Monday, October 15, 2012

Pekena Susu Unta Padang Pasir!

Penulis berkesempatan untuk keluar dari Kota Mekah untuk melawat Masjid Hudaybiah,entri Masjid Hudaybiah akan disiarkan selepas ini.

Dalam perjalanan menyelusuri lebuhraya yang panas dan kering melintasi padang pasir.Kelihatan longgokan jerami bertimbun timbun dibeberapa tempat.Rupanya jerami ini adalah untuk makanan unta unta yang dibela oleh puak Badwi.



Pusat pengumpulan jerami


Rumah puak badwi

Teringat pesan rakan rakan jika kesana jangan lupa mencuba susu unta kerana khasiatnya.Melintasi kawasan padang pasir ini penulis terus berpesan kepada Abdullah pemandu van coster kami agar berhenti jika terjumpa puak Badwi yang menjual susu unta.Alhamdulilah tak sampai 20 minit sudah ada kelihatan dibeberapa tempat unta unta ditepi jalan.

Abdullah terus memberhentikan van kami dipinggir lebuh raya dan terus masuk kekawasan kandang Unta.





Untungnya mempunyai pemandu seperti Abdullah kerana beliau Anak melayu patani yang dilahirkan di Kota Mekah dan mampu bercakap melayu dan arab dengan fasih.

Sebaik turun saja van,pak arab 2 orang ni berlari ke arah kami dan menawarkan susu unta.Rupanya lokasi ini memang menjadi tumpuan para jemaah untuk membeli susu unta.

Apa yang menariknya susu unta terus diperah dan dibotolkan serta merta.Susu segar ini sebotol dijual dengan harga 5Rial lebih kurang RM4.

Proses memerah susu unta.


Susu diperah mengeluarkan buih.


Susu selesai diperah dipenuhi buih
Kemudiannya susu dituang kedalam botol air dan terus boleh diminum.Penulis terus mencuba dan menghabiskan sebotol disitu juga.Rasanya rendah lemak dan tawar.Tidak berbau dan seolah meminum air kosong.




Penulis kongsi bersama pembaca mengenai khasiat susu unta,

Sebagian besar masyarakat mungkin belum terlalu familiar dengan susu unta. Tapi ternyata susu ini memiliki banyak manfaat bagi tubuh serta memiliki kandungan gizi yang lebih baik sehingga dikenal sebagai 'superfood'.

Susu unta selama ini dikonsumsi secara luas di hampir seluruh negara Arab, susu ini memiliki rasa yang sedikit lebih asin dibandingkan susu lainnya dan seringkali diproduksi sebagai keju.

Organisasi PBB yang menangani masalah pangan (Food and Agriculture Organisation/FAO) menuturkan susu unta diketahui kaya akan vitamin B, C dan memiliki kandungan zat besi 10 kali lebih banyak dibanding dengan susu sapi.

Selain kandungan mineral dan vitaminnya yang tinggi, penelitian telah menunjukkan bahwa antibodi yang terkandung dalam susu unta diduga bisa membantu melawan penyakit kanker, HIV, AIDS, Alzheimer dan hepatitis C.

"Susu unta bisa menjadi tambahan pangan yang berguna karena mengandung kalsium dan vitamin B serta memiliki kadar lemak jenuh yang lebih sedikit dibanding susu sapi," ujar juru bicara dari British Nutrition Foundation, seperti dikutip dari BBCNews, Selasa (31/5/2011).

Kelebihan lain dari susu unta adalah tidak mengandung dua alergen kuat yang selama ini ditemukan dalam susu sapi, serta memiliki komponen sistem kekebalan tubuh yang mungkin memberikan manfaat bagi anak-anak yang alergi terhadap susu dan makanan lain.

Komponen sistem kekebalan yang potensial dalam susu unta diperkirakan bisa membantu memerangi beberapa penyakit. Para peneliti menduga ukuran kecil dari imunoglobulin atau antibodi yang ditemukan dalam susu unta memungkinnya untuk lebih mudah menargetkan zat asing penyebab penyakit (antigen) yang merusak sistem kekebalan tubuh seseorang.

