Thursday, November 15, 2012

Cara pelupusan batu di Jamrah

Kepada mereka yang pernah mengerjakan ibadah haji sudah pasti pernah melontar di Jamrah. Jutaan jemaah haji melontar batu di ketiga tiga Jamrah ,pasti anda terfikir kemana perginya batu batu yang dilontar di Jamrah.

Penulis kongsikan video ini proses pembuangan batu di Jamrah.


Tuesday, November 13, 2012

477 Jemaah Haji Pantai Timur Selamat Sampai


 
 
KUALA TERENGGANU: Seramai 447 jemaah haji dari Pantai Timur selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini melalui penerbangan Mas KT48 pada kira-kira 9.05 pagi Selasa.


Sebahagian besar jemaah haji berkenaan adalah dari Terengganu manakala sebahagian lagi dari Pahang dan Kelantan.


Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri Muhamad Ramli Nuh ketika menyambut jemaah haji berkata penerbangan terus dari LTSM ke Jeddah ini adalah merupakan komitmen kerajaan menyediakan kemudahan kepada jemaah untuk menunaikan rukun Islam kelima.
Katanya masyarakat tidak harus melepaskan peluang untuk menunaikan haji melalui lapangan terbang itu kerana segala kemudahan yang disediakan begitu baik dan amat selesa.


"Kita tidak payah lagi pergi ke Kuala Lumpur melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana kita sudah mempunyai LTSM yang boleh membawa terus jemaah ke Mekah," katanya.


Sementara itu seorang jemaah haji yang baru tiba Abdul Latif Yusof, 49, ketika ditemui berkata kewujudan perkhidmatan LTSM ini merupakan satu kemudahan yang bagus dan patut dimanafaat.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan kemudahan seumpama ini kerana kita tidak perlu lagi ke KLIA untuk menunaikan haji," katanya.


Seorang lagi jemaah yang ditemui Azizah Awang, 56, dari Kuantan mengucapkan terima kasih kepada Tabung Haji kerana memberikan layanan yang baik.


"Layanan yang diberi Tabung Haji begitu baik sehingga saya selesa mengerjakan fardu haji.
"Saya juga amat gembira kerana boleh menunaikan rukum Islam kelima itu melalui LTSM dan tidak perlu ke KLIA lagi," katanya.


Dua penerbangan membawa pulang jemaah haji melalui lapangan terbang itu di mana yang terakhir pada 23 Nov yang membawa 447 jemaah yang dijangka tiba pada 8.25 pagi. BERNAMA

Monday, November 12, 2012

Perjalanan Pulang Dan Kenangan Haji 1433H

Ketika entri ditulis,penulis telah selamat sampai ke tanahair,terima kasih penulis ucapkan kepada ribuan pembaca yang mengikut perkembangan didalam blog laporan haji ini.

Penulis yang tiba lebih awal daripada jemaah haji Malaysia dari Mekah berpeluang melihat segala persiapan pihak tabung haji untuk menyambut ketibaan jemaah yang hampir 50% dari jumlah keseluruhan jemaah haji Malaysia.6hb Jemaah haji Malaysia yang pertama tiba dari Mekah dengan menaiki 7 buah bas.


Jemaah haji yang tiba di Madinah akan melakukan ziarah ke makam Nabi Muhammad SAW dan bersolat di Masjid Nabi. Sambil itu jemaah haji akan melakukan ziarah di sekitar Madinah dengan melawat masjid dan tempat bersejarah.


Semasa menunggu ketibaan jemaah haji,Penulis mendapat berita salah seorang jemaah haji yang menaiki salah satu bas ini telah meninggal dunia didalam bas 100km dari Madinah. Belum pun bas tiba di depan hotel,kakitangan tabung haji sudah siap memperolehi data jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia.


Penulis bertanya kepada kakitangan tabung haji yang bertugas mengenai simati, Rupanya seorang jemaah haji dari negeri Perak meninggal dunia akibat serangan sakit jantung semasa perjalanan. Moga Allah cucuri rahmat keatas arwah.

