Saturday, November 3, 2012

Video Sekitar Kompleks Jamrah dan Terowong Muasim

Penulis paparkan beberapa video pendek,sekadar berkongsi bersama pembaca suasana dan keadaan perjalanan ke Muzdalifah dan juga di Komplek Jamrah dan terowong yang menghubungkan Mina .
 
Perjalanan ke Mina , suasana dari Mekah Ke Muzdalifah
Perjalanan dari wisma jamarat ke kompleks Jamrah,kelihatan jemaah haji yang tidor berehat melepaskan lelah di tepi jalan walaupun keadaannya yang kotor dan berhabuk.




Keadaan didalam terowong Muasim yang kini dilengkapi oleh kipas udara yang kuat. Disinilah lokasi dimana ribuan jemaah haji bertembung hingga meragut ratusan nyawa pada tragedi Muasim pada 1990 .
Perjalanan dari Mina ke Komplek Melontar Jamarat,kelihatan jemaah haji berehat dipinggir jalan melepaskan lelah . Nasihat penulis kepada jemaah haji yang akan datang ikutlah nasihat pihak Tabung Haji,jika disuruh tidor dan berehat anda harus berbuat demikian kerana selama 4 hari anda akan berjalan sehari lebih kurang 6kilometer berulang alik diantara khemah di Mina ke Komplek Melontar Jamarah.

 


Thursday, November 1, 2012

Dari Mina Ke Komplek Jamrah


Selamat Hari Raya Aidiladha dari Tanah Suci Mekah,ketika entri ini ditulis  kesemua jemaah haji Malaysia sudah pun selesai rukun Haji apabila melontar ke tiga tiga jamrah.

Apa yang penulis mahu kongsikan kali ini adalah pengalaman berjalan kaki dari perkhemahan di Mina melalui terowong hinggalah sampai ke tempat melontar di Jamrah.

Khemah jemaah Haji Malaysia adalah diantara paling hampir berbanding dengan khemah jemaah haji dari negara lain. Perkhemahan jemaah haji Malaysia dan negara Asia Tenggara lain adalah paling hadapan dan berdekatan dengan terowong Muasim dan 2 terowong baru untuk pergi ke komplek melontar Jamrah dan balik ke perkhemahan Mina.

Sekarang ini terdapat terowong baru sepanjang dua kilometer itu merupakan sambungan kepada dua buah terowong lama.


Dulu, jemaah haji Malaysia yang mahu melontar jamrah akan masuk mengikuti terowong lama dan kemudian keluar menyusur di khemah-khemah negara lain.

Sering kali  selepas melontar jemaah kita selalu tersesat dalam perjalanan balik di khemah-khemah negara lain. Terowong ini membolehkan perjalanan jemaah haji Malaysia terus ke Jamrah dan balik semula ke khemah tanpa melalui kawasan perkhemahan jemaah negara lain yang dihuni berjuta-juta orang

kueh raya sumbangan PM kepada jemaah Haji Malaysia.

Jarak diantara khemah dan terowong lebih kurang 500 meter



pintu masuk ke terowong baru
 
Terowong pertama,jemaah akan berjalan sejauh 2 kilometer melalui 2 terowong
Keadaan terowong yang panjang,bayangkan laluan ini digunakan ratusan ribu malah jutaan jemaah haji.
 Selepas melalui terowong pertama penulis sempat melihat pemandang dari atas khemah khemah jemaah haji dari negara lain dari atas.
 Pemandangan dari pintu keluar terowong pertama,kelihatan ramai jemaah yang berehat melepaskan lelah.Jam ketika itu menunjukkan 3 pagi,ketika ini ramai yang sudah berjalan namun jemaah haji Malaysia pada waktu itu berdisplin mengikut arahan pihak Tabung Haji yang menetapkan masa tertentu untuk keluar melontar.

Pemandangan dari terowong kedua

Jemaah haji Indonesia

Menghampiri pintu keluar terowong kedua,semakin ramai jemaah haji dari Indonesia yang keluar awal dan keadaan ketika itu semakin sesak.

Keluar saja dari terowong kedua,terpampang besar papan tanda komplek Jamarat tempat melontar.
 
pintu keluar terowong 2 yang semakin sesak apabila ramai jemaah menunggu azan subuh
Petugas tabung haji membantu jemaah haji Malaysia yang mengalami sesak nafas dan beliau adalah pesakit darah tinggi
Tak mampu untuk meneruskan perjalanan,khidmat kerusi roda digunakan
Penulis meneruskan perjalanan untuk melontar ke tiga tiga Jamrah.Beginilah pemandangan dari dalam komplek Jamrah yang dilengkapi dengan penghawa dingin.

