Saturday, October 27, 2012

Khutbah dan Doa di Arafah Satu Pengertian.



Kepentingan wukuf sebagai rukun haji jelas ditegaskan dalam sebuah hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, Tarmizi, an-Nasa'i dan Ibnu Majah, al-hajju 'arafah, iaitu "Haji itu (ialah wukuf di) Arafah." Semua jemaah berpakaian ihram dan telah memasang niat haji. Jemaah Malaysia biasanya bergerak dari Makkah pada hari tarwiyyah, iaitu tanggal 8 Zulhijjah.  

Kelebihan dan kemuliaan hari wukuf dijelaskan dalam sebuah hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim, mafhumnya:

"Tidak ada satu hari pun apabila hamba Allah lebih ramai dibebaskan dari neraka berbanding dengan hari Arafah. Bahawa Allah Subhanahu Wata'ala dekat kepada mereka, lalu berbangga dengan mereka Malaikat-malaikatnya dengan berkata: Alangkah mulianya keinginan mereka."

Dalam sebuah hadith lain (riwayat Ahmad dan at-Tabrani), sabda Nabi, mafhumnya:

"(Allah berfirman kepada para malaikat): Lihatlah hamba-hamba-Ku! Mereka datang kepada-Ku dengan rambut kusut dan berdebu, kerana mengharapkan Rahmat-Ku. Maka aku bersaksi kepadamu bahawa Aku telah mengampunkan mereka."

‘‘Pada hari itu, Allah gembira sekali jika kita berdoa kepada-Nya. Ia mengabulkan semua doa mereka di sana, sebagaimana sabda Rasullullah SAW, “Di antara berbagai jenis dosa, ada dosa yang tidak akan tertebus kecuali dengan melakukan wukuf di Arafah.”

Penulis turut sama mendengar khutbah di Arafah dan bersolat zohor bersama kesemua jemaah Haji Malaysia.Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom membacakan khutbah sebelum masuk waktu Zohor pada 12.05 tengah hari (5.05 petang waktu Malaysia) dan seterusnya mengimamkan solat Zohor di khemah jemaah haji Malaysia.

Di Arafahlah peluang terbaik untuk menumpukan sepenuh hati ibadah kita kepada Allah swt. Doa di Padang Arafah antara yang paling mustajab. Jamaah haji tidak akan melepas peluang untuk membaca al Quran, berwirid, berzikir, solat sunat dan berdoa.

Hari Wukuf dianggap hari-hari paling mencabar bagi menguji daya ketahanan para jamaah sama ada dari mental, fizikal atau spritual. Suasana yang sangat panas terik membayangkan perhimpunan yang lebih besar, lebih panas dan lebih padat iaitu perhimpunan di Padang Mahsyar.

Pada hari Wukuf, jemaah haji akan berhimpun di Padang Arafah selama separuh hari sebelum ke Muzdalifah. Di Muzdalifah pula, jemaah dikehendaki berada di kawasan itu sekurang-kurangnya beberapa minit termasuk mengutip batu-batu kecil bagi membuat lontaran jamrah di Mina.

Di Mina, jemaah akan tinggal lebih lama iaitu tiga hari pada hari-hari tasriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.








Arafah ialah sebuah padang gersang (walaupun kini telah ditanami pohon yang menghijau) yang dilapisi pasir halus. Terdapat bukit batu pasir yang bernama Jabal Rahmah, iaitu lokasi Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam menyampaikan khutbah terakhir baginda. Arafah juga ialah tempat perkenalan Adam dan Hawa.

 Secara amaliah pula, wukuf di Arafah mencerminkan puncak penyempurnaan haji seseorang.Di Arafah, Rasulullah pernah menyampaikan khutbahnya yang terkenal dengan nama khutbah wada’ atau khutbah perpisahan. Ini kerana tidak lama kemudian setelah menyampaikan khutbah itu, baginda wafat. Pada saat itu, ayat al-Qur’an, surat al-Maa’idah ayat 3 turun sebagai pernyataan telah sempurna dan lengkapnya ajaran Islam yang disampaikan Allah SWT melalui Nabi Muhammad SAW.


