Wednesday, November 9, 2011

Sekitar Mina

Salah satu wajib haji adalah bermabit (bermalam) di Mina dan melontar 3 jamrah pada hari-hari Tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah selepas menunaikan rukun-rukun haji yang lain termasuklah melontar Jamrah Aqabah. 

Gambar-gambar dibawah ini yang saya sempat rakam di sekitar Jamrah pada 11 Zulhijjah 1432H. Kebanyakan jemaah-jemaah di bawah adalah yang tidak diuruskan oleh badan-badan atau agensi-agensi tertentu mengikut negara masing-masing . Selain dari itu ada juga jemaah yang diuruskan, tetapi mereka memilih untuk tidak tinggal di khemah-khemah yang disediakan kerana perlu berjalan kaki berkilo-kilo meter untuk ke Jamrah. Mereka membuat keputusan untuk tinggal di kawasan di sekitar Jamrah bagi memudahkan mereka ulang alik. Dalam hal ini kehadiran mereka banyak menimbulkan masalah. 

Tindakan mereka tidur dan berkhemah diatas jalan-jalan raya menyempitkan laluan untuk pergerakan jemaah-jemaah lain menuju ke ke Jamrah. Selain itu ianya turut menghalang kenderaan pasukan keselamatan atau ambulan bergerak dengan lancar. Juga turut menimbulkan masalah kebersihan. 

Untuk sementara waktu ini dulu yang saya boleh kongsikan akibat keterbatasan waktu. Saya hanya beberapa hari lagi di Mekah sebelum ke Madinah. Waktu yang berbaki saya harus gunakan sebaik mungkin menghambakan diri kepada Yang Maha Pencipta.






 
















Gambar atas dan bawah
Rakyat-rakyat Malaysia yang mendoakan keselamatan dan kesejahteraan negara serta rakyatnya. 




4 comments:

  1. Ada yang bermabit di kawasan Jamrah selalunya selepas Isyak dengan berulang alik daripada Makah untuk tempuh ini. Jadi dapatlah mereka berjemaah di Masjidil Haram .

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...seronok tengok suasana ini...terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas usaha yang menuntut kesungguhan tinggi ini. Selamat terus mengerjakan amal ibadat.

    Jokiden, NSDK.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum teringin nak menunaikan umrah dan haji, baru tersedar sekarang dosa yang selama ini kita lakukan sukar untuk kita padam tanpa ampunan dari ALLAH SWT..

    ReplyDelete