Pemadangan dari atas komplek,kelihatan jemaah haji dari negara lain berjalan masuk ke komplek jamrah

Sebaik saja sampai ke lokasi tempat melontar sudah kelihatan  Jamrah Sughra (dahulu dikenali sebagai Ula) Kemudian penulis menujuk ke Jamrah Wusta dan Jamrah Kubra (dahulu dikenali sebagai Jamrah Aqabah) untuk menghabiskan lontaran 7 anak batu kesetiap jamrah.

Jamrah Sugra dan yang jauh kedalam adalah Jamrah Wusta
Jamrah Kubra
Selepas selesai melontar Penulis berpeluang melalui terowong Muasim,terowong ini mempunyai sejarah hitam apabila ratusan jemaah Haji mati akibat pertembungan diantara jemaah haji yang mahu pulang ke Mina dan jemaah haji yang masuk melontar ke Jamrah.

Terowong Muasim
Di luar terowong Muasim kelihatan petugas Masyair bersedia 24jam menjadi penunjuk arah membantu jemaah haji Malaysia yang sesat
Penulis sempat merakamkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut sama melontar.






Subuh di sekitar komplek Jamrah

Monday, October 29, 2012

Mengunjungi Masjid Baiat di Jamarat Mina

Ketika berjalan disekitar kompleks  tempat melontar Jamrah,penulis terlihat satu masjid yang kecil yang diperbuat daripada tanah. Ramai yang berkata banggunan kecil ini adalah masjid Aqabah,setelah diselidiki rupanya nama sebenar bangunan ini adalah Masjid Baiat.

Di antara kawasan banguna Jamarat yang besar dan megah ini terdapat masjid kecil yang kelihatan reka bentuk lama .Jaraknya lebih kurang dari 50 meter daripada bangunan Jamarat. Masjid yang dicat berwarna krim ini tidak beratap dan saiznya sekitar kebih kurang 10 x 10 meter . Semasa penulis pergi ke masjid ini tidak ada jemaah yang bersolat,masjid ini di pagar kelilingnya dan pintunya berkunci pada setiap waktu. 

Namun pengunjung masih mampu untuk melihat ruang dalam masjid melalui sayap kanannya kerana ia tidak berpintu

 

Inilah Masjid Baiat, masjid yang dibangun oleh Dinasti Abbasiah untuk menghormati Abbas bin Abdul Muthalib. Abbas adalah bapa saudara Rasulullah saw, yang anak keturunannya kemudian membangunkan Dinasti Abbasiah. 



Sebahagian orang menganggap bahawa masjid ini dibangunkan oleh jin saat mereka melakukan baiat kepada Rasulullah. Namun anggapan ini tidak benar  karena Masjid Jin memang ada di Kota Mekah sebagai penanda terjadinya baiat para jin yang beriman kepada Rasulullah.

Sebelum itu masjid ini tertanam dibawah tanah ratusan tahun , Namun dalam proses pembangunan besar-besaran Jamarat, buldozer yang melakukan pembersihan tanah telah terkesan struktur batu yang sangat keras. Setelah diteliti, ternyata batu keras tersebut merupakan masjid. Maka, masjid itu dibiarkan seperti seadanya dan dibaik pulih sedikit, bentuk masjid dipelihara. Misalnya tempat imam solat diletakkan sejadah. 


Inilah peninggalan sejarah yang dihargai pemerintah Arab Saudi. Padahal, biasanya kerajaan ini mampu untuk membangunkan struktur yang lebih cantik jika tidak memikirkan nilai sejarahnya maka Masjid Baiat dibiarkan dengan seadanya. 


Penulis kongsikan sedikit mengenai sejarah Baiat Aqabah.

Menghormati Abbas

Masjid Baiat dibangun oleh Dinasti Abbasiah untuk menghormati Abbas bin Abdul Muthalib. Masjid ini dibangun sebagai penghormatan atas terjadinya Baiat Aqabah, karena di tempat inilah kaum Yatsrib (masyarakat Madinah) melakukan baiat kepada Rasulullah untuk taat dan tidak melakukan syirik. Ketika itu, Rasulullah saw. ditemani bapa saudaranya Abbas bin Abdul Muthalib yang belum beriman. Meski demikian, ia sangat mengambil berat  dan sangat menjaga keselamatannya nabi.