Sejam kemudian bas pun tiba dihadapan hotel, para jemaah diarahkan tunggu didalam bas ,beg beg mereka dibawa turun dan disusun oleh kakitangan tabung haji di bahu jalan kemudian barulah mereka dibenarkan turun.

Tanpa perlu berebut rebut jemaah haji Malaysia dilihat begitu berdisplin malah cara pihak tabung haji Malaysia menguruskan jemaah jauh beza sekali dengan apa yang penulis lihat jemaah haji dari negara lain.Sistematik dan terurus dengan begitu baik sekali.
Bas pertama tiba dihadapan hotel Al-Haram

setiap jemaah diberi bungkusan air dan makanan sebaik tiba





sebaik masuk ke dalam hotel jemaah haji diberi kupon makanan oleh pihak katering
Pejabat operasi Tabung Haji di Al-Haram Hotel Madinah

Pejabat operasi Tabung Haji Madinah
Dalam entri sebelum ini anda dapat melihat bagaimana jemaah haji Malaysia di Jeddah melalui proses check in bag dan barangan mereka di Hujjaz Jeddah. Dalam entri ini penulis kongsikan perjalanan pulang jemaah haji yang tiba dari Hujjaz Jeddah ke Terminal Lapangan Terbang Jemaah Haji Jeddah.

Jemaah haji Malaysia harus tiba 5jam lebih awal sebelum menaiki pesawat untuk pulang ke tanahair. Penulis turut sama melalui proses yang sama. Keluar dari komplek Hujjaz Jeddah jam 1.30 tengahhari. Sejam kemudian tiba di terminal sudah kelihatan ratusan jemaah haji yang turut sama akan menaiki pesawat menerima pasport masing masing dari kakitangan tabung haji.

para jemaah duduk berehat sampai menunggu giliran untuk masuk ke terminal

Penulis bersama jemaah haji terpaksa menunggu lebih 2 jam  untuk melepasi proses cop pasport dan untuk sampai ke ruang seperti gambar dibawah ini.
Kemudian para jemaah haji akan berjalan kaki untuk menaiki tingkat atas untuk menunggu diruang seperti gambar dibawah. Penulis dan para jemaah haji lain terpaksa menunggu lebih 4 jam sebelum menaiki pesawat.



Para jemaah haji bersolat maghrib berjemaah diruang menunggu
Berada diterminal lapangan terbang Jeddah hampir 7 jam cukup memenatkan,penulis mengambil peluang untuk tidor semasa perjalanan pulang ke tanahair dengan menaiki pesawat MAS selama 9 jam .

Syukur alhamdulilah penulis selamat sampai ke tanahair dan dapat melihat bagaimana sambutan hangat di KLIA pada ketika itu cukup ramai oleh sanak saudara para jemaah haji.



Hampir sebulan penulis berada di tanah suci mengamit pelbagai kenangan dan pengalaman yang amat sukar dilupakan. Pelbagai karenah manusia dapat dijadikan contoh dan sempadan,pelbagai pengajaran dan juga didikan yang dapat kita terima semasa mengerjakan ibadah haji.

Baik di tanah air atau pun ketika di Mekah.Penulis sempat berbual dengan ramai jemaah haji Malaysia,rata ratanya memuji dan cukup bersyukur dengan layanan yang diberikan oleh pihak Tabung Haji. Hanya  segelintir yang banyak songeh mahukan itu ini,kalangan mereka ini sentiasa tidak akan berpuas hati dan mahukan lebih daripada sepatutnya.

Allah menguji setiap jemaah haji ditanah suci. Ada yang redha dan ada juga yang menyalahkan apa saja yang ada didepan mata.

Ada juga jemaah haji warga mas yang membawa anak untuk menemani mereka ke tanah suci,sebaliknya mereka ini ditinggalkan oleh anak dan saudara mereka terkontang kanting keseorangan di kota Mekah.Akhirnya pihak tabung haji terpaksa menguruskan mereka. Alasan yang diberi katanya mahu menumpukan ibadah haji orang tua ini menyusahkan.Nasihat penulis ,ketika berada di kota Mekah,menjaga ibu bapa lebih mulia dan menjadi anak yang soleh lebih tinggi darjatnya.