Di Arafah Rasulullah SAW mengambil masa terlalu lama berdoa kepada Tuhan. Melihat kepada peristiwa-peristiwa penting itu, dapat difahami kenapa Arafah begitu penting dalam ibadat haji dan di situ para jemaah digalakkan untuk memperbanyakkan zikir, solat sunat, membaca al-Quran, bermunajat dan berdoa. Berdoa di Arafah dikatakan mudah dimakbul doa seseorang. Kerana itu, nabi-nabi menjadikan Arafah sebagai saluran memanjatkan doa kepada Tuhan.



Bagi mereka yang belum pernah menjejakkan kaki ke Arafah, Muzdalifah dan Mina, secara umumnya keadaan di persekitarannya nampak tandus dan gersang. Bukit-bukau berwarna keperang-perangan tanpa ditumbuhi pokok. Luasnya sayup mata memandang. Adakalanya ia kelihatan menakutkan.

Sebab itu ada orang tempatan yang memandu berseorangan cuba mengelak menggunakan laluan ini pada waktu malam.




Di Arafah, jemaah dinasihatkan supaya jangan sekali-kali berharap nasib mereka ditentukan oleh manusia lain bagi mengelak daripada kemurkaan Allah SWT dan Tuhan lebih mengetahui termasuk apa yang terlintas dalam hati manusia.

Friday, October 26, 2012

Jemaah Haji Malaysia Wukuf Di Arafah

Salah satu daripada 6 rukun haji adalah berwukuf di Arafah.

 Wukuf di Arafah
Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang kedua tetapi yang utama dari rukun-rukun haji itu. Itu adalah berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Dari Abdul Rahman bin Ya'mur r.a katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh seorang penyeru menyerukan : "Haji itu ialah "Arafah". Barang siapa datang pada malam tanggal sepuluh, sebelum terbit fajar, bererti dia telah mendapatkan Arafah" (Riwayat - Ahmad dan Ashabus Sunan)
WAKTU WUKUF


Apabila tiba 8 atau 9 Zulhijjah, setelah berihram (bagi mengerjakan haji secara tamattu') maka berangkatlah untuk berwukuf di Padang Arafah. Arafah letaknya di luar Tanah Haram dan jauhnya dari Mekah lebih kurang 12 batu atau 18 kilometer.

Masa yang wajib berada atau berwukuf di Arafah ialah di awal waktu Zuhur pada 9 Zulhijjah, hingga sebelum fajar pada hari Nahar, iaitu 10 Zulhijjah, tetapi tidak semestinya berada di Padang Arafah itu sepanjang masa yang tersebut kerana sahlah berhenti disitu walaupun sebentar sahaja pada masa di antara Zuhur 9 Zulhijjah hingga sebelum fajar 10 Zulhijjah.

Masa yang sebaik-baiknya ialah sebahagian dari kesembilan dan sebahagian malam kesepuluh. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Rasulullah s.a.w berrsabda "Barangsiapa dapat berada di Arafah sebelum terbit fajar (pada hari yang kesepuluh Zulhijjah maka dapatlah haji itu"

8 Zulhijah 28 ribu Jemaah Haji Malaysia bertolak ke Arafah dan tiba secara keseluruhannya tepat jam 11 malam.

Apa yang dapat penulis kongsikan dengan pembaca suasana di Arafah cukup tenang berbeza dengan kesibukan hiruk pikuk kota Mekah.Perjalanan ke Arafah mengambil masa 1 jam,ada juga jemaah haji Malaysia yang tiba di sini hampir 2 jam perjalanan kerana kesesakan lalu lintas yang melampau.

Jemaah haji Malaysia tiba di Arafah,dibantu oleh SAHABAT Tabung Haji.
Sebaik saja turun dari bas air,roti dan buah disediakan untuk setiap jemaah haji.