Wikipedia menjelaskan, baiat di Aqabah terjadi dua kali. Baiat Aqabah pertama yang terjadi tahun 621 M, yaitu perjanjian antara Rasulullah dengan 12 orang dari Yatsrib yang kemudian mereka memeluk Islam. Baiat Aqabah ini terjadi pada tahun kedua belas kenabiannya. Kemudian mereka berbaiat (bersumpah setia) kepada Muhammad. Adapun isi baiat itu, penduduk Yatsrib tidak akan menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun; Mereka akan melaksanakan apa yang Allah perintahkan; Dan ketiga, mereka akan meninggalkan larangan Allah.



Setahun kemudian, tahun 622 M, Rasulullah kembali melakukan baiat di Aqabah. Kali ini perjanjian dilakukan Rasulullah terhadap 73 orang lelaki dan 2 orang wanita dari Yatsrib. Wanita itu adalah Nusaibah bintu Ka`ab dan Asma` bintu `Amr bin `Adiy. Perjanjian ini terjadi pada tahun ketiga belas kenabian. Mushâ'b bin Umair yang ikut berbaiat pada Baiat Aqabah pertama kembali ikut bersamanya beserta dengan penduduk Yatsrib yang sudah terlebih dahulu masuk Islam.


Mereka menjumpai Rasulullah di Aqabah pada suatu malam. Nabi Muhammad SAW datang bersama bapa saudaranya Abbas bin Abdil Muthallib. Pada saat itu Abbas masih musyrik, namun ia ingin menjaga keselamatan anak saudaranya  Muhammad, kepada orang-orang Yatsrib itu. Ketika itu, Abbas menjadi orang pertama yang angkat bicara kemudian disusul oleh Muhammad yang membacakan beberapa ayat Alquran dan menyerukan tentang Islam.



Kemudian orang-orang Yatsrib itu membaiat Muhammad. Isi baiatnya adalah, mereka akan mendengar dan taat, baik dalam perkara yang mereka sukai maupun yang mereka benci; Mereka akan berinfak, baik dalam keadaan sempit maupun lapang; Mereka akan beramar ma'ruf dan nahi munkar. Mereka juga berjanji agar mereka tidak terpengaruh celaan orang-orang yang mencela di jalan Allah; Dan mereka berjanji akan melindungi Muhammad sebagaimana mereka melindungi para wanita dan anak mereka sendiri.



Setelah baiat itu, Muhammad kembali ke Mekah untuk meneruskan dakwah. Kemudian ia mendapatkan gangguan dari kaum musyrikin kepada kaum muslimin yang dirasa semakin keras. Maka Muhammad memberikan perintah kepada kaum muslimin untuk berhijrah ke Yatsrib. Baik secara sendiri-sendiri, maupun berkelompok. Mereka berhijrah dengan sembunyi-sembunyi, sehingga kaum musyrikin tidak mengetahui kepindahan mereka.



Pic Maghrib & Subuh Sekitar Jamrah



Solat Maghrib



Bersolat dilereng bukit.






















keluarga berbangsa arab menikmati makan malam dicelahan kontena.
Suasana selepas subuh di sekitar Jamrah
ramai yang tidor diatas jalan raya,ada yang sudah bangun untuk solat subuh.


komuter di mina


Suasana Di Mina,Ada Yang 'Panas' Dalam Sejuk.

Di Mina para jemaah Haji tinggal di sana selama 4 malam sebaik saja tiba dari Muzdalifah. Di sini menempatkan maktab maktab para jemaah haji Malaysia .Bagaikan satu perkampungan kawasan maktab dibahagikan mengikut negara.Jemaah haji Malaysia ditempatkan bersama jemaah haji dari negara Asia Tenggara.

Apa yang menariknya khemah khemah jemaah haji Malaysia adalah adalah diantara paling hadapan berhampiran terowong Muassim.
Pintu masuk ke kawasan penempatan jemaah haji Malaysia

Pusat Operasi Tabung Haji di Mina

di celah lorong deretan khemah,disebelah kanan adalah khemah jemaah haji lelaki dan dikiri adalah jemaah haji perempuan.

peti ais di isi penuh dengan minuman turut disediakan disetiap khemah

tempat berwudhuk bersebelahan bilik mandi dan tandas.


bilik mandi dan tandas jemaah haji wanita


para petugas maktab termasuk doktor(baju putih) tak tidor malam bertugas.

suasana ruang khemah menempatkan para jemaah haji muasasah yang berhawa dingin.

tak ada bezanya jemaah haji pakej dengan muasasah,bermalam di mina bukan seperti makan angin.Tempat cukup terhad,kesabaran para jemaah cukup teruji semasa berada di sini.


jemaah haji dari negara lain ada setengahnya hanya mampu memasang khemah tanpa kemudahan asas dan ada yang tidor ditepi jalan.




