Gambar-gambar dibawah ini saya rakam pada hari jumaat (28 Nov 2011) sebelum dan selepas solat isyak. Lima belas minit sebelum azan kawasan di depan Kaabah akan dikosongkan untuk kerja-kerja pembersihan.Imam akan berada diantara pintu Kaabah dengan Hijir Ismail untuk mengimamkan solat.
Nasib menyebelahi saya pada malam itu kerana saya berada berhampiran dengan Kaabah ketika kawasan depan dikosongkan. Tanpa berlengah terus saya capai kamera kecil dalam poket jubah untuk merakam gambar Hajarul Aswad untuk dikongsi dengan pembaca semua.
Untuk lihat kawasan Hajarul Aswad kosong bukan senang. Ianya hanya akan berlaku pada waktu solat sahaja. Imam bagi sahaja salam kedua, maka sepantas kilatlah melompat jemaah-jemaah menuju ke Hajarul Aswad.
Saei dari Bukit Safa ke Bukit Marwah |
Pandangan hadapan dari Bukit Marwah ke Bukit Safa |
Pandangan belakang dari Bukit Marwah ke Bukit Safa |
Bahagian Luar Masjid
Kebanyakan teksi-teksi Mekah semuanya mengambil kesempatan untuk 'menyembelih' jemaah haji. Untuk perjalanan 1-2km pun tambang yang dikenakan antara Riyal 20-30. |
No comments:
Post a Comment