Jemaah ditempatkan ke khemah masing masing
Khemah muasasah menempatkan jemaah haji
Sebaik saja ditempatkan ke khemah masing masing mengikut nombor yang ditetapkan.Jemaah Haji Malaysia disajikan makan tengahari berupa nasi putih,lauk ayam dan sayur.
Sambil mengambil gambar penulis sempat di sapa oleh seorang jemaah haji,sambil menyuap makan yang disajikan oleh Tabung Haji beliau mengucapkan alhamdulilah beberapa kali sambil disambut oleh beberapa jemaah Haji lain.Kata beliau "jemaah Haji Malaysia makan tak henti.. kejap buah,kejap nasi,kejap roti..ada saja yang diberikan untuk makan" bab makan memang mewah.
suasana didalam khemah muasasah jemaah haji
Peti ais disediakan,air diberikan secara percuma
Penulis bermalam di Arafah dan sempat meninjau disekitar maktab maktab jemaah Haji Malaysia.
Jemaah Haji Malaysia ditempatkan di kawasan Maktab Asia Tenggara bersebelahan dengan jemaah haji Thailand .


Di sini segala kelengkapan daripada aspek penyediaan makanan hinggalah kepada klinik dan pusat rawatan disediakan. Amat berbeza sekali dengan jemaah haji dari negara lain kerana mereka tidak mempunyai pasukan perubatan untuk membantu para jemaah yang sakit atau uzur.



klinik tabung haji



Penulis sempat meluangan masa di klinik Tabung Haji Arafah,Menurut petugas perubatan kakitangan perubatan terdiri daripada 4 doktor pakar,lebih 30 jururawat dan pakar pemakanan turut berada di sini.

Jemaah haji yang sakit diberi rawatan dan dipantau sepenuhnya oleh doktor pakar .










Wednesday, October 24, 2012

Live! Pergerakan Haji Malaysia Ke Arafah

Jemaah Haji mula meninggalkan Masjidil Haram Selepas Isyak




Kerusi roda diberi percuma oleh Kementerian Haji Saudi





Jemaah Haji Afrika menunggu ditepi jalan untuk ke Arafah





Jemaah Haji Pakistan duduk dibahu jalan menanti bas ke Arafah





Jemaah Haji dari India menaiki bas yang penuh dan padat hingga ada yang naik hingga ke atas bumbung


Menikmati makan malam ditepi jalan sambil menunggu bas ke Arafah


Terpaksa bermalam ditepi jalan menanti bas ke Arafah





Semenjak dari tadi pagi Tabung haji telah mengerakkan jemaah haji ke Arafah.

Apa yang dapat diperhatikan oleh penulis pergerakan Masyair Jemaah Haji Malaysia cukup sistematik dan teratur berbanding jemaah haji dari negara lain.

Seramai 28 ribu dan lebih 800 kakitangan sokongan Tabung Haji digerakkan sepenuhnya menaiki bas.
Sebanyak 700 bas digunakan oleh pihak Tabung Haji untuk mengangkut jemaah haji ke Arafah.

Jemaah haji Malaysia ditempatkan di lebih 3000 khemah di 13 Maktab.

Penulis membuat tinjauan sejak semalam selepas solat Isyak jemaah haji dari Afrika ,Indonesia,Turki dan juga dari negara lain telah menaiki bas ke arafah.

Perjalanan ke Arafah mengambil masa lebih sejam.Alhamdulilah perjalanan ke Arafah lancar walaupun berlaku sedikit kesesakan lalu lintas.

Jemaah haji Malaysia menunggu dengan selesa didalam ruang lobi hotel


Petugas Masyair membantu jemaah Haji Malaysia menaiki bas masing masing


Keajaiban Telaga Zam Zam

kepingan shiling dan logam lama ditemui didalam telaga zam



bekas yang digunakan untuk mengisi air zamzam



Penulis sempat melihat pameran mengenai sejarah telaga zam zam dan juga barang lama tinggalan ribuan tahun yang digunakan umat Islam pada zaman dahulu di Muzium 2 masjid suci umat Islam di Mekah.
 