Penulis sempat meninjau di kawasan maktab jemaah haji yang membayar pakej puluhan ribu.Apa yang dapat penulis simpulkan di sini tak ada bezanya diantara mereka yang berkedudukan tanpa mengira status mahu pun darjat ,jemaah haji tetap akan merasai pengalaman yang hampir sama.



Jam menunjukkan jam 2 pagi ketika gambar gambar ini diambil, penulis sempat bertemu beberapa orang jemaah haji muasasah. Ada yang merungut hingga menjadikan penulis tempat melepaskan marah dan geram. Kata seorang jemaah " khemah sempit,tak patut tempatkan satu petak khemah hingga 18 orang,ingat kami ni binatang?" Tergamam dibuatnya penulis pada ketika itu sedangkan jika dibandingkan dengan jemaah haji dari negara lain ada yang sanggup tidur ditepi jalan yang cukup kotor berbau dan penuh dengan sampah.


Ada juga jemaah haji yang keluar dari khemah disebabkan tak boleh tidor,penulis berkesempatan berbual kata seorang pakcik kepada penulis " Sempit sedikit dan tak boleh nak tidur,tapi apa pun kita redha sajalah ini semua ujian buat semua orang" dengan nada yang cukup lembut sambil tersenyum.


Dari pemerhatian penulis,ada yang tidak mampu menahan sabar dan ada yang dapat  bersabar dan redha.Dalam kita mencari keredhaan Allah,kita harus redha dalam setiap ujian apatah lagi menjalankan Ibadah Haji.


Ilahi Anta Maqsudi…
Wa Ridhaka Matlubi,
La Ma’abuda Ill allah,
La Maqsuda Ill allah,
La Mawjuda Ill allah
Ya Allah, Engkaulah tujuanku, Dan aku mencari keredhaanMu, Tiada lain yang harus di sembah melainkan Engkau, Tiada destinasi melainkan Engkau, Tiada kewujudan melainkan melalui Engkau



Melihat kepada kawasan yang cukup terhad penulis rasakan mahukah rakyat Malaysia menunaikan haji jika kuota Malaysia dinaikkan.


Yang pasti jika kuota dinaikkan, jumlah jemaah haji Malaysia meningkat  maka lokasi khemah sudah pasti ada yang lebih jauh daripada kedudukan khemah yang ada sekarang daripada terowong ke Jamrah. Begitu juga di kota Mekah,mahukah jemaah haji ditempatkan sejauh 7-8 kilometer seperti jemaah haji Indonesia dan Turki berbanding sekarang yang hampir kesemuanya maktab Malaysia kurang 1 kilometer daripada Masjidil Haram.


Penulis bertemu dengan ramai jemaah haji dari pelbagai negara ada yang dari Ethopia,Iran,Turki,Algeria dan Indonesia.Kesemuanya memuji jemaah haji Malaysia kerana kesopanannya,tertibnya ..kembang hidung jugak dibuatnya sebab ada yang tanya nak buat menantu...hehe..


Semasa meninjau disekitar khemah,Penulis terlajak hingga memasuki ke kawasan khemah jemaah haji Thailand, di sapa oleh 2 orang petugas haji Thailand katanya seorang jemaah Haji Malaysia tersesat dan tinggal bersama jemaah haji Thailand.


Jemaah haji wanita yang dalam lingkungan 65-70 tahun  ini apabila ditanya hanya mampu memberikan nama singkat beliau tanpa mampu untuk memberi nama penuh.Apabila diperiksa gelang ditangan didapati tidak mempunyai nama barangkali sudah kabur tidak kelihatan,tidak ada beg atau tag nama seperti jemaah haji Malaysia yang lain. Berbekalkan sebotol air dan sebatang berus gigi ibu tua ini dibawa ke maktab jemaah haji Malaysa yang berhampiran.






Petugas tabung Haji bertugas 24jam di laluan masuk dan keluar menghala ke terowong Muasim.