Dr Reuven Yagil, seorang ahli fisiologi dari Israel yang melakukan penelitian selama 5 tahun menuturkan susu unta ini bisa mengatasi gangguan autoimun yang menekan sistem kekebalan tubuh seseorang.

Tapi masih diperlukan penelitian lebih lanjut lagi, karena bukti ilmiah yang ada saat ini belum cukup untuk membuktikan efektivitas dari susu unta dalam pengobatan penyakit autoimun.

Jemaah Haji Malaysia Cukup Beruntung.

Setibanya di Mekah,Penulis menginap di Maktab Abraj Janaddiriah yang dimiliki oleh pihak Tabung Haji. Bangunan ini setinggi 15 tingkat menempatkan 7ribu jemaah haji Malaysia.


Penulis perhatikan jemaah haji dari Malaysia cukup beruntung,masakan tidak jarak kesemua maktab atau penginapan dengan Masjidil Haram tak jauh berbanding jemaah haji dari negara lain. Contohnya jemaah haji dari Turki yang jarak penginapan mereka di Aziziyiah lebih dari 5kilometer dari masjidil haram.

Banggunan hotel ini dijadikan maktab oleh pihak Tabung Haji,pada mulanya sangkaan penulis para jemaah akan tinggal seperti di asrama sekolah.Rupanya sangkaan penulis jauh sekali meleset.
bilik beraircond 6 katil almari dan peti ais disediakan.

tandas yang bersih dan selesa

Begitu juga dengan jemaah haji dari Indonesia,penulis sempat berbual dengan salah seorang daripadanya berkata mereka terpaksa berjalan atau pun mengambil teksi atau bas kerana jaraknya 2 kilometer.


Berbeza sekali dengan jemaah haji Malaysia. Cukup beruntung kerana maktab yang disediakan kesemuanya berhampiran Masjidil Haram paling jauh pun 850 meter.

Patutlah Tabung Haji di hormati oleh negara negara Islam,perkhidmatan menguruskan jemaah haji Malaysia paling sistematik dan terbaik . Apa yang hebat sangat hingga negara Islam lain sanggup datang dari jauh ke Kuala Lumpur semata mata mahu belajar dari Malaysia.

Bayangkan jemaah haji muasasah membayar RM9,980 kemudian diberi lagi subsidi kerajaan hingga RM4,900, jika dibandingkan dengan perkhidmatan dan juga tempoh lebih 40 hari jemaah haji berada di Madinah dan Mekah rasanya Jemaah Haji Malaysia paling beruntung dan juga melampau.Jadi tetamu Allah pun disubsidi oleh kerajaan Malaysia macam mana tu?

Kenapa penulis kata melampau ,ini disebabkan dakyah sesetengah pihak parti politik berkata tambang dan kos jemaah Haji Malaysia adalah mahal dan tidak berpatutan.

Bayangkan rakyat Arab Saudi sendiri yang mahu mengerjakan haji harus membayar RM 6 ribu untuk menampung kos tempat tinggal dan makan di Kota Mekah. Jemaah Haji Malaysia dicemburui oleh jemaah haji negara lain inilah realiti yang penulis lihat dari kota Mekah.

Aspek pengurusan jemaah hinggalah kepada khidmat pelanggan jika dibandingkan dengan jemaah haji dari negara lain rasanya jauh pangang dari api..cukup jauh berbeza.

Apa yang menariknya di sini  pihak Tabung Haji menyediakan kemudahan kaunter untuk jemaah berurusan mengeluarkan duit atau pun membayar dam.





Farmasi

Kaunter perkhidmatan setempat
2 hari lepas seorang jemaah haji dari maktab lain tersesat menegur penulis didepan banggunan maktab Abraj Janadriah. "Pakcik tak tahu nak balik ke maktab "katanya dah sesat. Untunglah dia terjumpa Maktab Abraj Janadriah,penulis terus membawa beliau ke kaunter perkhidmatan pelanggan.
Sebaik saja diberitahu pakcik ini tersesat,petugas Tabung Haji terus menguruskan kenderaan dan menghantar pulang pakcik tersebut serta merta tanpa mengambil masa yang lama.


