Tuesday, November 1, 2011

Operasi Masya'ir 1432H Mencabar

Haji Shahruddin, Pengarah Operasi Masya'ir
Kini hanya tinggal 3 hari sahaja lagi kira-kira 28 ribu orang jemaah haji Malaysia berserta lebih 3 juta umat islam dari negara-negara lain akan berwukuf di Padang Arafah. Wukuf adalah rukun haji yang kedua selepas niat. Tanpa wukuf maka tidak sah ibadat haji seseorang.

Bagi pihak Tabung Haji operasi membawa jemaah ke Padang Arafah pada tahun ini antara yang paling mencabar kepada mereka kerana faktor masa. Pada tahun-tahun yang lepas 8 Zulhijjah tidak jatuh pada hari jumaat. Oleh yang demikian urusan membawa jemaah bermula sejak awal pagi kerana tidak perlu untuk bersolat jumaat.

Tahun ini kerana 8 Zulhijjah jatuh pada hari jumaat, maka pergerakkan ke Arafah akan bermula selepas solat jumaat. Mengikut jadual,  kumpulan pertama jemaah akan bergerak pada jam 3 petang 8 Zulhijjah dan dijangka selesai pada jam 3.30 pagi dengan kesemua 28 ribu jemaah Malaysia telah berada di Bumi Arafah ketika fajar pagi 9 Zulhijjah yang indah dan berkat mula menyinsing. Setiap bas akan membawa 40 orang jemaah. Ini bermakna 700 perjalanan bas perlu dilakukan dalam tempoh 12 jam untuk 28 ribu orang jemaah. Bagaimanapun Unit Masya'ir (Arafah, Mudzalifah, Mina) Tabung Haji telah bersiap sedia dari segenap aspek dan sudut untuk memastikan semuanya berjalan mengikut perancangan dan lancar.

Selain dari persiapan logistik oleh pihak Tabung Haji di Masya'ir, mereka juga turut 'mempersiapkan' jemaah-jemaah dari sudut fizikal dan mental agar semua jemaah dapat melakukan yang terbaik. Jemaah sentiasa diingatkan agar melakukan yang terbaik dan dipesan supaya menganggap ini adalah haji mereka yang pertama dan yang terakhir, dengan harapan jemaah melakukan ibadah dengan baik dan tertib, dan seterusnya mendapat haji yang mabrur. Amin....

Doa dari ahli keluarga di tanah air serta seluruh umat-umat Islam di Malaysia juga diharapkan agar semuanya berjalan dengan teratur dan lancar.
Taklimat persediaan ke Masya'ir untuk jemaah Maktab 86 yang diadakan pada ahad malam
Antara jemaah yang sedang tekun mendengar taklimat

 
 
 
 
 


Pasangan jemaah dari Kelantan

Pasukan Operasi Masya'ir
Pesanan dari Kementerian Haji Arab Saudi
Hotel Abraj Al-Janadiriah, penempatan jemaah haji Malaysia yang paling besar diuruskan oleh Tabung Haji. Terdapat kira-kira 6000 jemaah yang berada di sana. Melibatkan empat Maktab 86, 87, 88 dan 89. Ibu Pejabat Tabung Haji Mekah turut terletak di situ.

4 comments:

  1. Semasa dalam perjalanan nanti insyaAllah kita akan melihat susah payah jemaah negara lain berjalan kaki daripada Arafah ke Muzdalifah dan ke Mina. Dengan serba kekurangan tetapi penuh keazaman mereka melakukannya. Semata mata menyahut panggilan yang maha Esa. Akan berlinang air mata mensyukuri rahmat dan belas ehsanNya kepada kita dengan segala kemudahan dan keselesaan. Ya Allah kurniakanlah haji mabrur kepada semua tetamuMu itu...

    ReplyDelete
  2. Masih ada yang komplin pasal TH ni... hairan sungguh dgn perangai manusia yg tidak pernah merasa puas..

    Jokiden, NSDK.

    ReplyDelete
  3. para petugas perubatan semasa operasi maya'ir sanggat mencabar dan menuntut kesabaran yang tinggi, walaubagaimanapun kami sanggat bersukur kerana dapat membantu tetamu Allah walupun kadangkala terguris hati dek segelintir jemaah seolah-olah tidak tahu bershukur.Harap tuan punya blog dapat merakamkan operasi perubatan di arafah dan mina untuk tatapan pembaca.

    ReplyDelete
  4. aku tengok hansome lak najib nie..hehehe

    ReplyDelete