Masjid Qisas Jeddah. Gambar dari Google |
Maaf kerana dalam tempoh yang agak lama saya tidak mengemaskini blog ini. Saya agak keterbatasan waktu sewaktu di Mekah tempohari kerana saya perlu gunakan sisa-sisa hari yang ada untuk menghambakan diri kepada Allah sebaik mungkin di bumi Tanah Suci dan juga melawat tempat-tempat bersejarah serta tempat-tempat menarik.
Selesai di Mekah saya ke Madinah dan kini saya telah pun berada di tanah air. Insyaallah saya akan terus berkongsi pengalaman dengan anda semua di blog ini dengan bahan-bahan serta pengalaman yang telah saya kumpulkan.
Hari ini saya hendak berkongsi dengan anda pengalaman ketika saya melawat Masjid Qisas di Jeddah pada 14 November 2011.
Masjid Qisas sama seperti masjid-masjid yang lain yang kita gunakan untuk menjalankan tanggungjawab kita sebagai seorang islam. Tetapi ianya menjadi tumpuan pelancong kerana perkarangan Masjid tersebut menjadi tempat hukuman pancung dijalankan.
Bangsal tempat hukuman pancung dijalankan |
Dalam perkarangan Masjid itu terdapat sebuah bangsal yang menjadi tempat hukuman pancung dijalankan. Nasib saya serta ahli-ahli rombongan yang lain agak kurang baik pada hari berkenaan kerana sewaktu rombongan kami sampai baru sejam hukuman pancung ke atas tiga pesalah dijalankan.
Bau hanyir darah masih dapat dihidu walaupun sejam telah berlalu dan simen serta kawasan sekitar masih lagi basah kerana dicuci selepas hukuman dijalankan.
Saya melihat satu lubang berhampiran bahagian kaki bangsal masih terdapat air yang berwarna merah yang saya yakin ianya air darah. Lihat gambar di bawah yang saya rakam.
Hukuman pancung dijatuhkan kepada mereka yang melakukan kesalahan yang melibatkan kematian.
Insyaallah kita akan bertemu lagi selepas ini........
Menarik
ReplyDeletesaya sendiri pada tahun 2006 pernah melihat hukuman di lakukan.
ReplyDeleteSaya harap akan dapat terus mengikuti perkembangan blog ini nanti. Tq.
ReplyDeleteJokiden, NSDK