Kaunter khidmat Pelanggan




Kaunter I-Talk ,Perkhidmatan panggilan ke tanah air disediakan oleh TM sangat murah dan mendapat sambutan hebat dari para jemaah.




kedai dobi di tingkat bawah

farmasi

Ada kaunter Pos Laju yang menguruskan penghantaran barang jemaah ke tanah air.Klinik dan farmasi yang diuruskan sepenuhnya oleh petugas Tabung Haji.Jika berkesempatan penulis akan ke Hospital yang diuruskan oleh pihak Tabung Haji.


 
kakitangan pos sibuk menguruskan penghantaran kotak barangan jemaah.
Suasana pagi dihadapan maktab.
jemaah haji Malaysia baru pulang dari masjidil haram.

Sunday, October 14, 2012

Tabung Haji bersedia untuk hari Wukuf pada 25 okt ini

MAKKAH 14 Okt. - Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) yakin jemaah Malaysia mampu menjalani hari Wukuf dengan lancar pada 25 Oktober ini (9 Zulhijjah).


Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, walaupun terdapat beberapa perubahan di kawasan melontar jamrah dan pembinaan terowong baru di Mina, namun Tabung Haji sentiasa berhubung dengan kerajaan Arab Saudi untuk perkembangan terkini.


Beliau juga bertemu pihak berkuasa haji Arab Saudi bagi membincangkan keperluan jemaah Malaysia pada hari Wukuf terutama berkaitan kelancaran sistem pengangkutan dan perkhemahan.
"Dalam pertemuan itu, kita sudah mendapat waktu yang sesuai untuk membuat lontaran jamrah.


Kita diberikan kebenaran melontar pada waktu malam selepas Isyak pada 10 Zulhijjah," katanya kepada pemberita di ibu pejabat Tabung Haji di sini. - BERNAMA

Persiapan barangan petugas Ma'syair

Teruja Keindahan Masjidil Haram.



Dari lensa penulis selepas solat Isyak di Masjidil Haram.Gambar ini rakamkan jam 9 malam pada ketika itu jemaah haji cukup ramai,ada yang baru menghabiskan umrah dan ada yang baru tiba untuk mengerjakan umrah.














Saturday, October 13, 2012

Jemputan Ke Baitullah 1434,Makkah Al Mukaramah.


Asalamualaikum.

Untuk pembaca yang pernah mengikuti blog ini pada tahun lepas 2011M/1432H  melaporkan perjalanan ibadat haji secara langsung dari tanah suci Mekah.


Kesinambungan daripada laporan blog langsung dari Mekah Al-mukaramah pada tahun lepas.Kali ini blog ini dikendalikan oleh saya   sebagai penulis yang baru untuk berkongsi pengalaman mengerjakan haji bagi tahun ini.


Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana menjadi salah seorang tetamu Allah ke tanah suci untuk mengerjakan ibadat haji bagi tahun 2012M/1433H.


Cukup terharu,sayu dan hingga menitiskan air mata apabila nama tersenarai sebagai jemaah haji untuk tahun ini. Tidak dapat digambarkan bagaimana perasaan hati yang bercampur baur terlalu gembira,teruja,sayu.. Allah jemput aku menjadi tetamunya...


Seperti jemaah haji yang lain,segala persiapan dilakukan..berjumpa dengan mereka yang berpengalaman dan pernah mengerjakan ibadah haji banyak mengajar . Jika diikutkan barangan yang perlu dibawa seperti yang diberikan oleh pihak tabung haji,persediaan barangan checklist yang perlu dibawa ke tanah suci memang bagus dijadikan panduan.


Tetapi penuh beg bersaiz 28" dibuatnya jika kita ikut kesemua checklist yang diberikan,nasihat penulis bawa barang yang perlu sahaja,Baju atau seluar,toileteris penulis nasihatkan beli saja di Madinah atau di Mekah ketika anda benar benar perlu. Bukannya apa..tak adalah berat sangat beg ketika anda bawa dari tanah air.