Penulis berkongsi dengan pembaca sedikit sejarah dan maklumat saintifik mengenai telaga zam zam dan airnya.

Selama ini kita mengenal telaga Zamzam dari buku-buku agama. Namun sebenarnya ada sisi ilmiah dan juga saintifiknya . Cabang ilmu geologi yang mempelajari tentang air adalah hydrogeologi.


Telaga Zamzam

Sedikit cerita Pra-Islam, atau sebelum kelahiran Nabi Muhammad, diawali dengan kisah Isteri dari Nabi Ibrahim, Siti Hajar, yang mencari air untuk anaknya . Tidak banyak mengenai cerita telaga ini hingga dikhabarkan ia telah hilang dan terkambus.

Telaga Zam-zam yang sekarang ini kita lihat adalah telaga yang digali oleh Abdul Muthalib datuk kepada Nabi Muhammad. Sehingga saat ini, dari “ilmu pengalian” maka telaga Zam-zam termasuk kategori telaga gali (Dug Water Well).

Dimensi dan Profil telaga Zam-zam
Bentuk telaga Zam-zam dapat dilihat dibawah ini.

Bentuk telaga Zam-zam

Telaga ini memiliki kedalaman sekitar 30.5 meter. Hingga kedalaman 13.5 meter teratas menembus lapisan alluvium Wadi Ibrahim. Lapisan ini merupakan lapisan pasir yang sangat berpori. Lapisan ini berisi batu pasir hasil transportasi dari lain tempat. Mungkin saja dahulu ada lembah yang dialiri sungai yang saat ini sudah kering. Atau dapat pula merupakan dataran rendah hasil runtuhan atau penumpukan hasil pelapukan batuan yang lebih tinggi topografinya.

Mata air zamzam

Dibawah lapisan alluvial Wadi Ibrahim ini terdapat setengah meter (0.5 m) lapisan yang sangat lulus air (permeable). Lapisan yang sangat lulus air inilah yang merupakan tempat utama keluarnya air-air di sumur Zam-zam.



Mata air zamzam

Kedalaman telaga ini adalah 17 meter , telaga ini menembus lapisan batuan keras yang berupa batuan beku Diorit. Batuan beku jenis ini (Diorit) memang agak jarang dijumpai di tempat lain, tetapi sangat banyak dijumpai di Jazirah Arab. Pada bahagian atas batuan ini dijumpai rekahan-rekahan yang juga memiliki kandungan air. Dulu ada yang menyangka retakan ini menuju laut Merah. Tetapi tidak ada  laporan geologi yang menunjukkan hal itu.


Dari pengujian  pum ini mampu mengalirkan air sebesar 11 – 18.5 liter/sesaat, hingga dapat mencapai 660 liter/minit atau 40 000 liter per jam. Celah-celah atau rekahan ini salah satu yang mengeluarkan air cukup banyak. Ada celah (rekahan) yang memanjang kearah hajar Aswad dengan panjang 75 cm denga ketinggian 30 cm, juga beberapa celah kecil kearah Shaffa dan Marwa.

Keterangan geometrik lainnya, celah telaga dibawah tempat Thawaf 1.56 m, kedalaman total dari bibir telaga 30 m, kedalaman air dari bibir telaga = 4 m, kedalaman mata air 13 m, Dari mata air sampai dasar telaga17 m, dan diameter telaga berkisar antara 1.46 hingga 2.66 meter.

Air hujan sebagai sumber berkah



Air hujan sebagai sumber berkah

Kota Makkah terletak di lembah, menurut SGS (Saudi Geological Survey) luas cekungan yang membekal sebagai daerah takungan ini seluas 60 Km2 saja, tentunya tidak terlampau luas sebagai sebuah cekungan penadah hujan.