Ada juga kes dimana seorang ibu tua berumur lebih 80 tahun ditemani oleh anaknya sebagai penjaga dan pengasuh namun sebaik saja tiba ditanah suci Mekah,ibu tua ini pula terpaksa menjaga anaknya yang tiba tiba menjadi tidak siuman.Keadaan menjadi terbalik.


Ada juga bapa selebriti terkenal artis yang baru naik ke pentas politik ,melaungkan Islam begitu Islam begini..tetapi bapanya di tanah suci Mekah dibiarkan keseorangan bagaikan sampah..untunglah kita ada Tabung Haji yang sanggup menguruskan beliau..Sedih..

Penulis juga sempat bertemu dengan orang yang berpangkat dan berkedudukan seperti kerabat diraja,para datuk,doktor dan juga golongan berada,yang hebatnya mereka ini cukup kuat menyembunyikan identiti masing masing,tinggal bersama jemaah haji Malaysia dan tidak mahu diberikan layanan istimewa malah cukup merendah diri.

Ada juga yang diberi kemuliaan yang cukup tinggi oleh Allah ketika berada di tanah suci,Penulis sempat melihat seorang jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia sebaik saja beliau habis mengambil wudhu ketika azan Maghrib di Arafah.

Ada yang meninggal ketika tawaf,ada yang meninggal ketika bersolat dan yang meninggal ketika melakukan amal jariah.

Penulis memohon maaf jika ada melakukan kesilapan,terkasar bahasa .Kepada yang mengenali penulis semasa di tanah suci semoga ukhwah yang dijalin agar berkekalan.

Kepada pihak tabung haji dan kakitangannya   anda telah melakukan  tugas dengan penuh keikhlasan dalam menguruskan Dyufurrahman,para tetamu Allah dilayan sebaik mungkin dan pada pandangan penulis cukup hebat yang sukar dilakukan oleh mana mana pihak lain.

Sekalung tahniah dan ribuan terima kasih kepada Tabung Haji.

Sekian.





Tuesday, November 6, 2012

Madinah,Masjid Nabi.Satu Ketenangan


Selepas singgah di Jeddah penulis meneruskan perjalanan ke Madina Al-Munawarah. Perjalanan ke Madinah mengambil masa 4 jam daripada Jeddah,sampai saja ke hotel simpan beg dan berehat seketika penulis bersama teman teman terus ke Masjid Nabi.


Alhamdulilah jemaah tidak berapa ramai,solat sunat tahyatul Masjid kemudian terus masuk ke ruang raudhah.Syukur Alhamdulilah puas bersolat dan berdoa di raudhah tanpa ganguan penulis terus ke makam Nabi Muhammad SAW.

Memberi salam kepada rasulku cukup terasa betapa dekatnya hati ini dengan junjungan besar nabi kita.Kemudian penulis selangkah kehadapan memberi salam kepada sahabat Nabi ,Abu Bakar Al Sidek R.A dan Umar Al-Khatab R.A.



Di Madinah keadaan bandar ini jauh sekali berbeza dengan Mekah,suasananya lebih tenang dan cuacanya sekarang ini kurang panas dan sedikit sejuk ketika waktu malam. Kesibukan di Mekah bising dengan hiruk pikuk kenderaan membuatkan Madinah bagaikan tempat bertenang dan berehat.
Kubah hijau lokasi  makam nabi.


suasana tenang jam 2 pagi di perkarangan masjid nabi
Air zamzam disediakan di luar perkarangan masjid.

Penulis meninjau sekitar masjid nabi,cukup hebat seni bina Islam dan cukup canggih dari segi prasarananya.Ruang parkir kereta ,tandas dan tempat mengambil wudhu dibawah tanah.
tangga eskelator menurun ke bawah tanah untuk ke parkir kereta,tandas dan tempat mengambil wudhu






tempat mengambil wudhu
tandas dan bilik mandi
ruang parkir kereta dibawah tanah


Perkarangan masjid yang luas sudah tentu memenatkan kaum ibu ,warga mas untuk berjalan.Maka pihak pengurusan masjid menyediakan buggy shuttle secara percuma untuk dihantar kemana mana lokasi berhampiran.


khidmat shuttle buggy disediakan.
Selepas waktu Isyak dihujung perkarangan masjid Nabi terdapat pasar malam menjual pelbagai jenis barangan.