Kemudian jika pulang ke tanah air nanti ruang kosong didalam beg bolehlah diisi barang yang anda beli di sini nanti.


8.25 Pagi penulis bersama keluarga ke Tabung Haji Kelana Jaya, ketika tiba disana sudah ramai jemaah haji yang lain melalui proses pendaftaran masuk dan checkin bagasi.



Asalamualaikum Haji!.. penulis agak kaget apabila dipanggil Haji..haih..belum pun habis jejak kaki di Mekah dah digelar Haji yer.... :-)Begitulah menjadi kelaziman kepada kesemua bakal jemaah haji..cukup istimewa.

Taklimat dan bacaan doa.
Sebaik saja selesai,para jemaah masuk ke dewan untuk taklimat terakhir sebelum dibawa dengan bas ke lapangan terbangan KLIA .Jemaah dilayan bagai VVIP oleh kakitangan Tabung Haji. Penuh dengan senyuman,hormat dan cukup tertib. Dari Tabung Haji Kelana Jaya ke KLIA diiringi oleh polis pengiring disepanjang perjalanan. Macam Pak Menteri dah..hebat sungguh tetamu Allah diraikan ...
Konvoi Bas Perjalanan Ke KLIA
Jemaah tiba diterminal KLIA sedang menunggu giliran sebelum 'boarding'
Jemaah menunggu giliran sebelum dipanggil masuk kedalam pesawat.

Penulis berangkat ke tanah suci Mekah terus dari Kuala Lumpur mendarat ke Lapangan Terbang Jedah pada 11hb Nov.


Perjalanan diudara menggunakan pesawat MAS mengambil masa hampir 9 jam sebelum tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah.



Anak kapal sibuk menyediakan makanan untuk jemaah haji.




jemaah diberi minuman jus buah buahan.
 Penulis berasa cukup terharu apabila melihat layanan anak kapal yang cukup berdedikasi,penuh hormat dan tertib ketika melayan tetamu Allah. Masakan tidak ketika dalam pesawat 3jam sebelum tiba di Jedah,seorang ibu tua yang uzur tidak mampu bangun ke tandas.


Apa yang jadi selepas itu..anda faham faham sudahlah.. kasihan melihat keadaan ibu tua ini yang akhirnya dibantu oleh 3 orang anak kapal serta seorang saudaranya mengangkat beliau ke ruangan tertutup untuk digantikan ihram dan pakaian beliau.


Setibanya di Jeddah,para jemaah diperiksa secara rambang oleh pihak berkuasa kesihatan kerajaan Arab Saudi.Lebih 30 jemaah diambil sampel darah dan air liur untuk diuji jenis vaksin dan keberkesanan vaksin yang digunakan oleh jemaah haji Malaysia. Nak tahu apa upahnya kepada para jemaah ini...

Dapat sejadah free.. bak kata pegawai tabung haji..menjadi amalan di sini jika anda di soal untuk maklum balas atau terbabit didalam apa apa soalan survey anda akan diberi Al-quran atau pun sejadah.





Hampir 3 jam terpaksa dilalui oleh penulis dan para jemaah haji yang lain sebelum dapat keluar daripada Lapanangan Terbang Antarabangsa Jeddah.. prosesnya amat memenatkan dan memerlukan kesabaran dan juga kekuatan jasmani.

Kemudian selepas para jemaah berehat dan bersolat seketika diruangan menunggu,barisan bas menunggu untuk mengangkut para jemaah ke tanah haram. Perjalanan mengambil masa hampir sejam sebelum tiba ke maktab atau asrama masing masing dikota suci Mekah Al-Mukaramah.

Selesai menyimpan beg..penulis tanpa membuang masa terus mengerjakan umrah...




"Labayk Allah Humma Labbyk, Labbaykka La Syarikalak Labbayk, Innal Hamda Wa al- Ni'mata Laka wa al-Mulk, La Syarikalak",