Telaga ini secara hydrologi hanyalah telaga biasa sehingga sangat memerlukan perawatan. Perawatan telaga ini termasuk menjaga kualiti kebersihan air dan lingkungan telaga serta menjaga  air supaya mampu memenuhi keerluan para jamaah haji di Makkah.

lokasi sumur Zamzam

Gambar diatas ini memperlihatkan lokasi Telaga Zamzam yang terletak ditengah lembah yang memanjang. Masjidil haram berada di bahagian tengah diantarbukit bukau  disekitarnya. Luas kawasan takungan yang hanya 60 Km persegi ini tentunya cukup kecil untuk menangkap air hujan yang sangat kurang  di Makkah, sehingga memerlukan pengawasan dan pemeliharaan yang sangat khusus.

Telaga  Zamzam ini, sekali lagi dalam pandangan (ilmiah) hidrogeologi , hanyalah seperti telaga gali biasa. Tidak terlalu istimewa dibanding telaga gali lainnya. Namun kerana telaga ini cukup bermakna bagi umat Islam, maka ia perlu dijaga. Banyak yang menaruh harapan pada air telaga ini kerana telaga ini dipercayai membawa berkah. Ada yang menyatakan telaga ini juga pernah kering kalau tidak dijaga. Bahkan kalau kita tahu kisahnya telaga  ini diketemukan kembali oleh Abdul Muthalib (datuk Nabi Muhammad SAW) setelah hilang terkubur 4000 tahun .

Dahulu diatas sumur ini terdapat sebuah bangunan dengan luas 8.3 m x 10.7 m = 88.8 m2. Antara tahun 1381-1388 H bangunan ini ditiadakan untuk memperluas tempat thawaf. Sehingga tempat untuk meminum air zamzam dipindahkan ke ruang bawah tanah. Dibawah tanah ini disediakan tempat minum air zam-zam dengan sejumlah 350 tong air (220 tong untuk laki-laki dan 130 tong untuk perempuan), ruang masuk laki perempuan dipisahkan.
Pemantauan dan pemeliharaan sumur Zamzam
Saat ini bangunan diatas telaga Zam-Zam yang terlihat gambar diatas  sudah tidak ada lagi, bahkan tempat masuk ke ruang bawah tanah inipun sudah ditutup. Sehingga ruang untuk melakukan ibadah Thawaf menjadi lebih luas. Tetapi kalau anda melakukan Thawaf masih dapat kita lihat ada tanda dimana sumur itu berada. Sumur itu terletak kira-kira 20 meter sebelah timur dari Ka’bah.

Pemantauan dan pemeliharaan Telaga Zamzam
 
Jumlah jemaah ke Makkah tiga puluh tahun lalu hanya 400 000 setahun (ditahun 1970-an), terus meningkat menjadi lebih dari sejuta jemaah setahun di tahun 1990-an, Dan saat ini sudah lebih dari 2.2 juta. Tentunya diperlukan pemeliharaan telaga ini yang merupakan salah satu keajaiban dan daya tarik tersendiri bagi jemaah haji.



Pemerintah Arab Saudi yang sudah moden saat ini secara ilmiah dan saintifik membentuk sebuah badan khusus yang mengurusi telaga Zamzam ini.


Sistem Pum Telaga Zam Zam

Pada tahun 1971 dilakukan penelitian (penyelidikan) hidrologi oleh seorang ahli hidrologi dari Pakistan bernama Tariq Hussain dan Moin Uddin Ahmed. Hal ini dibangkitkan oleh  seorang doktor di Mesir yang menyatakan air Zamzam tercemar air kumbahan dan berbahaya untuk diminum. Tariq Hussain  juga membuat spekulasi meragukan kononnya ada rekahan panjang yang menghubungkan laut merah dengan Telaga  Zam-zam, ini kerana  Makkah terletak 75 Kilometer dari pinggir pantai. Menyangkut dugaan doktor mesir ini, tentu saja hasilnya menyangkal pernyataan seorang doktor dari Mesir tersebut, tetapi ada hal yang lebih penting menurut saya yaitu penelitian Tariq Hussain ini justru akhirnya memacu pemerintah Arab Saudi untuk memperhatikan Sumur Zamzam secara moderen. Saat ini banyak sekali gedung-gedung baru yang dibangun disekitar Masjidil Haram, juga banyak sekali terowongan dibangun disekitar Makkah, sehingga saat ini pembangunannya harus benar-benar dikontrol ketat karena akan mempengaruhi kondisi hidrogeologi setempat.

