Friday, November 11, 2011

Arafah Sentiasa Dalam Ingatan


Benarlah kata mereka yang pernah menunaikan haji, kenikmatan mengerjakan haji adalah ketika berada di Arafah. Manakala ketika berada di Mina ianya banyak mengajar kita erti kesabaran. Berada di Arafah tidak selama berada di Mina. Paling lama pun lebih kurang 30 jam. Manakala berada di Mina paling cepat 2 hari dan paling lama 3 hari. Disitulah kesabaran kita benar-benar teruji. Kepada yang tabah dan sabar Insyaallah haji mabrur untuknya. Kepada yang tidak sabar dan banyak mengomel, berserahlah kepada Allah untuk menentukannya.

Gambar-gambar di bawah ini yang sempat dirakam oleh rakan saya, En Johaimi, gambar pergerakan sebahagian jemaah daripada tempat penginapan di Mekah ke Arafah. Juga gambar ketika tiba dan semasa berada Arafah serta ketika Wukuf.



















 












































7 comments:

  1. Picture speaks a thousand words

    Jokiden NSDK.

    ReplyDelete
  2. semuga semua mendapat haji yang mabrur..insyaAllah....

    ReplyDelete
  3. masyaallah...pangkat..kekayaan...semuanya tiada perbezaan...semuanya sama pada pandanganku...dan disisiMu...

    ReplyDelete
  4. Berada diTanah Suci untuk menyempurnakan Ibadah Haji dan Ibadah2 lain sabenarnya tak lama, yang lebeh mustahak adakah masa 50 hari untuk melakukan PENYUCIAN HATI agar menjadi seorang Insan Kamil lagi Soleh dapat diAmalkan dan dipertahankan selepas kembali semula ketanah air, kalau ini dapat dilaksanakan maka itulah sebenarnya haji yang MABRUR.

    Muga2 terlaksana dengan izin Allah....Amin..

    ReplyDelete
  5. Didoakan semoga dikurniakan haji mabrur & teruskan pencarian diri dgn ibadah2 yg mendekatkn diri kpdNya sekembalinya ke tanahair.

    Bas 06 Maktab 87 masih dalam kenangan, mendapat hadiah paling mahal dengan kesabaran selama perjlnan antara Mina ke Mekah utk Nafar Awal. Di harap TH dpt memberi inisiatif spt berjln kaki utk Nafar Awal dgn persediaan peta pd thn2 akan dtg.

    W/bagaimanapun terimakasih di atas perkhidmatan terbaik TH.

    ReplyDelete
  6. menitis air mata bila menatap gambar di Arafah. semoga Allah menerima permohonanmu.. Amin

    ReplyDelete
  7. masih segar dalam ingatan...arafah..muzdalifah..mina
    mudahan kekal dengan haji yang mabrur.InsyaAllah

    ReplyDelete