Thursday, November 10, 2011

Selesai Haji atau Selesai Rukun Haji ?


Dalam ibadat haji ada tiga perkara, iaitu, rukun, wajib dan sunat. Untuk perkara yang melibatkan rukun jika tidak dipenuhi atau tidak dilakukan dengan betul menyebabkan haji seseorang tidak sah. Manakala perkara wajib pula jika tidak dipenuhi atau tidak dilakukan dengan betul boleh dibayar dam tetapi berdosa. Yang sunat pula, lakukan dapat pahala, tidak lakukan tidak berdosa.

Rukun Haji (Tidak Boleh Dibayar Dam)

1) Niat
2) Wukuf
3) Tawaf
4) Saei
5) Bertahlul (bergunting/bercukur)
6) Tertib

Wajib Haji (Boleh Dibayar Dam)

1) Berniat ihram di Miqat
2) Bermalam di Mudzalifah
3) Melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah
4) Bermalam di Mina pada 11,12 dan 13 Zulhijjah (Nafar Thani) atau bermalam di Mina Pada 11 dan 12 Zulhijjah (Nafar Awwal)
5) Melontar Tiga Jamrah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah jika melakukan Nafar Thani atau melontar tiga Jamrah pada 11 dan 12 Zulhijjah jika melakukan Nafar Awwal.
6) Meninggalkan larangan ihram

Berhubung isu yang timbul yang mengatakan Perdana Menteri Malaysia selesai awal dalam melakukan ibadat haji, saya merasa terpanggil untuk menyatakan pendapat saya. Punca kepada cakap-cakap tersebut apabila laman twitter PM menulis mengatakan beliau telah selesai melakukan urusan haji pada 6 November atau pada 10 Zulhijjah.

Pada pandangan saya apa yang cuba dimaksudkan dalam tulisan di laman twitter tersebut adalah PM telah selesai melakukan semua rukun haji dan beliau telah pun keluar dari ihram. Saya berkeyakinan itu yang dimaksudkan, dan saya juga yakin pegawai-pegawai yang menjaga laman twitter PM tertinggal perkataan rukun dalam tulisan tersebut.

PM hadir melakukan ibadat haji pada tahun ini sebagai tetamu Kerajaan Arab Saudi. Oleh yang demikian segala pergerakan atau urusan untuk menunaikan haji termasuk waktu-waktu untuk melakukan urusan haji telah ditentukan oleh tuan rumah. Saya difahamkan PM melontar Jamrah Aqabah selepas tengah malam 10 Zulhijjah (malam hari raya), dan melakukan Tawaf serta Saei pada jam 2 pagi hari yang sama. Selepas selesai semua itu beliau bertahlul,  dan tamatlah urusan Rukun Haji bagi beliau dan beliau sudah boleh memakai pakaian biasa. Cuma beliau masih lagi terikat dengan melontar tiga jamrah pada 11 dan 12 Zulhijjah.

Jika diikutkan banyak lagi yang saya ingin perincikan , tetapi kita tidak perlu pening-peningkan kepala. Jika PM selesai urusan haji pada 6 November (10 Zulhijjah), apa gunanya beliau masih berada di Mekah pada 11  dan 12 Zulhijjah ? 

Tidakkah ianya untuk ibadat melontar tiga jamrah pada tarikh-tarikh berkenaan ? Selepas semua urusan melontar selesai beliau terus pulang ke tanah air pada malamnya tanpa menunggu sehari atau dua hari kerana masa amat-amat berharga bagi seorang PM. Jika semuanya telah selesai pada 10 Zulhijjah, maka sudah tentu beliau akan terus pulang pada tarikh berkenaan.

6 comments:

  1. alah online paper milik bukan Islam nak pertikai ibadah orang Islam.

    ReplyDelete
  2. Takkan lah penasihat tersilap nasihat pulak...kita serah pada Allah.. Ibadat orang tak perlu kita sibuk-sibukan.. ibadat sendiri kena jaga dan ingat...

    Jokiden, NSDK.

    ReplyDelete
  3. telah saya jelaskan dalam facebook rafi/sanggah tok janggut...

    ReplyDelete
  4. PM kita tu buat haji tamatu', beerti dia kerja umrah dulu, diikuti dengan haji....selepas tahlul sani, maka selesailah haji nya....yang si Mufti dok bising tu apa pasal...mabib di Mina dan melontar jamrah pada hari tashriq tu " wajib haji" bukan "rukun haij"..soal nafar awal atau sani itu ialah 'penyempurnaan haji"...Maka tak salah PM berkata beliau telah " selesai mengerjakan ibadah haji" pada hari ke sepuluh zulhijah, apabila selesai mengerjakan " perkara" haji...iaitu; melontar jamrah akabah, tawaf & syaei, serta bertahlul, setelah beliau berniat serta ihram dan wukuf di arafah pada hari-hari sebelumnya.. Nampak sangat Mufti ni nak menunjuk " kecerdikan"nya, beliau tak leh nak beza antara "selesai" dan" sempurna"....Saya pernah lihat dan dengar temubual tv 9 dengan mufti ini di Arafah dalam satu programnya....rambutnya macam mat rempit....tak dak cahaya mufti lah dia ni......

    ReplyDelete
  5. Betul ke sebijik mufti perlis cakap atau ada tambahan serbuk perasa dari mkini????? biasalah kalau lawan yg buat ulasan... Yang penting silidik dulu berita.... mufti perlis tu pun tunai haji juga tahun nie... ulasan mkini tu... temuramah ikut telefon ke Mekah je... nak tunggu juga ulasan sebenar mufti bila dia balik nanti...
    wassalam..

    ReplyDelete
  6. m'kini gaul rojak rasa pecal.

    ReplyDelete