Monday, November 12, 2012

Perjalanan Pulang Dan Kenangan Haji 1433H

Ketika entri ditulis,penulis telah selamat sampai ke tanahair,terima kasih penulis ucapkan kepada ribuan pembaca yang mengikut perkembangan didalam blog laporan haji ini.

Penulis yang tiba lebih awal daripada jemaah haji Malaysia dari Mekah berpeluang melihat segala persiapan pihak tabung haji untuk menyambut ketibaan jemaah yang hampir 50% dari jumlah keseluruhan jemaah haji Malaysia.6hb Jemaah haji Malaysia yang pertama tiba dari Mekah dengan menaiki 7 buah bas.


Jemaah haji yang tiba di Madinah akan melakukan ziarah ke makam Nabi Muhammad SAW dan bersolat di Masjid Nabi. Sambil itu jemaah haji akan melakukan ziarah di sekitar Madinah dengan melawat masjid dan tempat bersejarah.


Semasa menunggu ketibaan jemaah haji,Penulis mendapat berita salah seorang jemaah haji yang menaiki salah satu bas ini telah meninggal dunia didalam bas 100km dari Madinah. Belum pun bas tiba di depan hotel,kakitangan tabung haji sudah siap memperolehi data jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia.


Penulis bertanya kepada kakitangan tabung haji yang bertugas mengenai simati, Rupanya seorang jemaah haji dari negeri Perak meninggal dunia akibat serangan sakit jantung semasa perjalanan. Moga Allah cucuri rahmat keatas arwah.

Sejam kemudian bas pun tiba dihadapan hotel, para jemaah diarahkan tunggu didalam bas ,beg beg mereka dibawa turun dan disusun oleh kakitangan tabung haji di bahu jalan kemudian barulah mereka dibenarkan turun.

Tanpa perlu berebut rebut jemaah haji Malaysia dilihat begitu berdisplin malah cara pihak tabung haji Malaysia menguruskan jemaah jauh beza sekali dengan apa yang penulis lihat jemaah haji dari negara lain.Sistematik dan terurus dengan begitu baik sekali.
Bas pertama tiba dihadapan hotel Al-Haram

setiap jemaah diberi bungkusan air dan makanan sebaik tiba





sebaik masuk ke dalam hotel jemaah haji diberi kupon makanan oleh pihak katering
Pejabat operasi Tabung Haji di Al-Haram Hotel Madinah

Pejabat operasi Tabung Haji Madinah
Dalam entri sebelum ini anda dapat melihat bagaimana jemaah haji Malaysia di Jeddah melalui proses check in bag dan barangan mereka di Hujjaz Jeddah. Dalam entri ini penulis kongsikan perjalanan pulang jemaah haji yang tiba dari Hujjaz Jeddah ke Terminal Lapangan Terbang Jemaah Haji Jeddah.

Jemaah haji Malaysia harus tiba 5jam lebih awal sebelum menaiki pesawat untuk pulang ke tanahair. Penulis turut sama melalui proses yang sama. Keluar dari komplek Hujjaz Jeddah jam 1.30 tengahhari. Sejam kemudian tiba di terminal sudah kelihatan ratusan jemaah haji yang turut sama akan menaiki pesawat menerima pasport masing masing dari kakitangan tabung haji.

para jemaah duduk berehat sampai menunggu giliran untuk masuk ke terminal

Penulis bersama jemaah haji terpaksa menunggu lebih 2 jam  untuk melepasi proses cop pasport dan untuk sampai ke ruang seperti gambar dibawah ini.
Kemudian para jemaah haji akan berjalan kaki untuk menaiki tingkat atas untuk menunggu diruang seperti gambar dibawah. Penulis dan para jemaah haji lain terpaksa menunggu lebih 4 jam sebelum menaiki pesawat.



Para jemaah haji bersolat maghrib berjemaah diruang menunggu
Berada diterminal lapangan terbang Jeddah hampir 7 jam cukup memenatkan,penulis mengambil peluang untuk tidor semasa perjalanan pulang ke tanahair dengan menaiki pesawat MAS selama 9 jam .