Masjid Nabi turut menyediakan klinik secara percuma,rawatan dan ubat kepada jemaah yang hadir diberikan tanpa perlu dikenakan sebarang bayaran.Penulis sempat meninjau di klinik tersebut terdapat beberapa katil wad pesakit luar berhawa dingin.

khidmat ambulan klinik masjid nabi


pemandangan selepas solat Asar
Wakaf Quran 20 rial senaskah
Ketika entri ini ditulis,jemaah haji Malaysia hampir 50% akan sampai ke Madinah untuk membuat ziarah. Pergerakan jemaah haji Malaysia yang sampai lebih awal akan terus ke Madinah mengisi masa lebih kurang 4-7 hari sebelum ke Mekah untuk menunaikan Haji.

Yang terus ke Mekah dari Malaysia selepas tamat rukun Haji akan berziarah kemudiannya.Jemaah haji Malaysia yang tiba di Madinah ditempatkan di 2 zon.Hotel hotel ini amat dekat sekali dengan Masjid Nabi.

Penulis sempat singgah ke pejabat operasi Tabung Haji untuk mengeluarkan duit.Dengan hanya memberikan kad jemaah haji pengeluaran wang dibuat dengan amat mudah sekali.Tanpa perlu mykad buku akaun atau pun pasport.Dengan menggunakan sistem barcode segala maklumat mengenai pemegang akaun tabung haji akan tertera di komputer.Memang canggih dan sistematik pengurusan Tabung Haji.


Selain ibu pejabat Tabung Haji Madinah,pihak pengurusan Tabung Haji juga menempatkan pejabat operasi di Hotel. Urusan pengeluaran duit atau pun klinik juga disediakan.
kedudukan hotel tempat jemaah haji Malaysia menginap
Pejabat operasi Tabung Haji di Al-Haram Hotel Madinah

Berjumpa dengan petugas tabung haji untuk mengeluarkan wang.

Saturday, November 3, 2012

Pak Haji Dan Hajjah Nak Balik,Tabung Haji Buat Hal?

Alhamdulilah penulis berjaya melengkapkan rukun haji maka selesailah ibadat haji penulis.Ketika entri ini ditulis jemaah Haji KT 1 sudah pun sampai di tanah air.

Selepas 3 hari Aidul Adha,melalukan tawaf Wada,Penulis meninggalkan Mekah menuju ke Jeddah sebelum ke Madinah. Di sini penulis singgah di Komplek Hujaz Tabung Haji Jeddah.Di sinilah jemaah Haji dikumpulkan mengikut maktab masing masing melalui proses dokumentasi,pasport,check in bag sebelum terus menaiki kapal terbang di lapangan Terbang King Abdul Azeez.


Pengurusan kepulangan jemaah haji Malaysia amat sistematik,teratur dan juga cukup rapi. Di komplek Hujaz Jeddah ini penulis lihat jemaah haji yang bakal pulang ke tanah air setelah lebih 40 hari bermusafir kelihatan ceria.Jom kita tengok Tabung Haji buat hal menguruskan jemaah haji Malaysia..






Botol air zam zam yang dikotakkan diberi kepada jemaah haji setiap seorang sebaik saja tiba di tanahair.

ribuan botol air zam zam siap untuk dihantar
surau lelaki dan wanita berhawa dingin disediakan

bangunan ini menempatkan bilik tidor untuk jemaah haji berehat.

beg jemaah haji disusun sebelum melalui proses timbang sebelum dihantar ke pesawat







berehat sambil menanti nama dipanggil untuk proses timbang beg

warung menyediakan masakan Malaysia



sup unta 10 rial ..panas panas
 
Jemaah haji KT 1 diatas bas untuk ke Lapangan Terbang pulang ke tanah air
 Penulis sempat menjenguk ke pusat pengurusan jemaah haji Indonesia. Beg beg dilonggok ditengah panas bagai guni bawang. Harap barang barang tak rosak jika dibiarkan begitu saja beberapa hari.