Kami akan bergerak ke Padang Arafah jam 3 petang ini (Jumaat) waktu Arab Saudi( jam 8 malam waktu Malaysia) untuk berwukuf.
Doa daripada semua ahli keluarga jemaah dan rakyat Malaysia diharapkan agar semuanya berjalan dengan lancar dan kami semua mendapat haji yang mabrur.
TV Al Hijrah (saluran Astro 114) akan menyiarkan Khutbah Arafah melalui siaran langsung pada jam 12 tengahari waktu Arab Saudi (jam 5 petang waktu Malaysia) pada hari Sabtu 9 Zulhijjah 1432 Hijrah.
Semuga perjalanan ke Arafah berjalan lancar. Tahun sudah kurang selesa sikit. Harap2 tahun ni ok. Belum lg di Mina. Kena Q panjang untuk melepaskan hajat kecil atau besar atau nak mengambil wuduk.
ReplyDeleteBerserah sahajalah kepada Allah. Saudara semua tetamuNya. Ketidakselesaan hanya sementara sahaja. Masa akan berlalu dengan pantas. Walaupun jauh disini saya doakan saudara semua dhuyuphurRahman selamat, tenang, khusyuk, sihat dan sentiasa dibawah peliharaanNya....Kehibatan wukuf di Arafah akan tetap terasa walaupun sudah lama kembali. Tidak dapat dibayangkan perasaannya melainkan pernah berada disana pada waktunya.
ReplyDeleteSemoga semuanya dipermudahkan Allah, pergerakan lancar,sihat dan selamat. Salam dari Malaysia.
ReplyDeleteSemuga semuanya selamat dengan perlindungan Allah swt.
ReplyDeleteJokiden, NSDK.
Saya menadah tangan memohon pada ALLAH semoga semua jemaah Haji dari Malaysia dan seluruh dunia selamat mengerjakan ibadah haji dengan sempurna dan semoga mendapat Haji yang Mabrur. AMIN.
ReplyDelete