Syukur alhamdulilah penulis selamat sampai ke tanahair dan dapat melihat bagaimana sambutan hangat di KLIA pada ketika itu cukup ramai oleh sanak saudara para jemaah haji.



Hampir sebulan penulis berada di tanah suci mengamit pelbagai kenangan dan pengalaman yang amat sukar dilupakan. Pelbagai karenah manusia dapat dijadikan contoh dan sempadan,pelbagai pengajaran dan juga didikan yang dapat kita terima semasa mengerjakan ibadah haji.

Baik di tanah air atau pun ketika di Mekah.Penulis sempat berbual dengan ramai jemaah haji Malaysia,rata ratanya memuji dan cukup bersyukur dengan layanan yang diberikan oleh pihak Tabung Haji. Hanya  segelintir yang banyak songeh mahukan itu ini,kalangan mereka ini sentiasa tidak akan berpuas hati dan mahukan lebih daripada sepatutnya.

Allah menguji setiap jemaah haji ditanah suci. Ada yang redha dan ada juga yang menyalahkan apa saja yang ada didepan mata.

Ada juga jemaah haji warga mas yang membawa anak untuk menemani mereka ke tanah suci,sebaliknya mereka ini ditinggalkan oleh anak dan saudara mereka terkontang kanting keseorangan di kota Mekah.Akhirnya pihak tabung haji terpaksa menguruskan mereka. Alasan yang diberi katanya mahu menumpukan ibadah haji orang tua ini menyusahkan.Nasihat penulis ,ketika berada di kota Mekah,menjaga ibu bapa lebih mulia dan menjadi anak yang soleh lebih tinggi darjatnya.


Ada juga kes dimana seorang ibu tua berumur lebih 80 tahun ditemani oleh anaknya sebagai penjaga dan pengasuh namun sebaik saja tiba ditanah suci Mekah,ibu tua ini pula terpaksa menjaga anaknya yang tiba tiba menjadi tidak siuman.Keadaan menjadi terbalik.


Ada juga bapa selebriti terkenal artis yang baru naik ke pentas politik ,melaungkan Islam begitu Islam begini..tetapi bapanya di tanah suci Mekah dibiarkan keseorangan bagaikan sampah..untunglah kita ada Tabung Haji yang sanggup menguruskan beliau..Sedih..

Penulis juga sempat bertemu dengan orang yang berpangkat dan berkedudukan seperti kerabat diraja,para datuk,doktor dan juga golongan berada,yang hebatnya mereka ini cukup kuat menyembunyikan identiti masing masing,tinggal bersama jemaah haji Malaysia dan tidak mahu diberikan layanan istimewa malah cukup merendah diri.

Ada juga yang diberi kemuliaan yang cukup tinggi oleh Allah ketika berada di tanah suci,Penulis sempat melihat seorang jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia sebaik saja beliau habis mengambil wudhu ketika azan Maghrib di Arafah.

Ada yang meninggal ketika tawaf,ada yang meninggal ketika bersolat dan yang meninggal ketika melakukan amal jariah.

Penulis memohon maaf jika ada melakukan kesilapan,terkasar bahasa .Kepada yang mengenali penulis semasa di tanah suci semoga ukhwah yang dijalin agar berkekalan.

Kepada pihak tabung haji dan kakitangannya   anda telah melakukan  tugas dengan penuh keikhlasan dalam menguruskan Dyufurrahman,para tetamu Allah dilayan sebaik mungkin dan pada pandangan penulis cukup hebat yang sukar dilakukan oleh mana mana pihak lain.

Sekalung tahniah dan ribuan terima kasih kepada Tabung Haji.

Sekian.





3 comments:

  1. Selamat Pulang Jemaah Haji Malaysia. Kepada saudara mara yang ingin menjemput boleh la berehat di Transit House kami sementara menunggu ketibaan . Penghantaran ke Airport adalah percuma. Layari www.agriplaza.com.my/gelenggang.asp

    ReplyDelete
  2. Ultimate ford fusion titanium 2019 - iTaniumArts
    Home micro touch hair trimmer / babyliss nano titanium flat iron Ultimate ford fusion titanium 2019. iTaniumArts titanium block has a titanium scooter bars unique premium quality product, and a brand new babylisspro nano titanium hair dryer

    ReplyDelete