Awal pagi jumaat sepasukan petugas-petugas media yang membuat liputan haji tahun ini telah memanjat Jabal Nur bagi melihat sendiri Gua Hira, iaitu tempat Nabi Muhammad SAW menerima wahyu daripada Allah sebagai Nabi dan juga tempat ayat Quran kali pertama diturunkan.
Perjalanan bermula jam 3 pagi dan memerlukan masa satu setengah jam serta menaiki lebih kurang 800 anak tangga untuk sampai ke Gua Hira. Gua tersebut hanya cukup untuk memuatkan empat orang sahaja. Ketinggiannya dikatakan 2500 kaki. Itulah ketinggian yang perlu dilalui oleh Siti Khatijah RA setiap kali menghantar makanan kepada Rasulullah.
Nabi Muhammad SAW menyendiri di Gua Hira kerana lari dari kejahilan orang-orang Arab ketika itu yang menyembah berhala. Baginda beribadat kepada Allah di dalam gua tersebut serta bertafakur memikirkan masalah umat. Sehinggalah pada satu hari datangnya Malaikat Jibril meyampaikan wahyu Allah kepada Baginda serta menurunkan ayat Quran yang pertama.
Pasukan media sempat menunaikan solat subuh diatas bukit tersebut dan mulai turun selepas hari siang. Gambar-gambar di bawah ini dirakam oleh saudara Fadzil Aziz, pengarang berita TV Al Hijrah.
|
Pemandangan Kota Mekah di waktu malam dari puncak Jabal Nur. |
|
Bulatan kuning-disitulah dikatakan Nabi berada untuk beribadat kepada Allah. Manakala anak panah kuning pula menunjukkan satu lubang yang sebesar saiz dua jari orang dewasa, dimana Masjidil Haram boleh dilihat dengan jelas dari lubang tersebut. Allahuakbar. |
|
Saudara Fadzil Aziz di pintu masuk ke gua itu |
|
Pemandangan ketika fajar mula menyinsing |
|
Pemandangan Kota Mekah dari atas bukit ketika fajar mula menyinsing |
|
Terdapat gerai-gerai yang menjual cenderamata diatas bukit tersebut. Kelihatan dalam gambar adalah wartawan RTM, Mohd Nor Yusof @ Abe Nor |
|
Kambing pun boleh tahan banyaknya |
|
Deretan pengunjung sedang mendaki ke menuju ke gua |
Saksikan secara lanjut ekspedisi ke Gua Hira dalam rancangan
Salam Baitullah di TV1 jam 9 malam ini (isnin).
Alhamdulillah...malam nanti akak tunggu!
ReplyDeletesama2 kits nantikn..
ReplyDeleteAs Salam, Alhamdulillah saya dan isteri juga telah sampai ke Gua Hira semasa kami mengerjakan ibadah umrah pada tahun 2007. Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
ReplyDeletePengen kesana ya Allah...
ReplyDeleteLiat foto nya aja pengen nangis apa lagi nyampai disana, ya Allah semoga kelak aku bisa kesana.. aq rindu padamu ya Allah
ReplyDelete