Tuesday, November 6, 2012

Madinah,Masjid Nabi.Satu Ketenangan


Selepas singgah di Jeddah penulis meneruskan perjalanan ke Madina Al-Munawarah. Perjalanan ke Madinah mengambil masa 4 jam daripada Jeddah,sampai saja ke hotel simpan beg dan berehat seketika penulis bersama teman teman terus ke Masjid Nabi.


Alhamdulilah jemaah tidak berapa ramai,solat sunat tahyatul Masjid kemudian terus masuk ke ruang raudhah.Syukur Alhamdulilah puas bersolat dan berdoa di raudhah tanpa ganguan penulis terus ke makam Nabi Muhammad SAW.

Memberi salam kepada rasulku cukup terasa betapa dekatnya hati ini dengan junjungan besar nabi kita.Kemudian penulis selangkah kehadapan memberi salam kepada sahabat Nabi ,Abu Bakar Al Sidek R.A dan Umar Al-Khatab R.A.



Di Madinah keadaan bandar ini jauh sekali berbeza dengan Mekah,suasananya lebih tenang dan cuacanya sekarang ini kurang panas dan sedikit sejuk ketika waktu malam. Kesibukan di Mekah bising dengan hiruk pikuk kenderaan membuatkan Madinah bagaikan tempat bertenang dan berehat.
Kubah hijau lokasi  makam nabi.


suasana tenang jam 2 pagi di perkarangan masjid nabi
Air zamzam disediakan di luar perkarangan masjid.

Penulis meninjau sekitar masjid nabi,cukup hebat seni bina Islam dan cukup canggih dari segi prasarananya.Ruang parkir kereta ,tandas dan tempat mengambil wudhu dibawah tanah.
tangga eskelator menurun ke bawah tanah untuk ke parkir kereta,tandas dan tempat mengambil wudhu






tempat mengambil wudhu
tandas dan bilik mandi
ruang parkir kereta dibawah tanah


Perkarangan masjid yang luas sudah tentu memenatkan kaum ibu ,warga mas untuk berjalan.Maka pihak pengurusan masjid menyediakan buggy shuttle secara percuma untuk dihantar kemana mana lokasi berhampiran.


khidmat shuttle buggy disediakan.
Selepas waktu Isyak dihujung perkarangan masjid Nabi terdapat pasar malam menjual pelbagai jenis barangan.

Masjid Nabi turut menyediakan klinik secara percuma,rawatan dan ubat kepada jemaah yang hadir diberikan tanpa perlu dikenakan sebarang bayaran.Penulis sempat meninjau di klinik tersebut terdapat beberapa katil wad pesakit luar berhawa dingin.

khidmat ambulan klinik masjid nabi


pemandangan selepas solat Asar
Wakaf Quran 20 rial senaskah
Ketika entri ini ditulis,jemaah haji Malaysia hampir 50% akan sampai ke Madinah untuk membuat ziarah. Pergerakan jemaah haji Malaysia yang sampai lebih awal akan terus ke Madinah mengisi masa lebih kurang 4-7 hari sebelum ke Mekah untuk menunaikan Haji.

Yang terus ke Mekah dari Malaysia selepas tamat rukun Haji akan berziarah kemudiannya.Jemaah haji Malaysia yang tiba di Madinah ditempatkan di 2 zon.Hotel hotel ini amat dekat sekali dengan Masjid Nabi.

Penulis sempat singgah ke pejabat operasi Tabung Haji untuk mengeluarkan duit.Dengan hanya memberikan kad jemaah haji pengeluaran wang dibuat dengan amat mudah sekali.Tanpa perlu mykad buku akaun atau pun pasport.Dengan menggunakan sistem barcode segala maklumat mengenai pemegang akaun tabung haji akan tertera di komputer.Memang canggih dan sistematik pengurusan Tabung Haji.


Selain ibu pejabat Tabung Haji Madinah,pihak pengurusan Tabung Haji juga menempatkan pejabat operasi di Hotel. Urusan pengeluaran duit atau pun klinik juga disediakan.
kedudukan hotel tempat jemaah haji Malaysia menginap
Pejabat operasi Tabung Haji di Al-Haram Hotel Madinah

Berjumpa dengan petugas tabung haji untuk mengeluarkan wang.

No comments:

Post a Comment