Badan  sumur Zamzam yang berada dibawah SGS
(Saudi Geological Survey) bertugas untuk:

  • Memonitor dan memelihara untuk menjaga jangan sampai sumur ini kering.
  • Menjaga urban disekitar Wadi Ibrahim karena mempengaruhi pengisian air.
  • Mengatur aliran air dari daerah tangkapan air (recharge area).
  • Memelihara pergerakan air tanah dan juga menjaga kualitas melalui bangunan kontrol.
  • Meng-upgrade pompa dan dan tangki-tangki penadah.
  • Mengoptimasi supplai dan distribusi airZam-zam

Perkembangan perawatan telaga Zamzam.
 
Dahulu kala, zamzam diambil dengan gayung atau timba, namun kemudian dibangunlah pum air pada tahun 1373 H/1953 M. Pum ini menyalurkan air dari telaga ke tangki penampungan air, dan diantaranya juga ke tangki yang ada di sekitar telaga zamzam.


Percubaan pum (pumping test) telah dilakukan pada telaga ini, pada kadar pum 8000 liters/saat selama lebih dari 24 jam memperlihatkan permukaan air telaga dari 3.23 meters dibawah permukaan menjadi 12.72 meters dan kemudian hingga 13.39 meters. Setelah pum dihentikan permukaan air ini kembali ke 3.9 meters dibawah permukaan telaga hanya dalam waktu 11 minit setelah pum dihentikan. 


Banyak perkara yang sudah dikerjakan pemerintah Saudi untuk memelihara telaga ini antara lain dengan membentuk badan khusus pada tahun 1415 H (1994). dan saat ini telah membangun saluran untuk menyalurkan air Zam-zam ke tangki penampungan yang berkapasiti 15.000 m3, bersambung dengan tangki lain di bahagian atas Masjidil Haram di sediakan untuk para pejalan kaki dan musafir. Selain itu air Zam-zam juga diangkut ke tempat-tempat lain menggunakan truk tangki diantaranya ke Masjidil Nabawi di Madinah Al-Munawarrah.


Saat ini telaga ini dilengkapi juga dengan pum elektrik yang tertanam dibawah (electric submersible pump). Kita hanya dapat melihat foto-fotonya saja seperti diatas. Disebelah kanan ini adalah drum hidrograf, alat pengesan pengukur paras air Zamzam (Old style drum hydrograph used for recording levels in the Zamzam Well).


Kandungan mineral
 
Tidak seperti air mineral yang biasa dijumpai, air Zamzam ini memang unik mengandung elemen-elemen mineral sebesar 2000 mg perliter. Biasanya air mineral  (hard carbonated water) tidak akan lebih dari 260 mg per liter. Elemen-elemen mineral yang terkandng dalam air Zamzam dapat dikelompokkan menjadi ,Yang pertama, positive ions seperti  sodium (250 mg per litre), calcium (200 mg per litre), potassium (20 mg per litre), dan magnesium (50 mg per litre).
Kedua, negative ions misalnya sulphur (372 mg per litre), bicarbonates (366 mg per litre), nitrat (273 mg per litre), phosphat (0.25 mg per litre) and ammonia (6 mg per litre).



Molekul air zam zam
 
Kandungan-kandungan elemen-elemen mineral inilah yang menjadikan rasa dari air Zamzam sangat khas dan dipercaya dapat memberikan khasiat khusus. Air yang sudah siap saji yang bertebaran disekitar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Madinah merupakan air yang sudah diproses sehingga sangat aman dan segar diminum, ada yang sudah didinginkan dan ada yang sejuk (hangat).