana keadaan jemaah sekali pun walaupun sedang sakit terlentang mereka tetap akan bawa jemaah itu ke Arafah walaupun seketika. Melainkan jemaah yang tidak sedarkan diri, itu pun setelah mengambil kira pandangan pakar rujuk haji dan doktor.
Jemaah yang sedang dirawat di hospital akan dibawa dengan ambulan ke Arafah. Mereka hanya akan berada disana untuk seketika dan ditemani doktor. Syarat wukuf adalah berada di Arafah seketika dari waktu Zohor hingga terbenam matahari 9 Zulhijjah.
Selain pihak Tabung Haji , pihak kerajaan Arab Saudi juga sibuk melakukan persiapan di Arafah. Semua agensi-agensi keselematan,polis, tentera dan bomba mereka sedang bertungkus melakukan persiapan masing-masing. Ribuan motosikal polis trafik dan ratusan trak-trak penunda telah berada disana untuk memastikan kelancaran trafik pada hari berkenaan.
Sampaikan salam pada Sdr Hussin..dia ada jugak menulis dalam blog dia.. semuga semuanya berjalan lancar di sana nanti. Amin!!!
ReplyDeleteJokiden, NSDK
Hanya mereka yang pernah menikmati wukuf di Arafah sahaja dapat merasai kerinduan dan keinginan yang meluap sebagai tetamu Allah. Walaupun tanah yang kering kontang dan serba kekurangan, Arafah membawa insan di hari wukuf ini amat hampir dengan yang Maha Esa....
ReplyDeleteKeindahan haji itu ialah sewaktu di Arafah..
ReplyDeleteassalam. 1. hrp maklum bahawa bulan adalah oktober, bukan november. mungkin kesilapan teknikal. 2. apa yg dipaparkan menimbulkan kesayuan, betapa bertuahnya insan yg telah diberi keizinan Allah utk ke sana. walaupun telah beberapa kali berumrah, suasana haji adalah amat berlainan. Ya Allah, berikanlah keizinan kpdku untuk ke tanah harammu utk mengerjakan haji ya Allah.
ReplyDelete